nuffnang ads

Monday, December 19, 2011

Our 7th Anniversary - 17.12.2011


Alhamdulillah...

Anniversary yang ke-7 thn..

Moga kasih sayang dan cinta kita hingga ke syurga..
dan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat 
Allah...
For u my luvly hubby...tqvm for alls..
Mr. Hubby bagi kad anniversary n coklat ferera rocher & van houten
for me..but i dah makan habis hee..hee...memang hantu coklat heee...
tq hubby...





Sunday, December 18, 2011

Tiram Indoor Water Park

Yesterday bawa anak2 pergi Tiram Indoor Water Park...
dapat tiket free so bawak la mereka pergi mandi manda...tempat dia xde la besar
sangat pun...biasa jer..tapi boleh la untuk budak2 enjoy mandi..
tapi mama tengok anak2 mama x berapa nak enjoy sangat pun...
kesejukan semuanya...maybe awal pagi lagi mood lom panas lagi heee..


bukan main bergaya lagi adek darwisyah ambik gambar hee..


kakak Damia




adek dah x sabar..








Monday, December 5, 2011

House Keeping: storage bottle/cup Darwisyah

This weekend mama duk buat house keeping storage bottle/ cup Darwisyah yang banyak melambak-lambak dan tak digunakan lagi...Darwisyah sudah 1 tahun 5 bulan...7 months to go 2 years...so mama dah tak perlu buat stok yang banyak2 kerana dah besar ni dia lebih suka minum fresh  ebm berbanding frozen ebm...

Now dalam chest freezer tu ada stok dari Ogos 2011 hingga sekarang...

Ni antara picas2 semasa proses house keeping tu...aksesori breastfeeding yang tidak digunakan lagi mama simpan dalam box supaya coming baby nanti boleh pakai lagi...heee tapi tak tau la bila...mama hanya tinggalkan beberapa botol kosong sahaja untuk kegunaan..



dalam ni ada 95 botol susu yang tidak digunakan lagi...


Ni pun dulu ada campur guna storage bag sebab tak cukup
storage bottle...ada 5 botol yang pecah bersama2
frozen ebm disebabkan dulu freezer penuh sebelum
belinya chest freezer huu..huu..sedih tu
sayang penat perah...


bersama sebahagian aksesori bf yang tidak digunakan lagi..


dah penuh 1 box...yang lain nanti kena beli lain la hee..


haa ni dia box tu..



Saturday, December 3, 2011

Nutrisi untuk Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang Sihat

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelas, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi, amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Folate (Asid Folik)
Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.


Kalsium
Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku di saat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.


Asid Lemak Omega-3
Asid Lemak Omega-3 juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada dua bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...