Tidak mahu makan adalah petanda anak tidak sihat. Anda perlu memerhatikan keadaannya supaya ia tidak bertambah teruk dan kalau perlu dapatkan nasihat doktor. Berikut merupakan beberapa petua dan peringatan yang diberikan oleh Dato' Dr. Musa kepada ibu bapa sekiranya anak sakit:
1. Berilah makan dan minum apa yang diingininya. Anda tidak harus bertegas dengan jenis makanan yang harus dia makan.
2. Biarlah mereka makan sedikit demi sedikit tetapi kerap apabila sakit.
3. Jangan memaksa anak makan.
4. Pada hari sakit yang kedua atau ketiga, makanan tidak penting tetapi pastikan anak anda minum secukupnya.
5. Jika muntah ataupun demam, anak anda akan memerlukan lebih cecair seperti ORS ataupun minuman isotonik.
6. Susu dan jus buah-buahan kaya dengan vitamin dan galian yang merupakan cecair yang paling berkhasiat.
7. Susu boleh diberikan secara milk shake, kastard, aiskrim atau yogurt untuk meningkatkan seleranya.
No comments:
Post a Comment