nuffnang ads

Tuesday, June 21, 2011

Istimewanya Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu sangat istimewa kerana ia memberi banyak manfaat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga tidak boleh dirasa. Melalui medium penyusuan ibu perasaan kasih sayang yang erat dapat diwujudkan. Ikatan antara ibu dan bayi juga sangat rapat...

my lil Darwisyah kalau nak minta bacakan buku cerita pasti dia ambil buku tu dan bawa pada mama nya ni...papa dia panggil dia hanya menggelengkan kepala tanda memberitahu saya nak mama yang bacakan...heeee...so sweet my dearest...

Melalui sentuhan yang berlaku sepanjang penyusuan ibu, bayi akan berasa sangat selamat dan nyaman kerana berada di dalam pelukan ibu. Degupan jantung ibu bagaikan irama yang merdu setiap kali apabila bayi berada dalam dakapan ibu..

Ibu juga dapat berehat sewaktu menyusukan bayi kerana berlakunya tindak balas hormon oksitoksin yang juga dikenali sebagai hormon yang memberi ketenangan. Oleh kerana penyusuan ibu itu menggunakan tenaga, ibu akan dapat membakar kalori yang ada di dalam badan dan akan membuatkan bentuk badan ibu lebih cepat kurus, cantik dan menarik..

menjimatkan

Sudah tentu ianya menjimatkan kerana ianya percuma tidak perlu dibeli. Memerah susu ibu juga tidak mengeluarkan modal. Bagaimana pula tidak mengeluarkan modal? Teknik pemerahan dengan menggunakan tangan yang dikenali sebagai teknik marmet boleh digunakan oleh ibu untuk memerah susu ibu yang sangat berharga. Sekiranyanya membeli breast pump ianya hanya sekali sahaja bukan setiap bulan...nah jimatkan di samping anak mendapat kebaikan susu ibu...

mudah

Penyusuan SI ini sangat mudah kerana ianya boleh dilaksanakan di mana sahaja dan dalam apa jua situasi. Tidak perlu membawa peralatan atau kelengkapan penyusuan sewaktu keluar bersantai. Cukup hanya dengan memakai pakaian yang bersesuaian bayi sudah boleh disusukan di mana sahaja. Penyusuan SI juga boleh dilaksanakan dalam keadaan ibu itu duduk, berdiri atau berbaring.

kesihatan

Kajian menunjukkan kepadatan tulang ibu yang menyusukan bayinya adalah lebih tinggi daripada ibu yang tidak melaksanakan penyusuan SI. Ini bermakna, ibu yang menyusukan bayi jarang mendapat osteoporosis bila usia semakin meningkat. Malah kajian juga menunjukkan bahawa dengan penyusuan SI risiko untuk mendapat barah payudara dan juga barah ovari dapat dikurangkan.

Melalui kajian yang dilakukan di luar negara didapati bayi yang menyusu SI mempunyai kesihatan yang lebih baik, IQ yang lebih tinggi malah lebih cepat berdikari. Perkembangan pertuturannya juga baik. Malah sifat senang hadam SI itu juga dapat membantu mengurangkan tekanan dalam sistem penghadaman dan buah pinggang bayi yang masih belum matang.

mengurangkan risiko jangkitan

Penyusuan SI juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit2 yang biasa dialami oleh bayi dan kanak2 sepanjang tumbesarannya. Antaranya seperti otitis media (jangkitan telinga), cirit-birit, pneumonia, jangkitan bakteria seperti meningtis, kematian mengejut (SIDS), asma. Malah ianya mengurangkan risiko obesiti dan diabetis di kalangan kanak2. Ini kerana antibodi dan hormon yang terkandung di dalam susu ibu itu sendiri.
   
saddle hold, australian hold, breastfeeding photos, breastfeeding positions, breastfeeding pictures                    
Happy Breastfeeding

Monday, June 20, 2011

Untuk mendapatkan hasil pumping yang lebih baik..

Menggunakan breast pump adalah lebih mudah bagi ibu- ibu....pelbagai jenis pump terdapat di pasaran sekarang...tetapi ketahuilah kaedah marmet adalah yang terbaik....Oleh itu, ibu-ibu perlu belajar juga kaedah marmet...

Boleh sahaja menggunakan breast pump coz saya sendiri menggunakannya....tetapi selepas itu habiskan sesi pumping tadi dengan menggunakan kaedah marmet....ibu-ibu akan berasa puas selepas itu kerana kita betul2 dapat mengosongkan breast....untuk penghasilan susu baru...hasilnya pun agak meriah...kalau tak percaya ibu-ibu try la.....saya memang sangat berpuas hati dengan apa yang saya lakukan ini....


           


Friday, June 17, 2011

Nur Darwisyah Amani - 2 weeks to go 1 year




 
2 weeks to go 1 year my dear....means lagi 2 weeks juga lah mama akan mencapai stage ke-2 iaitu hanya penyusuan susu ibu for 1 year...." Ya Allah permudahkan lah urusan penyusuan anakku ini sehingga umurnya 2 tahun...murahkan lah rezeki kami...hanya kepadaMu kami memohon...sesungguhnya Kau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.."

11 months seronoknya...adek Darwisyah dah start jalan jatuh...

go mama..go mama..go mama go...
heeee....



Thursday, June 16, 2011

Kelas Penyusuan Susu Ibu di Sarakids JB


Kelas Penyusuan Susu Ibu - Sarakids JB

Tarikh: 18 Jun 2011 (Sabtu)
Tempat: Sarakids JB, No. 01-32, Jalan Pinang 52, Taman Daya, 81000, Johor Bahru

Waktu: 9.00 pagi hingga 12.30 tgh hari

Penceramah: Puan Farah Farhan

Topik:

* Asas Penyusuan Susu Ibu
* Teknik Penyusuan Susu Ibu
* Penyusuan Ibu Bekerjaya & Pengurusan Penyusuan
* Permasalahan Penyusuan & Peranan Suami Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
* Kumpulan Sokongan

Pendaftaran boleh dibuat pada Cik Noor: 017-7223008  

refer blog Farah Farhan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...