nuffnang ads

Wednesday, April 27, 2011

Apabila Bayi Mula Tumbuh Gigi



Semua bayi menangani rasa sakit dengan cara berbeza-beza, dan sudah tentu sesetengah bayi menghadapinya dengan mudah berbanding yang lain. Kebanyakan bayi akan merengek dan berasa rengsa.

Tanda-tanda pertama pertumbuhan gigi biasanya bermula beberapa bulan sebelum gigi pertama muncul. Oleh itu anda perlu perhatikan tanda-tanda tertentu untuk memastikan bahawa itu adalah punca sebenar.

Kebanyakan doktor bersetuju bahawa pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan bayi sakit, dan sekiranya anda tidak pasti punca ketidakselesaan bayi anda atau mereka menghidapi salah satu daripada keadaan berikut :

  • kegelisahan, kerengsaan dan pola tidur yang terganggu
  • gusi sakit dan merah
  • pipi merah
  • hilang selera makan
  • suhu meningkat sedikit ( tetapi tidak melebihi 39'C yang menunjukkan demam )
  • air liur meleleh
  • keiginan tiba-tiba untuk mengunyah apa sahaja yang boleh dicapai
  • keiginan kuat untuk menggigit
Kadangkala anda akan nampak gigi terkeluar daripada gusi atau anda boleh rasa kemunculan gigi apabila anda lalukan jari bersih anda pada gusi bayi. Satu lagi petunjuk bahawa bayi anda mengalami pertumbuhan gigi ialah ia hendak mengunyah apa sahaja. Mungkin alat permainan, jari atau makanan. Ini semua bagi mengurangkan rasa lega.


Sunday, April 24, 2011

Haid Bagi Ibu Menyusu

Penyusuan ibu juga boleh menyebabkan seseorang wanita tidak datang haid. Ini disebabkan oleh paras hormon prolaktin yang bertanggungjawab bagi pengeluaran susu meningkat dan seterusnya mengganggu kawalan hormon yang menjaga pusingan haid.
Tempoh waktu bagi wanita yang tidak datang haid oleh sebab penyusuan, bergantung kepada beberapa faktor. Ada sesetengahnya langsung tidak datang haid selama dua tahun sepanjang masa dia menyusukan anaknya. Ada juga yang tidak datang haid tiga bulan sahaja, sesetengahnya datang haid tetapi tidak tentu masanya dan ada pula yang haidnya datang setiap bulan.

sumber : hamidarshat.com

Wednesday, April 20, 2011

5 Persediaan Diri Menjadi Ibu Disayangi Keluarga


1. Ikhlas memikul tanggungjawab

Keikhlasan merupakan perkara paling penting yang harus ada dalam diri setiap wanita.   Dengan adanya keikhlasan, ditambah pula dengan kasih sayang dan pengetahuan dalam selok belok rumah tangga pasti tanggungjawab tersebut dapat dipikul dengan mudah biarpun dilanda pelbagai ujian.

2. Tentukan matlamat diri

Setiap wanita yang bergelar ibu perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin baik secara mental mahupun fizikal. Di samping itu, setiap ibu perlu mempunyai matlamat diri. Matlamat tersebut bermaksud apa sahaja yang ingin dicapai dalam setiap perkara yang dilakukan dalam memastikan keharmonian rumah tangga.

3. Bijak membezakan situasi

Seorang ibu yang baik perlu bijak mengawal situasi di dalam rumahnya. Boleh menjadi tegas sekiranya diperlukan ataupun penyayang pada waktu dan ketika yang sesuai. Seorang ibu juga mampu menjadi sahabat dan pendengar yang baik kepada anak-anak. Namun semuanya perlu dikawal agar peranan seorang ibu itu tetap dihormati.

4. Bijak mengurus kewangan 

Ibu juga perlu bijak mengawal perbelanjaan di dalam rumahnya. Munkin perkara ini nampak mudah. Namun tanggungjawabnya besar kerana para ibu yang bijak mengelolakan kewangan dalam keluarga pasti juga dapat menguruskan aset serta tabungan masa hadapan keluarganya dengan baik.

5. Guru yang baik

Pendidikan awal sememangnya bermula dari rumah. Bagi anak-anak, ibu merupakan guru mereka yang pertama. Anak yang baik mencerminkan ibu bapa yang cemerlang dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.



Go to fullsize image

Monday, April 18, 2011

Sambungan - amalan doa untuk mendapatkan anak lelaki


Ramai betul yang meninjau blog ni untuk
info ni...

apabila ima buka balik post yang lepas tu
ada tertinggal sikit info yang ustaz tu cakap

ayat tu hendaklah diamalkan
bermula apabila kita start merancang
sehingga usia kandungan kita berusia 3 bulan

Stok EBM 1 Deep Freezer Hampir2 Rosak


Thank You Allah...
Alhamdulillah Stok EBM satu deep freezer tak rosak

gara-gara elektrik kat umah trip
masa kami balik kampung last weekend..

Mr Hubby la tak pernah2 on kan lampu luar dia on hari tu
maybe terlalu panas sangat yer la 2 hari tinggalkan umah so dia trip...

Cuak sangat bila sampai depan umah tengok lampu tak bernyala
dalam hati ni mesti trip...kelam kabut masuk umah

tempat pertama yang ku tuju ialah deep freezer
yang telah penuh dengan stok ebm Darwisyah
mama takut nak buka deep freezer tu andainya ku lihat stok ebm yg banyak
itu rosak....

Papa yang buka deep freezer tu..
Alhamdulillah stok ebm Darwisyah masih ok n still frozen lagi...
cuma 10 oz ebm di dalam peti ais 2 pintu tu jer yang cair n rosak
Syukur alhamdulillah...

mama jadi fobia nak tinggalkan umah lama2 balik kampung plak..

huuuu..huuu..fobia betul...
kalau lambat balik lagi tentu stok ebm tu akan rosak...

fuhhhhh..jenuh tu nak ganti balik
ujiann..ujian...

Wednesday, April 13, 2011

Aksi lil Darwisyah apabila mama lambat suap roti


Aksi - aksi ni masa pergi besday party kawan Darwisyah
Dania yang sudah berumur 1 tahun..
Now Darwisyah 9 months
 3 months to go 1 year sayang..
picas2 ni auntie atiqah yang snap..

jom layan si kecik molek ni
tapi kuat makan
pantang nampak orang makan dia nak makan
kalau tak bagi mulalah terjerit2 mintak suapkan
silap2 kalau kita leka dia ambik makanan tu sendiri
heeee..heee..



lambat la mama ni..saya nak makan...



ambikkk...2 keping roti butterscotch sekali dia ambik



heeemmmm...mama geram ngan budak kecik ni..hee



fuhhh dah abis..



Darwisyah n mama



Darwisyah sedang breastfeed di sebalik ponco purple yg mama pkai..




Darwisyah...Darwisyah...
kelakar betul gelagat dia..


Monday, April 11, 2011

Sudden Infant Death Syndrome - SIDS

Sindrom Kematian Bayi Mengejut ( SIDS ) dapat dielakkan apabila bayi tidak diberi puting kosong ketika tidur.

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur Melentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut  Sudden Infant Death Syndrome telah berkurangan kepada 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat pernafasan.



Go to fullsize image


Wednesday, April 6, 2011

Darwisyah makan bersantai di luar


Dah lama nak update picas ni tapi tak kesempatan...picas2 masa bawak darwisyah mkn petang di luar heeee....sebenarnya tujuan utama adalah papa training bro haziq main bola untuk dia mewakili tadika Pasti Johor Bahru ke peringkat Negeri....salah satunya hero sekolah pasti ar-rahman 3 yg berjaya dipilih bersama2 dengan tadika pasti lain di JB..

tapi ni semua picas adek2 dia heeee...seronok darwisyah makan sambil bersantai2 diluar ni...

lokasi : Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai

jom layannnnn...




cepat la adek da lapar ni...ambik pic la dulu plak mama ni...


alhamdulillah...saya dah kenyang





adek with sis damia

















sis damia jeles coz mama snap picas adek lg banyak drpd dia


p/s: sebelum adek darwisyah lahir lagi sis damia dah ckp...mama nanti kalau beli apa2 kakak nak 3
adek 1 jer tau...means dia sngt jeles dgn adeknya....masa adek dia dah kuar...bila tgk adek bf lama2 ngn mama n asyik melekat jer ngn mama dia mula wat hal....merengek2...minta perhatian...sekarang dah ok skit
hemmm...tapi ada gak sekali sekala datang balik ngada2 dia tu.....jeleskan adek dia...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...