nuffnang ads

Wednesday, November 14, 2012

Bolehkah Susu Ibu Menyebabkan Kekuningan Pada Bayi?

Bolehkah Susu Ibu Menyebabkan Kekuningan Pada Bayi?

05/01/2012
By drzubaidi


Isu Jaundice dan penyusuan

Ketika saya mempromosikan penyusuan ibu kepada bakal ibu-ibu yang masih lagi sarat hamil, saya telah dikejutkan oleh satu soalan yang mendebarkan.

“Doktor, saya membaca di internet bahawa susu ibu boleh menyebabkan bayi kita mengalami kekuningan jaundice. Boleh doktor terangkan?”

Saya tergamam dan tidak bersedia memberikan jawapan.

Saya pernah mendengar perkhabaran angin seperti itu, namun saya tidak mengikuti perdebatannya dengan teliti.

Semua orang tahu kebaikan susu ibu. Seingat saya semasa menuntut di universiti, penyusuan ibu adalah topik yang besar. Ia disebut secara terperinci kebaikannya dalam matapelajaran Paediatric dan Community Medicine. Malah pernah beberapa tahun keluar sebagai soalan pendek dalam peperiksaan tahun akhir.

Seharusnya setiap doktor yang lulus dalam pengajian perubatan menggalakkan para ibu mengamalkan penyusuan ibu. Untuk itu mereka harus mempunyai ilmu tentang penyusuan ibu ini dengan memberikan minat yang mendalam terutama terhadap isu-isu yang mungkin merisaukan ibubapa.

“Susu ibu boleh menyebabkan kekuningan jaundice?” saya berfikir sekali lagi. Mana logiknya susu ibu yang merupakan susu terbaik bagi manusia diberikan percuma oleh Allah, Tuhan pencipta alam memberikan kemudharatan pula.

Ini satu fakta baru yang selama ini saya tidak perdulikan. Saya ada menulis tentang jaundice di kalangan bayi yang baru dilahirkan di entri saya bertajuk “Jaundice: normal atau bahaya?” di

http://drzubaidi.com/blog/?p=1453.

Fenomena kekuningan jaundice di kalangan bayi yang baru dilahirkan adalah normal. Ia dinamakan physiological jaundice, bermakna fenomena yang normal dan semulajadi. Tidak perlu dirisaukan.

Ia bermula selepas 2-3 hari bayi dilahirkan. Puncanya agak rumit diceritakan, namun secara ringkasnya ia berpunca apabila kepekatan bilirubin berkumpul dengan banyak melebihi 85umol/L atau 5mg/dl. Bilirubin ini terhasil akibat sel-sel darah merah bayi yang mulai pecah dan terhurai secara normal ketika dilahirkan.

Pada kebiasaannya bilirubin diuruskan oleh organ hati dan akhirnya dikeluarkan dari tubuh melalui najis berak atau air kencing.

Tetapi jumlah bilirubin yang terlalu banyak tidak mampu diuruskan oleh organ hati bayi yang masih belum matang. Kepekatan bilirubin yang terlalu tinggi dalam darah menyebabkan kulit dan mata berwarna kuning.

Kekuningan jaundice akan berkurang secara perlahan-lahan antara 1-2 minggu selepas bayi dilahirkan. Bagi bayi yang dilahirkan secara pramatang pula akan mengambil masa lebih kurang 3 minggu.

Satu lagi fenomena kekuningan jaundice dinamakan breastmilk jaundice berlaku pada bayi sihat yang menyusu susu ibu. Kekuningan ini berlaku selepas bayi berumur seminggu dan menyusu ibu sepenuhnya. Ia berlaku hanya untuk sementara berlangsung antara 3-12 minggu. Selepas itu tahap kekuningan dan bilirubin akan perlahan-lahan berkurangan.

Ia juga adalah fenomena normal yang sangat jarang berlaku (0.5 hingga 4 peratus kelahiran). Diagnosa selalu dilakukan oleh doktor setelah memastikan tiada ‘kecacatan dalaman’ pada bayi.

Selagi kepekatan bilirubin dalam darah masih rendah, bayi mampu menyusu dengan baik, mampu membuang air besar dengan normal dan mempunyai warna air kencing yang jernih dan tahap kandungan bilirubin dipantau, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan dan penyusan ibu harus diteruskan.

Penyusuan ibu hanya harus dihentikan jika kepekatan bilirubin didapati melebihi 16mg/dl melebihi 24 jam.

(Rujuk “Breastfeeding: A Guide for the Medical Professional”, Lawrence, R. ,Mosby, New York, 1994, 152-4)

Sebab sebenar berlakunya kekuningan jaundice ini tidak diketahui. (Riordan & Auerbach 1999) (Lawrence 1994).

Namun terdapat pelbagai teori yang seolah-olah menyalahkan susu ibu. Pendapat yang mengatakan dalam susu ibu terdapat bahan yang menghalang pencernaan bilirubin. Namun teori ini belum dibuktikan.

Antara pendapat dan teori-teori itu ialah :

Teori pertama, susu ibu mengandungi epidermal growth factor (EGF) yang menghalang penghuraian bilirubin kepada bahan yang lebih mudah dikeluarkan dari tubuh. Dengan itu, bilirubin tidak dapat dibuang dari tubuh dan menyebabkan kepekatan bilirubin tinggi dalam darah.

(Rujuk: Kumral, A; Ozkan H, Duman N, et al. (2009). “Breast milk jaundice correlates with high levels of epidermal growth factor“. Pediatr Res 66: 218–221.)

Teori kedua, susu ibu yang mengandungi saki-baki pencernaan hormon progestrone yang dinamakan 3-alpha-20-beta pregnanediol yang menghalang tindakbalas enzim uridine diphosphoglucuronide (UDPGA) glucuronyl transferase yang berfungsi dalam pencernaan bilirubin dan membuang bilirubin. Sekali lagi bilirubin tidak dapat dikeluarkan dari badan.

(Rujuk: Arias, IM; Gartner LM, Seifter S, Furman M (1964). “Prolonged neonatal unconjugated hyperbilirubinemia associated with breast feeding and a steroid, pregnane-3(alpha), 20(beta)-diol in maternal milk that inhibits glucuronide formation in vitro.“. J Clin Invest 43: 2037–47)

Namun teori ini disangkal dalam kajian yang dilakukan oleh saintis lain.

(Rujuk Murphy, J F; Hughes I, Verrier Jones ER, Gaskell S, Pike AW. (1981). “Pregnanediols and breast-milk jaundice.”. Arch Dis Child 56: 474–76)

Teori ketiga, terdapat enzim dalam susu ibu lipoprotein lipase yang menyebabkan kurang tindakbalas glucuronyl transferase yang akhirnya mengganggu pencernaan dan pembuangan bilirubin.

(Rujuk: Poland, R L; Schultz GE, Gayatri G (1980). “High milk lipase activity associated with breastmilk jaundice.“. Pediatr Res 14: 1328–31.)

Secara peribadi saya tidak setuju dengan teori-teori yang menolak kebaikan susu ibu apatah lagi jika ada yang mengatakan bahawa susu ibu adalah susu yang bahaya dan boleh menyebabkan kekuningan. Ini kerana teori-teori itu masih lemah dan memerlukan lebih banyak pembuktiannya.

Malah bayi-bayi ini tidak mengalami apa jua masalah kesihatan. Breastmilk jaundice juga boleh berlaku secara berulang pada adik beradik yang lain.

Beberapa saintis lain yang menganggap kenaikan sedikit kepekatan bilirubin ini adalah fenomena normal berkemungkinan bertujuan melindungi bayi dan ia adalah sesuatu yang belum difahami. Oleh itu penyusuan ibu tidak perlu diganggu. (Riordan & Auerbach 1999) (Lawrence 1994) (Newman & Pitman 2000)


Terdapat juga fenomena kekuningan jaundice disebabkan apabila bayi tidak dapat susu yang secukupnya. Ini dinamakan breast-feeding jaundice. Selalunya disebabkan bayi-bayi yang baru dilahirkan ini lambat diberikan susu dan diberikan susu beberapa hari selepas itu, menyebabkan bayi menjadi lebih kekok dan akhirnya tidak pandai menghisap susu dengan baik dari payudara ibunya.

Menghisap susu secukupnya akan menggalakkan pergerakan usus dan menggalakkan bilirubin dikeluarkan dari tubuh melalui najis. Kekuningan ini akan berkurangan apabila bayi mulai menyusu dengan baik.

Oleh itu, jawapan saya adalah “susu ibu tidak merbahaya kepada bayi dan tidak menyebabkan kekuningan jaundice yang serius pada mereka. Penyusuan ibu harus diteruskan, kecuali dengan arahan doktor”

Bagi ibu yang mempunyai kekuningan pada bayi mereka, bawalah anak berjumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kandungan bilirubin dalam darah.

Jika tahap kepekatan bilirubin kurang dari 20 miligram, beberapa langkah yang boleh dilakukan, antaranya:

Menambahkan kekerapan menyusukan bayi sehingga 8-12 kali sehari. Apabila penyusuan kerap dilakukan, ini akan menggalakan pergerakan usus dan secara tidak langsung akan pengeluaran bilirubin melalui najis.
Belajar dari jururawat yang mahir tentang penyusuan efektif kerana apabila bayi tidak menghisap puting dengan cara yang betul, ini akan menyebabkan jumlah susu yang diterima akan berkurangan.
Rawatan fototerapi boleh diberikan.
Jika doktor mencadangkan agar penyusuan ibu dihentikan buat sementara (24-48 jam) bagi mengurangkan kepekatan bilirubin, para ibu boleh memerah payudara dengan menggunakan breast pump bagi menyimpan susu dan boleh diberikan pada bayi kemudian.
Ramai yang memberikan air glucose kepada bayi (petua orang kampung) bagi mengurangkan kekuningan. Sebenarnya petua ini amat berbahaya kerana apabila memberikan air glucose boleh menyebabkan kembung perut dan menyebabkan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.
Wallahu a’lam.


Credit to : Dr Zubaidi bin Hj Ahmad

Tq Dr Zubaidi.. For this info..

Tuesday, November 13, 2012

Vita C Plus & Energizing Soy Protein ( ESP )

 
 
Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang manawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.
 




Vitamin C Antioksida Terbaik!

  1. Membantu meningkatkan sistem keimunan badan
  2. Membina kolagen untuk kulit yang sihat dan berseri
  3. Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur am badan yang lain
  4. Menbantu dalam proses penyembuhan luka dan juga kudis
  5. Antioksida yang bertindak melindungi sel dari serangan radikal-radikal bebas yang lain
  6. Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging


 
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Anda juga boleh dapatkan sebarang produk shaklee yang lain daripada saya  dengan harga istimewa.. :)


sms/whatsapp ima at : 012-6621867, email: ima_rozaimah@yahoo.com, FB : Rozaimah Mat Ali
 



FAMILY THEME PARK, PUTERI HARBOUR, NUSAJAYA

Apa aktiviti cuti sekolah anak- anak anda?

Di selatan negara wilayah Nusajaya, Johor telah ada tempat2 menarik untuk aktiviti bersama anak-anak..

Selain Legoland yang telah beberapa bulan beroperasi..kini family theme park, puteri harbour pula dibuka...lebih berkonsepkan indoor theme park...

anak-anak paling happy kerana berdekatan dengan tempat tinggal kami...

 
DI PINTU MASUK SANRIO HELLO KITTY
 
 
OPENING HOURS:  10.00 AM - 6.00 PM ( MONDAY TO SUNDAY )
TICKET PRICES : RM 50.00 ( ADULTS/ CHILDREN ) WITH MYKAD
RM 65.00 ( REGULAR PRICE )
 
* Free admission for kids under 3 years old
 
 
 my little darwisyah...
 
 
 
Activities at Sanrio Hello Kitty Town
 
 
 
Activities at The Little Big Club
 
 

Tuesday, November 6, 2012

Virgin Coconut Oil (VCO) & Collagen Catalyst


VIRGIN COCONUT OIL ( VCO) - Catalyst

Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4 . Sangat bagus untuk masalah jerawat & jeragat serta parut2 lama
5 . Mengatasi masalah kulit berminyak
6 . Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan ( keadaan berdengkur akan hilang )
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 . Melancarkan kitaran haid & menyeimbangkan hormon
7 . Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri
8 . Memperbaiki kandungan asid dalam rahim
9 . Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin
10 . Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita (memperlambatkan  proses)

Cara pengambilan VCO Softgel :

- 2 kali sehari (1x pagi & 1x malam)
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus
- Ia dalam bentuk kapsul lembut yg mudah ditelan
- Boleh disapu ke muka 2/3 kali seminggu sebelum tidur
(cucuk kapsul lembut guna jarum)
- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong

Harga : RM 39.90 ( 60 softgels )





CATALYST COLLAGEN


APA ITU COLLAGEN?
Collagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai :

- Perekat dalam badan. Ia memberikan struktur kepada badan,
- Melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkan dengan tulang badan
- Collagen dalam badan kita akan mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat kebiasaannya pada tahap 20-an dan ke atas
- Pengambilan supplement collagen perlu diambil dari segi pengambilan makanan yang terdiri dari sumber collagen/supplemen tambahan(catalyst collagen)

KESAN-KESAN PENYUSUTAN KADAR COLLAGEN:- Kulit mula hilang keanjalan semulajadi&tanda2 awal kedutan mula jelas kelihatan
- Menganggu bahagian badan lain terutamanya dalam penjanaan semula tisu2 lembut
- Kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa
- Menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi

KELEBIHAN dan KESAN Pengambilan Catalyst Collagen
- Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
- Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit
- Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
- Mengatasi masalah kulit kusam,berminyak, kering dan berkedut
- Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap & mudah patah
- Menyubur dan menyihatkan rambut agar kelihatan hebat dan berkilau
- Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima
- Menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat
- Mengurangkan selulit dan memastikan kulit sentiasa cantik
- Minda lebih cergas dan pergerakan tubuh menjadi lebih lancar
- Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga

Cara Minum : 1 Sachet Sehari Waktu Pagi atau Malam

Harga : RM 59.90
Kuantiti : 15 sachets/ 3g each


sms/whatsapp me at : 012-6621867 or email at ima_rozaimah@yahoo.com or pm me at Fb: Rozaimah Mat Ali



Monday, October 15, 2012

SUPPORT GROUP MEETING ( SGM ) JOHOR BAHRU

Di jemput ibu2 menyusu, mengandung dan ibu-ibu yang ingin mengetahui dan berminat untuk berkongsi tentang ilmu penyusuan hadir bersama-sama kami bagi memeriahkan lagi majlis ilmu yang berkonsepkan santai ini...


Tarikh : 20 Oktober 2012 ( Sabtu )
Tempat : Taman Awam Setia Tropika, Kempas
Masa : 2.00 pm
Tajuk : How Breastfeeding Affects Mothering & Fathering



Happy Breastfeeding..

Monday, October 1, 2012

Nur Darwisyah Amani - 2 yrs 3 months

Alhamdulillah...

Darwisyah sudah 2 yrs 3 months...masih lagi menyusu susu mama...cuma sekarang mama dah beri dia susu biolac waktu siang sewaktu di rumah baby sitter...coz mama dah tak mengepam lagi sebab darwisyah pun dah 2 y 3m...so mama try ajar minum susu biolac supaya apabila mama out station...dia boleh terima n nak minum susu tu bila mama xde bersamanya... Alhamdulillah dia nak...





Budak yang sudah banyak keletahnya sekarang ni...mulut pun becok ada je idea dia nak berborak..heee.
Kadang2 papa n mama dia kenakan balik...anak bertuah lah... :)

Darwisyah : Papa..papa..ada duit tak?
Papa : ada...adek nak beli apa?
Darwisyah : adek nak beli ayam.
Papa : heeemmm... ( asyik nak mkn ayam jer skrg )

kelakar bila dengar dua beranak ni berborak....yg klakar dia boleh tanya dulu papa dia ada duit ke tak kan? anakk..anakk.. :)






Thursday, September 13, 2012

RAYA 2012

Hee baru nak update... Dah lama blog ni bersarang... Asyik x berkesempatan je...

Hee raya pun dah habis.. Baru update gambar.. Layanzz...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...