nuffnang ads

Showing posts with label Perkembangan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Bayi. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Apabila anak anda tidak mahu makan..

Tidak mahu makan adalah petanda anak tidak sihat. Anda perlu memerhatikan keadaannya supaya ia tidak bertambah teruk dan kalau perlu dapatkan nasihat doktor. Berikut merupakan beberapa petua dan peringatan yang diberikan oleh Dato' Dr. Musa kepada ibu bapa sekiranya anak sakit:

1.  Berilah makan dan minum apa yang diingininya. Anda tidak harus bertegas dengan jenis makanan yang harus dia makan.

2. Biarlah mereka makan sedikit demi sedikit tetapi kerap apabila sakit.

3. Jangan memaksa anak makan.

4. Pada hari sakit yang kedua atau ketiga, makanan tidak penting tetapi pastikan anak anda minum secukupnya.

5. Jika muntah ataupun demam, anak anda akan memerlukan lebih cecair seperti ORS ataupun minuman isotonik.

6. Susu dan jus buah-buahan kaya dengan vitamin dan galian yang merupakan cecair yang paling berkhasiat.

7. Susu boleh diberikan secara milk shake, kastard, aiskrim atau yogurt untuk meningkatkan seleranya.

Wednesday, April 27, 2011

Apabila Bayi Mula Tumbuh Gigi



Semua bayi menangani rasa sakit dengan cara berbeza-beza, dan sudah tentu sesetengah bayi menghadapinya dengan mudah berbanding yang lain. Kebanyakan bayi akan merengek dan berasa rengsa.

Tanda-tanda pertama pertumbuhan gigi biasanya bermula beberapa bulan sebelum gigi pertama muncul. Oleh itu anda perlu perhatikan tanda-tanda tertentu untuk memastikan bahawa itu adalah punca sebenar.

Kebanyakan doktor bersetuju bahawa pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan bayi sakit, dan sekiranya anda tidak pasti punca ketidakselesaan bayi anda atau mereka menghidapi salah satu daripada keadaan berikut :

  • kegelisahan, kerengsaan dan pola tidur yang terganggu
  • gusi sakit dan merah
  • pipi merah
  • hilang selera makan
  • suhu meningkat sedikit ( tetapi tidak melebihi 39'C yang menunjukkan demam )
  • air liur meleleh
  • keiginan tiba-tiba untuk mengunyah apa sahaja yang boleh dicapai
  • keiginan kuat untuk menggigit
Kadangkala anda akan nampak gigi terkeluar daripada gusi atau anda boleh rasa kemunculan gigi apabila anda lalukan jari bersih anda pada gusi bayi. Satu lagi petunjuk bahawa bayi anda mengalami pertumbuhan gigi ialah ia hendak mengunyah apa sahaja. Mungkin alat permainan, jari atau makanan. Ini semua bagi mengurangkan rasa lega.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...