nuffnang ads

Friday, February 25, 2011

Ribena + Performance Drinks..sedapnya


Semalam saya rasa macam tak sedap badan....macam nak kena demam selsema..kepala pun rasa pening sangat...sangat tak selesa di tempat kerja semalam...oleh kerana saya ada membawa vitamin C shaklee di dalam pil box yang sentiasa disimpan dan diletakkan di dalam handbang...maka saya telanlah 2 biji vitamin C tu dulu...saya memang dah x sabar untuk pulang hari ni kerana dah tak selesa dan pening kepala...semasa drive untuk pulang ke rumah pun kepala rasa dah melayang-layang...setibanya di rumah saya buat air ribena + performance drinks ni 1 mug...lepas tu saya baring untuk merehatkan diri sebentar...lepas 2 jam pening kepala saya yang nak kena demam selsema ni dah rasa ok...dan boleh la saya aktif kembali untuk membuat kerja-kerja umah...alhamdulillah...tapi memang sedap betul rasanya ribena + performance drinks tu...anak yang sulung minta sikit rasa n say " mama sedap la air ribena yang ni" hee..hee..

                                              

Wednesday, February 23, 2011

Kurang Susu Ibu

Antara sebabnya :
  • Ibu tidak memberikan bayi menghisap sekerapnya
  • Bayi menghisap sebelah payudara sahaja
  • Bayi diberi makanan tambahan atau susu botol
  • Ibu tidak yakin dengan kedua-dua belah payudaranya
  • Ibu hendaklah lebih memakan makanan yang memberi tenaga seperti ( nasi, roti,mee ) makanan membina badan seperti ( ikan, susu, ayam, kekacang) dan makanan mencegah penyakit seperti ( sayur dan buah-buahan )
  • Ibu mesti yakin bahawa dia boleh menyusukan bayinya 

Apa yang penting ibu-ibu kena yakin dan bersungguh2 untuk menyusukan bayinya...kerana setiap ibu yang melahirkan boleh memberikan susu kepada bayinya. Ibu juga kena sentiasa berfikiran positif bahawa susunya sentiasa cukup untuk anaknya.




Monday, February 21, 2011

Susu Ibu : merupakan ubat untuk sakit mata


Heee...macam pelik jer kan bila terbaca tajuk ni..
Info ni..ima dapat dari husband makcik baby sitter anak2 kesayanganku..
Kalau kena sakit mata...titiskan beberapa titis SIP (Susu Ibu Perahan)
ke mata anda...insyaAllah pakcik tu kata akan sembuh...ima belum
pernah cuba lagi la coz info ni baru tahu dan setakat ni belum
ada keluarga yang kena sakit mata...kawan2 bolehlah cuba..

Tapi apa yang penting yang ima nak share di sini ialah betapa
miracle susu ibu itu sendiri...subhanallah...




i will support breastfeeding

Sunday, February 20, 2011

Solid Food Nur Darwisyah Amani




Ini bubur lil Darwisyah yang akan dibawa ke rumah baby sitter....satu untuk makan tengahari dan satu untuk makan petang...Darwisyah sangat suka makan bubur yang mama dia bekalkan ni...nampak jer bekas ni dia dah nangis minta makan kelakar...hemmm..boleh tahan kuat makan juga dia ni...bubur nasi ni ima masak berasingan...

bubur nasi :
masak bubur nasi seperti biasa dan kemudian blender bagi halus sedikit tekstur dia..coz dia belum ada gigi lagi...heee

Lauknya :
Kentang
Carrot
daging
kismis 
sedikit serbuk sup sbg perasa

* masak semua ni macam masak sup daging
* kemudian sejukkan dan blender bagi halus
* heee dah siap lauk dia

Lepas tu campurkan bubur + lauk tadi ke dalam food storage pilihan anda untuk dibekalkan kepada baby sitter...Biasanya ima akan masak ni untuk 2 hari makan...means takde la masak tiap2 hari heee...yang lebih tadi simpan dalam freezer untuk esok..

* Darwisyah paling suka lauk daging berbanding ikan or ayam...

Saturday, February 19, 2011

Gambar Program Penyusuan Susu Ibu di UTM, Skudai

Hari ini 19 Februari 2011, ima, husband n my kids telah pergi ke program penyusuan susu ibu di UTM, Skudai....seronok sangat dapat jumpa rakan2 dan boleh bertukar pandangan dan info2 yang bermanfaat...selain itu en husband dapat pendedahan tentang dunia breastfeeding bagi wife yang bekerjaya...Bro Haziq n Sis Damia pun join skali...mereka pun seronok...SGM seterusnya bulan Mac 2011...



pembelajaran teknik penyusuan


discussion group


sesi pembentangan


antara sebahagian yang hadir...bapa2 juga tidak ketinggalan


tu mama....tengah memujuk lil Darwisyah

Tuesday, February 15, 2011

Bra menyusu yang sesuai


Oleh kerana di key words ada pertanyaan ini...maka entry ini dikeluarkan...heee..

Terdapat 2 jenis nursing bra, yang pertama ialah jenis yang sama dengan bentuk bingkai A - di bawah bra merupakan bingkai yang menyokong payu dara anda dari dalam melalui bahagian tepi dan atas. Anda boleh menggunakan bra tersebut untuk menyusukan bayi anda dan dalam masa yang sama, anda masih mendapat sokongan pada payudara anda dan ianya sesuai untuk wanita yang mempunyai payudara besar.



Jenis bra yang kedua ialah jenis yang mempunyai sokongan anduh. Apabila anda memakai bra tersebut untuk menyusukan bayi anda, anda akan mendapat sokongan daripada bahagian tepi. Salah satu jenis tersebut adalah sangat baik dan ia adalah bergantung kepada pilihan individu.

Monday, February 14, 2011

Mama sedihh..susu perahan Darwisyah tertumpah

Huu..huu..mama rasa sedih n terkilan sangat coz mama careless betul tadi..
Semasa 2nd pumping sessions kul 12.00 pm tadi macam mana boleh careless
pun tak tau la....nak cepat sangat asyik terkejar2 masa jer sampai susu perahan
yang dapat 5oz tadi telah tertumpah separuh...tinggal 2.5oz jer...alhamdulillah...
tapi mama rasa sedih n bersalah sangat2 dengan lil Darwisyah di atas kecuaian
mama tadi....huu..huuu...adek..maafkan mama yer....mama x sengaja sayang...
luv u n miss u dear...





Program Penyusuan Susu Ibu di UTM, Skudai


untuk kawan2 yang stay area Johor Bahru jom kita join...jom sama2
memeriahkan lagi suasana...
maklumat lanjut klik duniasusuibu

Friday, February 11, 2011

Bagaimana Mengurus EBM Sewaktu Bekerja

Bagaimana me mengurus ebm lil Darwisyah semasa bekerja :

Jadual pumping me semasa berada ditempat kerja ialah 3 sessions...
  • 1st session dari pukul 7.45 am - 8.10 am....ni antara masa wajib 1 session pumping me
  • 2nd session dari pukul 11.30 am - 12.15 pm...mana masa yang sempat la dalam tempoh ni..
  • 3rd session dari pukul 3.00 pm - 3.30 pm...time ni masa yang agak terkejar2 skit tapi me akan try luangkan masa juga
Kadang-kadang pernah juga me hanya dapat pump 2 sessions jer semasa waktu bekerja kerana kesibukan melanda...hee...tapi me akan ganti 1 session yang tak cukup tadi bila balik ke rumah iaitu semasa breastfeed lil Darwisyah setibanya di rumah....sebelah Darwisyah BF dan sebelah lagi pump...total average hasil perahan semasa bekerja ialah 17-22 oz....Alhamdulillah...rezeki Darwisyah...

Hasil perahan tadi akan me simpan di dalam cooler bag MLO...kerana kat ofis me ni freezer simpan barang kes....so takde la tempat...tapi simpan dalam cooler bag MLO ok apa....mudah...senang dan ringkas...heee...



ni cooler bag MLO me...
ni hasil perahan 1 session



Happy Breastfeeding & Pumping...

Thursday, February 10, 2011

Petua Melahirkan Anak Hebat Menerusi Teknik Menyusu

Kawan-kawan semua ni info yang me dapat daripada my friend Puan Azian Masiron..my friend ketika study dahulu...yang juga merupakan MBPC ( Malaysian Breastfeeding Peer Counselor )...ni link web dia klik sini  so nak share la info ni dengan kawan semua...

Info ni from her mother...semasa ibunya menonton salah satu rancangan tv...tp ibunya tak ingat dan x sure rancangan apa...tapi yang dia ingat content ni:

Ada seorang ibu ni hantar anak dia hafaz al-quran...amazingly budak tu boleh hafaz within 1 month jer...Ustaz pun pelik kerana tak pernah jumpa budak sehebat itu...Ustaz pun bertanya pada ibu itu macam mana dia mendidik ankanya....ibu itu pun berfikir2...dan puas berfikir inilah jawapan ibu itu..." Setiap kali sebelum breastfeed anak.. saya mesti ambil wuduk " subhanallah bila mendengar jawapan tu...betapa hebatnya kesan jika sentiasa mengambil wuduk even untuk menyusukan anak sahaja...so bukan sahaja susu ibu yang hebat tapi teknik menyusu itu pun dapat mempengaruhi jiwa dan sahsiah anak2 kita...

Info yang baik untuk dijadikan muhasabah pada diri kita....mampukah kita untuk menjadi ibu yang hebat untuk anak2 kita...

Monday, February 7, 2011

Bro Haziq n Sis Damia go to school


Sekolah dah lama bermula baru mama dapat picas ni coz sebelum ni sis Damia punya uniform xde size so lambat sikit la dapat...picas ni pun bluetooth dgn anak baby sitter yang jaga mereka...mama kerja jauh so pagi2 dah keluar untuk mengelakkan jalan yg selalu jam bangat fuhhh....cian anak2 mama coz mama x dapat nak siapkan u all n hantar u all go to school...xpe la mama sentiasa mendoakan kalian agar menjadi anak2 soleh n solehah yang cemerlang di dunia dan akhirat...




Saturday, February 5, 2011

lil Darwisyah 7 months


lil Darwisyah dah 7 bulan...Darwisyah pergi jusco nak pilih sendiri walker dia hee..heee...tgk la aksi2 dia memilih walker ni...n aksi dia duduk di dalam baby chair di Mc donalds sambil tengok papa, mama, sis damia n bro haziq makan....bising mulutnya nak mintak makanan...mama beli roti n cicah dengan hot milo bagi dia makan...sukanya la dia...janji dia dapat makan juga...kelakar btul adek ni...


yang ni mcm ok gak..

stereng keta ni lg cantik drpd keta mama laaa..



cepat la adek dah lapar ni mama...

alhamdulillah adek dah kenyang..

Tuesday, February 1, 2011

Breast Milk VS Formula Milk


Memang sungguh banyak kelebihan dan khasiat BM ni sehingga tak dapat nak ditandingi oleh mana2 susu yang lain....Subhanallah ( maha suci Allah ) di atas kebesarannya yang menyuruh kita memberikan BM sehingga anak berusia 2 tahun...kerana macam2 nikmat dan hikmah yang diperolehi oleh anak2 yang menyusu dengan hanya susu ibu...anak lebih rapat, dekat dan mesra dengan ibu...dan kita juga begitu touching hati ni bila nak tinggalkan dia lama2...ibu juga turut mendapat kelebihan seperti...dapat menjaga berat badan daripada naik terlalu banyak heee...dan bermacam2 lagi kelebihan ...




sumber dari wic

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...