nuffnang ads

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Bila masa yang paling sesuai untuk wean off


      

Bila ye masa yang sesuai untuk saya wean off ank saya dengan susu ibu???
Ramai yang bertanya apabila anak telah berusia 2 tahun...pandangan saya usah terlalu tergesa-gesa di mana anak belum bersedia untuk wean off dan dapat menerima situasi ini dengan baik...

Beri anak anda peluang dan ruang untuk mereka..anda boleh mula mengurangkan sesi penyusuan bersamanya..minta bantu an suami atau ahli keluarga lain untuk memberi tumpuan yang lebih dengannya melalui aktiviti bermain atau riadah secara tidak langsung anak akan terleka untuk menyusu bersama ibunya...

Selain boleh juga melakukan aktiviti pembelajaran bersama, pre-school di rumah. Menulis, mewarna, membaca dan sebagainya...belikan dia beg sekolah yang comel n buku2 yang menarik...beri pujian kepada mereka apabila mereka menulis..." Bijaknya ank mama, dah boleh pergi sekolah "...jangan pernah jemu...teruskan usaha2 tadi...

InshaAllah dengan berkat kesabaran seirang ibu...anak anda pasti dengan sendirinya akan wean off...mengambil tempoh yang singkat atau lama bergantung pada kesediaan anak anda...jangan paksa, biarkan mereka melalui tempoh masa itu dengan gembira dan tiada paksaan...

Alhamdulillah...itulah yang ima lakukan untuk wean off my luvly Darwisyah...dia dengan sendirinya telah bersedia untuk wean off susu ibu...2 weeks before turn 3 years...tentunya ima sebagai seorang ibu merasa sangat sedih dan gembira....
Sedih apabila hampir 3 yrs dia menyusu dan sentiasa melekat bersama ima tetiba tidak menyusu lagi....tapi gembira kerana berjaya wean dengan natural no more letak2 inci or sebagainya or berjumpa dukun itu ini sehingga kadang2 merepek dan tidak boleh diterima akal 😉...

Walaupun tidak menyusu lagi bonding antara Darwisyah n ima masih kuat lagi...kalau ima balik keja pasti dia akan salam, peluk n cium2 mama dia sambil berkata "sayang mama" dan begitu jugalah setiap malam....very sweet n touching 😍....itulah kelebihan anak yang menyusu susu ibu sepenuhnya berbanding yang tidak menyusu....

Actually....very touching for me as a mother..... Luv u soooo mucchhh my dear Darwisyah ❤❤❤❤❤😘

Sunday, June 9, 2013

Baby Feeding Cues

 
 
 
Gambarajah ini menunjukkan tanda-tanda awal bayi mahu menyusu....dengan melihat
 
 tanda-tanda awal ini merupakan masa yang terbaik untuk mommies memberikan bayi
 
 susu...jangan tunggu sehingga dia memberikan cues terakhir iaitu sudah
 
menangis....apabila bayi telah menangis akan menyebabkan bayi tidak mahu
 
 menyusu...menangis, merajuk n mengamuk....maka mood untuk menyusu tadi sudah
 
 spoil....so mommies, perlu bijak n mengetahui petunjuk bahawa bayi anda mahu
 
 menyusu
 
 
- HAPPY BREASTFEEDING -


Thursday, March 7, 2013

Doa dan Zikir agar dipermudahkan dalam penyusuan





1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku sehingga berusia 2 tahun... sebagaimana yang telah Engkau syariatkan.

2. Ya Allah...aku bersyukur di atas nikmat yang diberikan ini dan seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...

3.
Surah Al-Baqarah ayat 60.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Sambil baca letakkan tangan pada payudara dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan dan murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2 tahun.

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. InsyaAllah moga rezeki susu ibu untuk anak tersayang sentiasa cukup....amin


4. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi dan sentiasa berniat di dalam hati agar murahkan rezeki susu ibu ini untuk anak kita demi memberi yang terbaik buat mereka.

** Jangan kita lupa bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah dan dengan keizinanNya jua. Bersabar, berusaha dan berdoa.


5. Zikir Ya Matin  setiap kali mengepam or menyusukan anak sambil berdoa..

6. Surah Yasin ayat 72-73

7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusukan anak  dan mengepam

Monday, February 18, 2013

Koleksi buku (ilmu) breastfeeding yang ku miliki


Heee...ni antara koleksi2 buku pasal breastfeeding yang ima ada..ada 1 lg panduan penyusuan ibu bekerja terlupa nak snap picas skali...

Seronok ke baca buku ni? Baik baca novel...heee tu bagi mereka2 yang belum pernah merasai kehebatan dan kenikmatan menyusukan anak...hanya mereka yang berminat untuk mengetahui lebih berkenaan ilmu penyusuan akan sentiasa mencari dan menggali ilmu2 ini..terutama bagi mereka yang bersungguh2 untuk memberikan susu ibu yang terbaik buat anak2..

InsyaAllah semua mampu buat yang terbaik untuk anak2 syurga tersayang...hanya mereka yang ada masalah kesihatan dan telah disahkn sahaja yang tidak dapat menunaikn hasrat ini..

Semua ibu boleh lakukan...semuanya atas kesungguhan, kesabaran dan kekuatan diri anda sendiri disamping sokongan keluarga dan orang2 disekeliling anda..

Saya sangat terharu apabila mendengar seorang ibu yang sakit tetapi masih boleh menyusukan anaknya sehingga ke akhir hayat terakhirnya...menitis air mata mndengarnya apabila ibu ini meninggalkn anaknya yg masih kecil 7 bulan...alhamdulillah dia telah buat yang terbaik untuk anaknya semasa hayatnya...

Kisah seorang pramugari yang sentiasa terbang ke sana ke mari meninggalkan bayinya tetapi masih mampu memberikan yang terbaik buat anaknya iaitu " SUSU IBU TITISAN MUTIARA "



Sunday, January 6, 2013

Sepetang bersama rakan PC n sifu kak Rita Rahayu

Last week bersama rakan2 PC yang lain kami berkumpul dan berjumpa dengan kak rita rahayu sambil sembang2 dan berkenalan..

Seronok n sangat teruja dapat berjumpa kak rita...w/pun pertemuan yang singkat tapi ia amat bermakna kerana dapat mengenalinya lebih dekat :) hee..





Wednesday, December 5, 2012

Adakah ubat-ubatan yang diambil oleh ibu akan memasuki susu ibu?

 
 

Ada yang bertanya kepada ima berkenaan perkara ini...so jom kita sharing :)
 
Secara amnya, semua ubat yang diambil oleh ibu akan memasuki darah ibu dan seterusnya dipindahkan ke dalam susu.
 
Namun jumlah ubat-ubatan yang memasuki susu ibu adalah tidak tetap dan bergantung pada banyak faktor.
 
Malahan, biasanya hanya kuantiti yang kecil, iaitu kurang daripada satu peratus dos ubat yang diambil oleh ibu akan memasuki susu ibu dan dipindahkan kepada bayi semasa penyusuan.
 
Dos yang sangat sedikit ini pula tidak akan diserap sepenuhnya ke dalam darah bayi. Maka, dos ubat ini jarang menghasilkan kesan secara klinikal kepada bayi.
 
 
credit to: Dr Zaharah & Dr. Tengku Alina
 
 


Wednesday, November 28, 2012

Rindunya moment mengepam dan mengumpul stok ebm :)

Alhamdulillah my little darwisyah now 2yrs 5 months n still breastfeeding until now... Kalau mama hilang dari pandangan mencari macam apa hee.. Mama oh mamaaa..( mencari mamanya ). Hemm semakin besar semakin galak pulak dia menyusu hee.. Klau kita saja lengah2 kan masa... Dia sendri yg datang menyelak baju heee... Dah besar lagi pandai la.. Slalu memuji mamanya, " sayang mama ", " mama cantik " n mcm2 la utk dapatkn "t**" hee...

Now bila dah x mengepam n mengumpul stok ebm mcm rindu n seronok sngt bila tengok kawan mengepam n mengumpul stok ebm... Tgk balik picas lama2 time mengumpul stok dulu rasa happy sangat :).. Moment yg paling seronok breastfeeding, pumping n mengumpul ebm..

Friday, August 3, 2012

SGM - COPING WITH BREASTFEEDING DURING RAMADHAN

Dah lama baru sempat update heee..

Perkongsian yang berguna utk semua ibu-ibu menyusu...

COPING WITH BREASTFEEDING DURING RAMADHAN
Tarikh          : 23 June 2012
Tempat        : Taman Awam Setia Tropika

1.       Apa halangan yang paling sukar/ditakuti/ dirisaukan untuk berpuasa + menyusu?

·         Kata-kata orang - seperti susu akan sikit semasa puasa, letih/ pitam dan rasa beranggapan bahawa susu akan cair/ masam jika berpuasa.
·         Diri sendiri – kurang minum air ketika berbuka dan sepanjang malam sehingga bersahur, tidak tahan lapar, masalah kesihatan diri dan kurangnya ilmu menyusu + puasa.
·         Tiada sokongan – daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan.

2.      Hukum berkaitan penyusuan & berpuasa. Apa yang diketahui dan apa yang difahami?
·            Rukhsah (keringanan) untuk ibu menyusu:
-         Jika fikir untuk kesihatan diri sendiri dan tidak berkemampuan, kita dibolehkan tidak berpuasa. – perlu qada’ puasa.
-         Jika fikir untuk kesihatan bayi yang disusui, kita dibolehkan tidak berpuasa – qada’ dan perlu membayar fidyah.

3.      Perkara yang membantu mempermudahkan perjalanan di bulan Ramadhan.
·            Sokongan daripada orang sekeliling – suami, ibu bapa dan rakan-rakan breastfeeding.
·            Aktiviti – kurangkan aktiviti luar jika rasa tidak berkemampuan.
·            Pemakanan yang digalakkan diambil ketika berpuasa:
-         Kurma ( membekalkan tenaga segera selepas berpuasa seharian )
-         Oat
-         Minum air secukupnya.
-         Kismis
-         Makanan yang kaya dengan protein, kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.
-         Amalkan minum madu ( sumber tenaga semulajadi, menambah stamina dan mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
-         Ambil lebih lemak sihat seperti susu dan keju.

·            Berilmu – berusaha mencari ilmu, dapat membantu kayakinan diri untuk
        berpuasa dan menyusu di bulan Ramadhan, penyusuan kerap selepas           berbuka puasa sehingga bersahur, mengepam seperti biasa di tempat kerja.
·            Niat – Percaya pada diri sendiri bahawa kita boleh beri yang terbaik untuk anak kita.
·            Doa – Bermohon kepada Allah agar perjalanan penyusuan dan berpuasa di bulan Ramadhan dipermudahkan.

4.      Apa itu dehidrasi?
·         Dehidrasi disebabkan kekurangan cecair dalam badan. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau.
-         Bagi mengelakkan dehidrasi ini, minum air yang sekupnya ketika berpuasa sehingga bersahur.


SELAMAT BERPUASA DAN HAPPY BREASTFEEDING J



Kami yg hadir SGM...



Monday, July 30, 2012

Perkongsian Seorang Ibu Yang Berjaya Menyusui Bayinya Tanpa ada Stok EBM

Assalammualaikum wbt...

Salam Ramadhan...kepada rakan blogger....

Begitu lama saya tidak bersiaran kerana tidak berkesempatan disebabkan bz dengan hal-hal lain...Di sini...saya ingin sharing kisah perjalanan seorang mommy yg menyusu anaknya yg akan genap 1 tahun pada bulan hadapan...tanpa ada stok ebm...walaupun tidak mempunyai stok ebm,,,dengan izin Allah...berkat kesungguhan  dan ketabahannya...dia berjaya menyusui anaknya sehingga kini...Moga ia menjadi satu suntikan semangat buat ibu2 menyusu lain diluar sana...

Akak berbangga dengan semangat kamu...teruskan niat dan usahamu itu sehingga anakmu berusia 2 tahun...Moga perjalanan penyusuanmu dipermudahkan Allah...

Ini apa yang telah mommy ini sharing dengan saya...

Assalam kak. nak mula camner ek? sy anak 1st cm berjaya bg SI 5 bln je. ms tu cetek sgt ilmu penyususan ni, disebabkan kegagalan anak 1st sy nekad nk susukan anak 2nd ni sejak tahu kehadiran dia dlm perut ni. alhmdulillah bby 2nd lahir ngn SI yg melimpah. so ms tu xde dgr lak mak abh suh bg FM mcm ank 1st lgpun 2nd ni pas num susu trs tido n 10 hr da 4kg.
dalam tempoh pantang kt kg, alhmdulillah berjaya susukan adik n abg jg.tp ms tu sy xdpt nk buat stok bnyk sbb msh lum ckp ilmu psl pengumpulan stok awl ni...penah ada wat stok skit tuk baby tp susu rosak sbb peti ais x tutup rapat ms balik kg seminggu.
so sepanjang tempoh penyusuan ni sy hanya pam harini kt opis tuk bekalan baby esok. susu pn xdela meriah sgt.cm hari2 time pam sy yakin dlm hati n set kat minda susu yg sy perah ni ckp tuk ank
ada satu ms baby brp bln sy pun da xingatla...sy demam n susu merudum sgt.pastu balik2 umah tgk suami bli FM nk bg anak.masa tu rs mcm down sgt.minta nasihat pada kak imah...kuatkan smgt...sy yakin Allah bersama sy...pas num susu FM tu seluruh badan baby naik ruam merah2 n muka bengkak.rupanya baby alahan tenusu...sejak tu suami sokong 100% sy BF anak..
masa baby 8 bln ada 1 dilema lg....kena p kursus 5 hari kt intan kluang sambung 4 hari kat kl...sy trauma sgt sbb anak 1st dl trs xnk SI pas sy blik berkursus seminggu kt KL...rujuk kak imah lg sx n akak cdgkn sy bw mak p kursus...minggu pertama kursus tu sy ulang alik jer jb-kluang selama 5 hr...n mggu seterusnya amik mak kt negeri sembilan n bw anak2 skali ke kl...ckp ngn suami ni kira bw mak p holiday sx la...pastu alhmdulillah suami sokong....
syukur yg xterhingga pd ALLAH Yang Maha Mengetahui segalanya.wpn cm pam harini tuk esok sy berjaya susukan anak lelaki sy sehingga ke hrni...lg 20hari genap setahun..sy xberani nk target byk sgt...mula2 sy target nk susukan baby 6bln exsclusive...lepas 6 bln sy target smp setahun...insyaAllah nk sampai 2 tahun kak....
23 Julai 2012

Monday, July 2, 2012

Halangan dan Persediaan Menyambut Ramadhan Bagi Ibu Menyusu


Alhamdulillah tahun ini saya akan berpuasa tanpa mengepam di siang hari kerana saya kami telah mendapat PHD dalam penyusuan heee...Nur Darwisyah Amani, now turns 2 years...syukur sangat2 kepada Allah SWT kerana dengan izinnya saya telah berjaya menyusukannya sehingga kini...


Opss...topic itu akan di post next time...sekarang saya nak share penyusuan + ramadhan..


Antara topic perbincangan kami semasa SGM Johor Bahru yang lepas :



perkara yang membantu ibu menyusu di bulan Ramadhan





Dehidrasi - kekurangan cecair di dalam badan
* Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau.

- Jangan abaikan sahur - makan makanan yang kaya dengan protein, kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

- Makan kurma - ketika berbuka ( membekalkan tenaga segera selepas berpuasa seharian ) begitu juga semasa bersahur..

- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur.

- Ambil lebih lemak sihat - susu, keju.

- amalkan madu - sumber tenaga semulajadi menambah stamina, mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

- berlatih puasa lebih awal dalam bulan syaaban sebagaimana yg saya telah praktik sendiri last year...alhamdulillah semuanya berjalan lancar...production pun tiada masalah...tujuan latih awal supaya kita tidak rasa terkezut..perut apabila berpuasa dan lihat mcm mana penghasilan susu jika berpuasa...

- Pump selepas berbuka, malam dan selepas bersahur...kerana penghasilan susu pada ketika itu adalah banyak...jangan lupa juga untuk terus mengepam seperti biasa di ofis..

- kerapkan sesi penyusuan di malam hari..

* Klik link ini untuk topic yg sama lg :)  adalah daripada apa yg saya perolehi n amalkan semasa berpuasa tahun lepas...n cerita saya pernah mengalami dehidrasi..


Selamat berpuasa ibu2 semua...Happy Breastfeeding...


Thursday, April 26, 2012

Saya langsung xde stock ebm macam mana saya nak tinggalkan anak saya..

Saya ada menerima 2 private message di FB yg bertanyakan persoalan ini....

akak...saya langsung tak ada stock ebm...sbb saya pump hari ini untuk anak minum esk...tapi alhamdulillah still ckup....apa yg merungsingkan saya skrg ni adalah...saya kena pergi berkursus 1 week next week...saya baru tahu...apa yg perlu saya buat?

my suggestion, oleh kerana masa yg terlalu singkat utk awk nak buat stock mmg x terkejar...lg pun lama 1 week mmg awak x smpt nak sediakan stock utk 1 week tu....kalau boleh bawa baby sekali...awk kena la cari hotel atau kalau ada rumah saudara yg berhampiran dengan tempat kursus tu...bawa ibu, MIL or maid or sesiapa saja orang yg awk percaya dapat bantu awk ...untuk tolong jaga baby sementara awk pergi kursus...

oleh itu saya galakkan terutama ibu bekerjaya agar kalau dapat prepare awal stock ebm...sebab kita x dapat jangkakan apa yg akan berlaku....terutama yg keja gomen ni....kadang2 kita diarahkan berkursus luar kawasan dan jauh....so dengan adanya persediaan kita x akan gabra @ stress...insyaAllah kita akan dapat atasinya...ni entry sblm ni yg ada kaitan kenapa perlu membuat stock ebm awal...

sharing is caring :)

Wednesday, February 29, 2012

Breastfeeding & Working Mum ( Perfecting the Balancing Act )

1.Apakah persediaan yang perlu ibu lakukan sebelum kembali bekerja?

a.Bincang dengan suami langkah yang akan diambil setelah ibu kembali bekerja.
b.Mulakan perancangan awal(pemilihan pam@perah secara marmet)
c.Perah susu lebih awal (2 minggu sebelum kembali bertugas)
d.Menyimpan perahan susu
e.Cari baby sitter yang menyokong BF.
i.Terangkan bagaimana cara handle EBM
ii. Jangan beri bayi air suam, susu formula atau makan lain selain daripada susu perahan ibu
iii. Ambil no. telefon baby sitter untuk dihubungi pada waktu kecemasan.
f. Bincang dengan majikan dan rakan sekerja bahawa anda menyusukan bayi anda bagi menjadikan tempat kerja anda tempat yang mesra penyusuan susu ibu. (berkaitan masa, tempat yang sesuai untuk memerah).

2. Apabila kembali bekerja, apakah yang perlu kita lakukan?

a. Senarai semak sehari sebelum kerja
-Rancang pemakaian yang bersesuaian(nursing wear, nursing bra)
-Peralatan untuk dibawa (pelapik coli, ice pack, botol susu, bag penyusuan, pam)
-Simpanan susu yang akan dibekalkan kepada baby sitter (240 hingga 300 ml) ikut keperluan.
-Tidur lebih awal dan jika boleh pasang jam loceng agar ibu tidak tergesa-gesa dan mempunyai lebih masa untuk menyusukan bayi sebelum  bertolak ke tempat kerja.

b. Tempat penyimpanan susu.
-letak susu anda ke dalam bekas dan label nama dengan jelas.
-simpan dalam cooler bag bersama ice pack jika di tempat kerja anda tiada peti ais.

c. Memerah susu.
-Perah susu sekerap yang boleh, 3 atau 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu.
-Menyesuaikan waktu makan tengahari dan minum  petang  agar tidak mengganggu waktu kerja
-Untuk rasa tenteram sebelum memerah susu:
i. Tarik nafas dalam-dalam jika rasa stress atau cemas
ii. Bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan menjadi ibu
iii. Dengar muzik atau sesuatu yang boleh menenangkan anda.

3. Bagaimanakah cara ibu mengurus masa dengan baik demi menyeimbangkan antara kerja dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?

  1. Bangun seawal mungkin untuk menyusukan bayi dan supaya tidak tergesa-gesa ke tempat kerja.
  2. Jika anda terlalu gila bekerja, hentikan! Sebaliknya, berpada-padalah. Memang benar wang penting untuk membina keluarga. Apatah lagi jika anda adalah pasangan suami isteri yang masih muda. Namun, apa gunanya wang yang banyak jika masa bersama keluarga tidak diendahkan. Apakah anda mahu anak di rumah membesar tanpa kasih sayang dan perhatian yang sempurna? Tentu sahaja ia akan menjejaskan masa depan mereka.
  3. Tahu untuk seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
4. Ibu mungkin mengalami stress akibat bebanan kerja dan penyesuaian yang terpaksa dibuat demi meneruskan penyusuan ibu.Bagaimana ibu boleh menangani stress  dalam tempoh penyusuan?

  1. Bincang dan dapatkan sokongan keluarga. Minta bantuan daripada suami untuk sama menguruskan urusan rumah tangga. Sentiasa berbincang dengan suami dan selesaikan jika mempunyai masalah
  2. Ibu perlu bijak mengatur urusan kerja dan rumahtangga. Tentukan keutamaan dalam menguruskan urusan yang perlu dilakukan. Misalnya, meskipun ibu  bekerja, namun sebaik sahaja pulang kerja ibu harus memperuntukkan waktu yang berkualiti sama ada untuk anak mahupun suami. Atur atau susun agenda agar ibu dapat mengatur kegiatan secara lebih sistematik dan berkesan
  3. Makan makanan yang berkhasiat spt lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat dan memastikan minum lebih banyak air. Ini bagi memastikan ibu lebih bertenaga untuk menyusukan dan memerah susu serta dapat meneruskan tugas-tugas harian di tempat kerja.
  4. Kurangkan pengambilan kopi dan teh
  5. Apabila anda letih atau stress cuba ubah posisi penyusuan. Posisi berbaring dapat memberi impak relaks kepada ibu yang menyusu.
  6. Bersenam, berurut.
  7. Luangkan masa dengan membuat perkara yang  ibu sukai; membaca buku, bertemu rakan-rakan, mendengar muzik, tidur sekejap atau membeli belah.
  8. Banyakkan berzikir  dan mengingati Allah

5. Bayi mengempeng? Adakah ianya normal ataupun petanda tidak cukup susu?

a. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali.

b. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain - lain penyakit. Susu formula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi. 

c. Susu dihasilkan daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan.


credit to: Ibu Dani (Sabrina)- sahabat MBfPC
              untuk tajuk 2 SGM -PG support group..
              * daku x dpt join sahabat yg lain coz ada class..

Monday, January 30, 2012

Bagaimana ibu menyusu boleh merancang kehamilan??

Penyusuan susu ibu boleh dijadikan salah satu kaedah dalam merancang kehamilan (family planning). Teknik ini dikenali dengan nama Lactational Amenorrhea Method of Birth control ( LAM ).

Kaedah LAM ini berkesan antara 80-99% dalam mencegah kehamilan dengan syarat:

1) Bayi berumur 6 bulan kebawah.

2) dengan syarat eksklusif breastfeed ( baby belum makan apa2 lagi dan hanya menyusu badan )

2) Ibu belum didatangi haid  

Thursday, January 19, 2012

Berita Harian Online | Lokek susukan zuriat

Berita Harian Online Lokek susukan zuriat

Lokek susukan zuriatOleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2012/01/19

Sikap malas, penting diri jejas kempen penyusuan susu ibu
ANDA mengagumi diri sendiri selaku wanita dan ibu yang hebat. Berkerjaya dan mampu menguruskan rumah tangga dengan baik. Tetapi adakah anda ibu yang berjaya?
Barangkali anda tidak menyedari kejayaan sebenar seorang wanita apabila dia berjaya menyempurnakan tempoh pe-nyusuan seorang anak selama dua tahun. Firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah ayat 223 menyatakan: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan.”
Justeru, seharusnya tidak wujud senario yang mana wanita mengambil mudah urusan menyusukan anak masing-masing. Meringankan urusan itu dalam tempoh berkenaan bukan saja menafikan hak anak, malah membuka ruang lebih besar kepada ibu dan anak terhadap risiko pelbagai jenis penyakit, khususnya obesiti.

Mengapakah penyusuan susu ibu atau usaha itu dilihat membebankan dan beralih kepada susu formula? Lebih sedih lagi, ada pula pihak yang mencadangkan penubuhan bank susu ibu yang bagaimanapun selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, baru-baru ini memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab serta membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. Keputusan itu membawa kepada persoalan asas - mengapakah timbulnya kesukaran berbakti kepada zuriat sendiri?

Monday, January 2, 2012

Darwisyah 1 year 6 months

Alhamdulillah...Darwisyah sudah 1 year 6 months sekejap saja masa berlalu mama rasa...anak dara mama dah besar dah...dah kuat membebel...suka nak pergi berjalan2...dah pandai membuli kakak Damia dll...kelakar tengok gelagatnya....dengan kata lain 6 months to go 2 years....means 6 months lagi mama akan struggle mengepam setiap hari untuk my princess Darwisyah agar terus mendapat khasiat susu ibu...mama love u so much dear....Moga menjadi anak yang solehah...yang cemerlang di dunia dan akhirat...amin..



Happy Breastfeeding always..

any time..any place..any situation..

Saturday, December 3, 2011

Nutrisi untuk Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang Sihat

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelas, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi, amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Folate (Asid Folik)
Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.


Kalsium
Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku di saat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.


Asid Lemak Omega-3
Asid Lemak Omega-3 juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada dua bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.



Friday, November 18, 2011

Tips Merangsang Aliran Susu

Jom kita share sedikit tips penyusuan :)

  • Yakin anda boleh memerah susu dan sentiasa berfikiran positif.
  • Kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan.
  • Fikirkan perkara yang indah sahaja tentang bayi anda.

Bersedia secara praktikal:
  • Bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu..bergantung kepada individu.
  • Melihat gambar, video atau suara rakaman bayi anda.
  • Minum minuman suam yang melegakan ( elakkan minum kopi/ teh ).
  • Tuam atau urut payudara perlahan-lahan.
  • Rangsang puting susu dengan cara menggentel puting susu dengan jari.

Wednesday, November 16, 2011

Kepentingan Penyusuan Awal Dalam Masa 1 jam Selepas Bersalin..

Kenapa ianya penting???

  • Susui bayi anda secepat mungkin dalam tempoh 1 jam selepas kelahiran.
  • Penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan.
  • Bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat sebaik sahaja dilahirkan ( Rooting Reflex ).
  • Membantu dalam proses pengecutan rahim untuk mengelak tumpah darah selepas bersalin.
  • Kolostrum menjadi imunisasi yang pertama untuk bayi.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. ( Bonding )

Tuesday, November 8, 2011

Perkongsian fakta supplement dalam penyusuan SI oleh Dr. Nadrah Arifin

Saya just nak share apa yang Dr. Nadrah share dalam laman facebooknya...Dr. Nadrah Arifin juga merupakan salah seorang rakan Peer Counselor MBfPC di Perak...



Apa yang Dr. Nad kata kan...

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.
Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu...maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.
Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?
Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement's promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement....tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.
Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang....kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.
Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.
Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. K...esan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.
Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan... mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap "usaha" membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.
Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum de...cide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.
Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau han...ya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.
Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi... bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

* Saya copy paste sepenuhnya daripada fakta Dr. Nad di dalam facebook nya...tiada penambahan...
kita ibu-ibu menyusu bukan tak boleh ambil supplement untuk kesihatan diri kita sekiranya kita mahu...bergantung kepada individu...tetapi jangan memanipulasikan sesuatu fakta tu...hee apa2 pun

enjoy breastfeed kawan2..

Thursday, September 29, 2011

BAGAIMANA MEMASTIKAN SUSU IBU MENCUKUPI

  1. Mulakan penyusuan awal dalam masa satu jam selepas kelahiran.
  2. Memberikan penyusuan susu ibu dengan kerap bila perlu ( ON - DEMAND )
  3. Tidak memberi bayi minuman atau makanan lain selain susu ibu sehingga berusia 6 bulan.
  4. Tenangkan fikiran dan rehat secukupnya.
  5. Makan makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan.
  6. Teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.
  7. Menyusu dengan posisi dan pelekapan yang betul.
  8. Pastikan tiada puting kosong/ puting tiruan.
  9. Makanan tambahan di mulakan pada umur 6 bulan.
  10. Memerah susu pada bila-bila perlu ( ibu keluar bekerja/ bayi dipisahkan kerana sakit/ payudara membengkak) seeloknya perah selang 3 jam sekali.

Semoga ibu-ibu semua dapat menyusukan anak dengan perasaan gembira dan ceria selalu.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...