nuffnang ads

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday: Aksi Darwisyah pakai tudung n selendang


bz dail sape pun x tau heee..


nape x angkat phone saya call..hee..


boring laa..




cantik x saya pakai selendang..malu...hee


gembiranya hati saya..






Monday, November 21, 2011

Family Day Jabatan - 22-23 Okt. 2011

Last month...22-23 Okt. 2011 jabatan tempat saya bekerja menganjurkan family day
yang di adakan di Sri Intan, TM Resort, Port Dickson, N.9..
Saya dan 7 rakan yang lain adalah penganjurnya or urusetia yang setia
sepanjang masa hee heee...semuanya berjalan lancar..
Oleh kerana bz sebagai urusetia dan ibu kepada 3 orang anak..
maka x brkesempatanlah untuk snap picas...padahal camera bawa tu..hee..hee
almaklumlah mr hubby x berapa minat snap2 gambar ni...i jer yang selalu
jadi photographer heee...hee..

ni picas yang di ambil oleh rakan2..belas ihsan daripada album dia orang hee..hee..


Darwisyah masuk game kutip gula2..suka2 jer..bukan faham lagi pun..tengok la
 dapat sebiji dah cukup hee...hee


Mr. Hubby masuk game kelek buah ping pong n bowling padang...tp xde picas


Bro Haziq n Sis Damia pakai baju purple...masuk colouring contest malam tu...si cilik Darwisyah
masuk contest baby comel....adek Darwisyah dapat no.3 malam tu...tapi mama x sempat nak ambik picas sbb mama bz sangat malam tu ...sorry dear...bro haziq pun ada join game masuk air dalam botol guna span masa siang pun xde picas...heee..


picas se family ni pun ihsan daripada andika...tq yer ambil picas kami sekeluarga..

Friday, November 18, 2011

Tips Merangsang Aliran Susu

Jom kita share sedikit tips penyusuan :)

  • Yakin anda boleh memerah susu dan sentiasa berfikiran positif.
  • Kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan.
  • Fikirkan perkara yang indah sahaja tentang bayi anda.

Bersedia secara praktikal:
  • Bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu..bergantung kepada individu.
  • Melihat gambar, video atau suara rakaman bayi anda.
  • Minum minuman suam yang melegakan ( elakkan minum kopi/ teh ).
  • Tuam atau urut payudara perlahan-lahan.
  • Rangsang puting susu dengan cara menggentel puting susu dengan jari.

Wednesday, November 16, 2011

Kepentingan Penyusuan Awal Dalam Masa 1 jam Selepas Bersalin..

Kenapa ianya penting???

  • Susui bayi anda secepat mungkin dalam tempoh 1 jam selepas kelahiran.
  • Penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan.
  • Bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat sebaik sahaja dilahirkan ( Rooting Reflex ).
  • Membantu dalam proses pengecutan rahim untuk mengelak tumpah darah selepas bersalin.
  • Kolostrum menjadi imunisasi yang pertama untuk bayi.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. ( Bonding )

Sunday, November 13, 2011

Haziq n Damia Konvo..

13.11.2011 at Goodhope Hotel Skudai, JB...Haziq n Damia Konvo for 5 & 4 years old...Tahniah untuk anak2 mama...kerana mendapat keputusan yang cemerlang...moga menjadi anak2 yang soleh n solehah...doa mama sentiasa mengiringi kalian...mama sayang kamu berdua...





kakak Damia yg comel


with mama


anak soleh n solehah..aminnn..





Friday, November 11, 2011

2nd Certificate for 1 Minute Simultaneous Breastfeeding

Alhamdulillah...dah dapat 2nd online certificate from MMPS...

tapi kali ni nama adek tak lengkap la...tertinggal Amani...hari tu bg full name...huuu

Nur Darwisyah Amani

bucuk cayang mama ni...

Tuesday, November 8, 2011

Perkongsian fakta supplement dalam penyusuan SI oleh Dr. Nadrah Arifin

Saya just nak share apa yang Dr. Nadrah share dalam laman facebooknya...Dr. Nadrah Arifin juga merupakan salah seorang rakan Peer Counselor MBfPC di Perak...



Apa yang Dr. Nad kata kan...

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.
Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu...maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.
Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?
Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement's promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement....tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.
Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang....kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.
Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.
Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. K...esan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.
Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan... mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap "usaha" membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.
Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum de...cide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.
Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau han...ya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.
Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi... bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

* Saya copy paste sepenuhnya daripada fakta Dr. Nad di dalam facebook nya...tiada penambahan...
kita ibu-ibu menyusu bukan tak boleh ambil supplement untuk kesihatan diri kita sekiranya kita mahu...bergantung kepada individu...tetapi jangan memanipulasikan sesuatu fakta tu...hee apa2 pun

enjoy breastfeed kawan2..

Tuesday, November 1, 2011

Di Saran Menyimpan Emas


Saranan daripada Dato Salleh Majid ( bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur ) - kini Bursa Malaysia dalam artikel beliau " Gandakan Nilai Harta Dengan Pelaburan Emas " baru-baru ini menyarankan koperasi juga individu dan kakitangan awam beralih kepada pelaburan emas yang terbukti satu pelaburan paling selamat kala ini.

Menurut beliau, Serambi Emas adalah syarikat Bumiputera yang terbabit secara profesional dalam urusan jual beli emas dan mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market selain pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Permasalahan utama yang sering membuatkan orang ramai untuk membeli dan menyimpan emas adalah kekangan kemampuan untuk membeli kerana harga emas sentiasa naik dari sehari ke sehari. Jika dilihat  5 tahun lalu (Sept. 2006) harga emas 999.9 ketika itu sekitar RM62/gram saja berbanding sekarang (Sept. 2011) telah mencecah RM215/gram ( hampir 3.5 X ganda ).

TIPS DAN INFO : 

1. Ar Rahnu memberi kemudahan pembiayaan berlandaskan syariah tanpa terbabit dengan riba. Gunakan sepenuhnya dengan bayaran hanya 35% dari nilai emas untuk memiliki emas 999.9 (24 karat).

2. Pakar ekonomi menjangkakan peningkatan harga emas akan berterusan sehingga hujung tahun ini. Belilah emas sekarang sementara harga emas masih lagi rendah dan nikmati kenaikan harga dalam masa terdekat.

3. Manfaat dari program 5 tahun simpanan emas fizikal  akan membuatkan anda pencen lebih awal dan bebas dari masalah kewangan.

4. Pilihlah emas berketulenan 999.9 (24 karat) kerana susut nilai adalah sangat minimum tanpa kos upah membuat dan rekabentuk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...