1.Apakah persediaan yang perlu ibu lakukan sebelum kembali bekerja?
2. Apabila kembali bekerja, apakah yang perlu kita lakukan?
a. Senarai semak sehari sebelum kerja
-Rancang pemakaian yang bersesuaian(nursing wear, nursing bra)
-Peralatan untuk dibawa (pelapik coli, ice pack, botol susu, bag penyusuan, pam)
-Simpanan susu yang akan dibekalkan kepada baby sitter (240 hingga 300 ml) ikut keperluan.
-Tidur lebih awal dan jika boleh pasang jam loceng agar ibu tidak tergesa-gesa dan mempunyai lebih masa untuk menyusukan bayi sebelum bertolak ke tempat kerja.
b. Tempat penyimpanan susu.
-letak susu anda ke dalam bekas dan label nama dengan jelas.
-simpan dalam cooler bag bersama ice pack jika di tempat kerja anda tiada peti ais.
c. Memerah susu.
-Perah susu sekerap yang boleh, 3 atau 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu.
-Menyesuaikan waktu makan tengahari dan minum petang agar tidak mengganggu waktu kerja
-Untuk rasa tenteram sebelum memerah susu:
i. Tarik nafas dalam-dalam jika rasa stress atau cemas
ii. Bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan menjadi ibu
iii. Dengar muzik atau sesuatu yang boleh menenangkan anda.
3. Bagaimanakah cara ibu mengurus masa dengan baik demi menyeimbangkan antara kerja dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?
5. Bayi mengempeng? Adakah ianya normal ataupun petanda tidak cukup susu?
a. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali.
b. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain - lain penyakit. Susu formula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi.
c. Susu dihasilkan daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan.
credit to: Ibu Dani (Sabrina)- sahabat MBfPC
untuk tajuk 2 SGM -PG support group..
* daku x dpt join sahabat yg lain coz ada class..
a.Bincang dengan suami langkah yang akan diambil setelah ibu kembali bekerja.
b.Mulakan perancangan awal(pemilihan pam@perah secara marmet)
c.Perah susu lebih awal (2 minggu sebelum kembali bertugas)
d.Menyimpan perahan susu
e.Cari baby sitter yang menyokong BF.
i.Terangkan bagaimana cara handle EBM
ii. Jangan beri bayi air suam, susu formula atau makan lain selain daripada susu perahan ibu
iii. Ambil no. telefon baby sitter untuk dihubungi pada waktu kecemasan.
f. Bincang dengan majikan dan rakan sekerja bahawa anda menyusukan bayi anda bagi menjadikan tempat kerja anda tempat yang mesra penyusuan susu ibu. (berkaitan masa, tempat yang sesuai untuk memerah).
2. Apabila kembali bekerja, apakah yang perlu kita lakukan?
a. Senarai semak sehari sebelum kerja
-Rancang pemakaian yang bersesuaian(nursing wear, nursing bra)
-Peralatan untuk dibawa (pelapik coli, ice pack, botol susu, bag penyusuan, pam)
-Simpanan susu yang akan dibekalkan kepada baby sitter (240 hingga 300 ml) ikut keperluan.
-Tidur lebih awal dan jika boleh pasang jam loceng agar ibu tidak tergesa-gesa dan mempunyai lebih masa untuk menyusukan bayi sebelum bertolak ke tempat kerja.
b. Tempat penyimpanan susu.
-letak susu anda ke dalam bekas dan label nama dengan jelas.
-simpan dalam cooler bag bersama ice pack jika di tempat kerja anda tiada peti ais.
c. Memerah susu.
-Perah susu sekerap yang boleh, 3 atau 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu.
-Menyesuaikan waktu makan tengahari dan minum petang agar tidak mengganggu waktu kerja
-Untuk rasa tenteram sebelum memerah susu:
i. Tarik nafas dalam-dalam jika rasa stress atau cemas
ii. Bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan menjadi ibu
iii. Dengar muzik atau sesuatu yang boleh menenangkan anda.
3. Bagaimanakah cara ibu mengurus masa dengan baik demi menyeimbangkan antara kerja dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?
- Bangun seawal mungkin untuk menyusukan bayi dan supaya tidak tergesa-gesa ke tempat kerja.
- Jika anda terlalu gila bekerja, hentikan! Sebaliknya, berpada-padalah. Memang benar wang penting untuk membina keluarga. Apatah lagi jika anda adalah pasangan suami isteri yang masih muda. Namun, apa gunanya wang yang banyak jika masa bersama keluarga tidak diendahkan. Apakah anda mahu anak di rumah membesar tanpa kasih sayang dan perhatian yang sempurna? Tentu sahaja ia akan menjejaskan masa depan mereka.
- Tahu untuk seimbangkan hubungan dari segi:
- Mental, pendidikan dan ilmu
- Emosi
- Fizikal dan ekonomi
- Sosial
- Spiritual
- Bincang dan dapatkan sokongan keluarga. Minta bantuan daripada suami untuk sama menguruskan urusan rumah tangga. Sentiasa berbincang dengan suami dan selesaikan jika mempunyai masalah
- Ibu perlu bijak mengatur urusan kerja dan rumahtangga. Tentukan keutamaan dalam menguruskan urusan yang perlu dilakukan. Misalnya, meskipun ibu bekerja, namun sebaik sahaja pulang kerja ibu harus memperuntukkan waktu yang berkualiti sama ada untuk anak mahupun suami. Atur atau susun agenda agar ibu dapat mengatur kegiatan secara lebih sistematik dan berkesan
- Makan makanan yang berkhasiat spt lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat dan memastikan minum lebih banyak air. Ini bagi memastikan ibu lebih bertenaga untuk menyusukan dan memerah susu serta dapat meneruskan tugas-tugas harian di tempat kerja.
- Kurangkan pengambilan kopi dan teh
- Apabila anda letih atau stress cuba ubah posisi penyusuan. Posisi berbaring dapat memberi impak relaks kepada ibu yang menyusu.
- Bersenam, berurut.
- Luangkan masa dengan membuat perkara yang ibu sukai; membaca buku, bertemu rakan-rakan, mendengar muzik, tidur sekejap atau membeli belah.
- Banyakkan berzikir dan mengingati Allah