nuffnang ads

Showing posts with label Kelas Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Kelas Penyusuan. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Support Group Meeting (SGM) Johor Bahru

 
Tarikh : 08 Disember 2012 ( Sabtu )
 
Masa   : 2.30 - 5.00 pm
 
Tempat : Taman Awam Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru
 
Tajuk : How Breastfeeding & Baby Wearing Affecting Mothering and Fathering
 
 
Ibu-ibu  breastfeeding semua dijemput hadir...ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu yang ingin menimba ilmu berkaitan breastfeeding dan baby wearing juga dijemput hadir..
 
jom sama2 kita sharing ilmu.. :)
 
p/s:    - konsep potluck
            - bagi yang mempunyai baby wearing seperti wrap, ssc, mei tai, ring sling dan pouch sila bawa bersama.
 
 
Jumpa di sana...miss u all :)
        
 
 


Monday, October 15, 2012

SUPPORT GROUP MEETING ( SGM ) JOHOR BAHRU

Di jemput ibu2 menyusu, mengandung dan ibu-ibu yang ingin mengetahui dan berminat untuk berkongsi tentang ilmu penyusuan hadir bersama-sama kami bagi memeriahkan lagi majlis ilmu yang berkonsepkan santai ini...


Tarikh : 20 Oktober 2012 ( Sabtu )
Tempat : Taman Awam Setia Tropika, Kempas
Masa : 2.00 pm
Tajuk : How Breastfeeding Affects Mothering & Fathering



Happy Breastfeeding..

Thursday, August 16, 2012

Jom Join...Kelas Penyusuan - Teknik Marmet anjuran MBFPC South Region.

Assalammualaikum wbt....

dan Salam Lebaran..

Saya ingin menjemput ibu2 menyusu di sekitar JB untuk join program kami...iaitu mengetahui dan mempelajari teknik marmet...

Apa itu teknik marmet?
- teknik marmet adalah kaedah memerah susu dengan menggunakan tangan....ada teknik dan caranya bukan pakai perah sahaja sehingga boleh menyebabkan breast melecet dan sebagainya...
- sekiranya teknik marmet ini telah sebati dgn anda...anda akan dapat rasakan...memerah dengan menggunakan marmet lagi mudah kerana tidak perlu membasuh spare part pump tu hee hee...dan hasilnya sebenarnya lagi banyak kalau anda telah biasa...

hubungi kami...cepat daftarkan diri anda sebelum penyertaan ditutup...



Tuesday, March 20, 2012

SUPPORT GROUP MEETING (SGM) -anjuran MBfPC South Region (Johor)

Support Group Meeting (SGM)
dikendalikan oleh MBfPC South Region (Johor)

Tarikh : 24hb mac 2012(sabtu)
Jam : 2.30ptg-5ptg
Lokasi : Taman Awam Taman Setia Tropika, JB

Tajuk : Normal cause of breastfeeding & avoiding common difficulties

Pot luck.. n konsep santai jer kwn2 yer…
Yang penting kita dapat share info bersama..
Dijemput hadir..
Ibu-ibu yang menyusukan ank, suami, pengasuh, ibu mengandung
dan ibu2 yg ingin mengetahui tentang penyusuan susu ibu..
Kehadiran anda sangat kami alu-alukan...

Monday, February 13, 2012

PG Support Group Meeting - SGM 2/2012


PG Support Group Meeting SGM 2/2012

Date : Saturday, February 25, 2012.

Time : 3:00pm until 5:00pm.

Topik: Breastfeeding and Working Mum (Perfecting the Balancing Act)
Penyusuan dan Ibu Bekerja (Seimbangkan Tanggungjawab)
Dikendalikan oleh MBfPC.

Moderator: Sabrina @ Ibu Dani (Tel: 0177293047)

Dijemput semua ibubapa, bakal ibubapa, dan sesiapa saja yang berminat untuk mengetahui tentang penyusuan ibu untuk hadir.

Masuk PERCUMA!

Diadakan secara santai dan terbuka...

Digalakkan untuk membawa ahli keluarga, ibu/ ibu mertua, pengasuh, saudara-mara, jiran tetangga, rakan sekerja...

Diminta sesiapa yang ada tikar untuk membawanya bersama, lebih mudah duduk, dan selamat untuk letakkan bayi..

Makan POTLUCK!

Untuk makluman lanjut boleh hubungi Azleen (0162949298) atau Sabrina (01772293047)

Semua yang berminat dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ilmu tersebut...insyaAllah..

Friday, January 6, 2012

Breastfeed Support Group Pasir Gudang SGM 1/2012

Breastfeed Support Group Pasir Gudang akan mengadakan SGM 1/2012 pada :

Tarikh : 14 Jan. 2012 (Saturday)
Masa : 3.00 pm until 5.00 pm
Tempat : Bukit Layang-Layang Pasir Gudang
Topic : Low Milk Supply Concern

Pot luck..(bawa la apa2 makanan nak bawa heee)

Siapa yg dijemput hadir: Ibu2 yang sedang menyusukan anak, sedang pregnant yg ingin menambahkan ilmu penyusuan, pengasuh or mr hubby yg sangat sporting slalu support isteri to continue breastfeeding...Kehadiran anda di alu-alukan...sama2 lah kita share info, ilmu dan maklumat yang berguna, berfaedah dan bermanfaat buat kita sekeluarga dalam menjayakan penyusuan susu ibu...

Tuesday, July 19, 2011

SGM 5 - Coping With Breastfeeding During Ramadhan

Topic  ini adalah topic yang dibincangkan pada perjumpaan SGM5- Kelab Susu Ibu Johor pada 16 Julai 2011.. Sedikit info yang dapat dikongsikan bersama..

Semasa berpuasa Ramadhan penghasilan susu mungkin akan berkurangan dan badan akan mengalami dehidrasi...oleh itu. pentingnya mengambil air yg banyak dan cukup semasa di malam hari dan bersahur..

Apa yang boleh kita buat :

1. Prepare stock awal ketika dalam bulan Syaaban dan cuba berlatih puasa di bulan Syaaban ini...so dari sini kita dapat tahu berapa banyak susu yang kita dapat hasilkan ketika berpuasa...sekiranya hasil tidak dapat menampung keperluan anak kita...kita boleh gandakan mengepam di waktu malam dan kalau rajin buat power pumping malam...pump lagi selepas kita bersahur...

2. Jangan skip pumping walaupun kita berpuasa...still pump macam biasa...jika skip pumping maka pengeluaran susu akan mula berkurang sedikit demi sedikit...Ada orang dapat hasil lagi banyak apabila berpuasa kerana kita tidak menggunakan tenaga yang banyak untuk proses penghadaman makanan....bergantung kepada badan masing-masing...

3. Ambil makanan yang berprotein dapat membantu menambahkan susu...( cth : ESP - Energy Soy Protein )...makan kurma...jadikan ia snack anda di malam hari...waktu berbuka puasa dan waktu sahur...kalau perlu ambil vitamin ambillah bagi membantu beri tenaga di siang hari seperti vitamin C, B- complex, habatus sauda, makan makanan yang berfiber seperti oat di waktu sahur selepas makan nasi.

4. Kekalkan sesi penyusuan 12X sehari ( direct BF + pumping )

5. Akhir sekali jangan stress...banyakkan berdoa moga perjalanan penyusuan kita dipermudahkan sepanjang Ramadhan ini...moga kita dan anak sentiasa ceria...

sedikit tips dari Puan Kamariah ( kaunselor laktasi )

* Akan ada pengurangan penghasilan susu apabila hampir petang...Oleh itu, pada waktu malam susukan bayi anda semaksimum mungkin, minum air lebih dan makan kurma. Ketika waktu sahur banyakkan membaca surah al-kautsar, ambil vitamin jika perlu, pump susu juga di waktu siang seperti biasa dan tingkatkan masa mengepam di waktu malam...


Sama2 lah kita ibu-ibu menyusu ini menguatkan semangat untuk menjalani ibadah puasa di samping menyusukan anak...tetapi sekiranya tidak mampu kita di bolehkan untuk tidak berpuasa...kerana Islam itu mudah dan tidak membebankan...tapi kena ganti balik yer heee...tu yang ramai bertahan puasa walaupun dah tak larat macam nak pitam tetap nak teruskan sebab sayang nak batalkan puasa dan malas nak kena ganti nanti heee..hee...itulah yang pernah berlaku pada saya masa BF anak kedua dahulu...badan dah tak larat macam rasa nak pitam saya nak terus puasa juga...jam 6 petang akhirnya saya kena batalkan puasa juga kerana saya dah pitam n jatuh x bermaya...sebabnya saya kurang minum air pada malam hari dan kurang rehat...saya ingat lagi kejadian tu...so byakkan minum air di malam hari n sewaktu besahur...makan makanan yang berkhasiat...


Taman Awam Setia Tropika, JB

Thursday, June 16, 2011

Kelas Penyusuan Susu Ibu di Sarakids JB


Kelas Penyusuan Susu Ibu - Sarakids JB

Tarikh: 18 Jun 2011 (Sabtu)
Tempat: Sarakids JB, No. 01-32, Jalan Pinang 52, Taman Daya, 81000, Johor Bahru

Waktu: 9.00 pagi hingga 12.30 tgh hari

Penceramah: Puan Farah Farhan

Topik:

* Asas Penyusuan Susu Ibu
* Teknik Penyusuan Susu Ibu
* Penyusuan Ibu Bekerjaya & Pengurusan Penyusuan
* Permasalahan Penyusuan & Peranan Suami Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
* Kumpulan Sokongan

Pendaftaran boleh dibuat pada Cik Noor: 017-7223008  

refer blog Farah Farhan

Monday, March 14, 2011

SGM Kali ke-3 2011 di Johor Bahru



Jom rakan2 di area JB kita join...

Tarikh : 19 Mac 2011

Masa : 2.30 pm - 4.30 pm

Tempat : Taman Awam Setia Tropika, Johor Bahru


~ I will support breastfeeding ~

Saturday, February 19, 2011

Gambar Program Penyusuan Susu Ibu di UTM, Skudai

Hari ini 19 Februari 2011, ima, husband n my kids telah pergi ke program penyusuan susu ibu di UTM, Skudai....seronok sangat dapat jumpa rakan2 dan boleh bertukar pandangan dan info2 yang bermanfaat...selain itu en husband dapat pendedahan tentang dunia breastfeeding bagi wife yang bekerjaya...Bro Haziq n Sis Damia pun join skali...mereka pun seronok...SGM seterusnya bulan Mac 2011...



pembelajaran teknik penyusuan


discussion group


sesi pembentangan


antara sebahagian yang hadir...bapa2 juga tidak ketinggalan


tu mama....tengah memujuk lil Darwisyah

Monday, February 14, 2011

Program Penyusuan Susu Ibu di UTM, Skudai


untuk kawan2 yang stay area Johor Bahru jom kita join...jom sama2
memeriahkan lagi suasana...
maklumat lanjut klik duniasusuibu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...