nuffnang ads

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Nutrisi untuk Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang Sihat

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelas, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi, amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Folate (Asid Folik)
Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.


Kalsium
Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku di saat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.


Asid Lemak Omega-3
Asid Lemak Omega-3 juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada dua bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.



Friday, October 28, 2011

Air Kelapa



1. Air kelapa adalah antara minuman semulajadi yang paling berkhasiat.

2. Air kelapa menyegarkan minda dan menyejukkan badan terutama pada hari yang panas terik. Komposisi yang unik di dalamnya membekalkan oksigen dan nutrisi ke dalam badan dan membuatkan kita rasa segar dan lebih bertenaga setelah meminumnya.

3. Sekiranya air kelapa di ambil secara berterusan, ia boleh membantu mengawal berat badan dan komposisi air kelapa mampu meningkatkan sistem imuniti badan secara semulajadi.

4. Ada masalah pedih ulu hati? Cubalah minum air kelapa kaya dengan fiber dan membantu proses penghadaman. Minumlah air kelapa selepas makan, air kelapa juga amat baik untuk ibu mengandung.

5. Ada masalah cacing? air kelapa boleh digunakan untuk merawat masalah cacing secara semulajadi.

Wednesday, October 26, 2011

Tips Kesuburan Wanita

1. Jaga pemakanan
- Elakkan pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman beralkohol dan minuman berkarbonat.

2. Kawal Berat Badan
- Berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang seimbang. Obesiti boleh mengganggu proses pengeluaran telur.

3. Amalkan Senaman Berkala
- Bersenamlah secara tetap dan teratur. Senaman bukan sahaja menyihatkan anda tetapi juga membantu mengekalkan berat badan.

4. Berhati-hati Mengambil Ubat
- Ketahuilah bahawa kebanyakan ubat seperti ubat anti kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Oleh itu, ambil ubat yang disarankan oleh doktor sahaja.

5. Periksa Rahim Anda
- Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Jadi, penting bagi anda mengetahui  keadaan rahim sendiri.


credit to: Pa&Ma Nov. 2011 

Wednesday, August 3, 2011

Bahaya Air Kepada Bayi Kecil Anda



Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya...

Amalan ini telah dipraktikkan sejak turun- temurun di merata pelusuk dunia. Di Malaysia juga, ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir. Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi..

Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh :

1. Merencatkan tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan berasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran di dapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut Pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis ( sakit kuning ) sehingga menyebabkan 'kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit jika kebersihan tidak di titik beratkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan sawan tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini di panggil ' oral water intoxication '

Sebenarnya susu ibu adalah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut.

Oleh itu, jika anda fikirkan bayi anda haus, panas atau sembelit...beri bayi anda susu ibu sekerapnya...



sumber : Pusat Laktasi Kebangsaan Hospital Selayang





Thursday, March 31, 2011

Ulser Mulut - Kanak-kanak

Ulser Mulut/ Kudis Mulut/ Mata Ikan (Ulser Afta)

Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.
Ulser dalam mulut

Mengapa ulser afta terjadi?

Ulser afta sering dikaitkan dengan:
  • kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12
  • daya tahan badan yang lemah
  • bakteria
  • faktor keturunan
  • sebab-sebab yang tidak diketahui
Apakah ciri-ciri ulser afta?Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.

Peringatan: Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.

Komplikasi ulser aftaUlser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.

Bagaimana menangani ulser mulut Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;
  • Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :
    • jaga kebersihan gigi
    • amalkan makan secara sihat
    • pemeriksaan pergigian secara berkala
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
  • Sapukan krim atau gel penahan sakit.
  • Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanak-kanak.



Friday, February 25, 2011

Ribena + Performance Drinks..sedapnya


Semalam saya rasa macam tak sedap badan....macam nak kena demam selsema..kepala pun rasa pening sangat...sangat tak selesa di tempat kerja semalam...oleh kerana saya ada membawa vitamin C shaklee di dalam pil box yang sentiasa disimpan dan diletakkan di dalam handbang...maka saya telanlah 2 biji vitamin C tu dulu...saya memang dah x sabar untuk pulang hari ni kerana dah tak selesa dan pening kepala...semasa drive untuk pulang ke rumah pun kepala rasa dah melayang-layang...setibanya di rumah saya buat air ribena + performance drinks ni 1 mug...lepas tu saya baring untuk merehatkan diri sebentar...lepas 2 jam pening kepala saya yang nak kena demam selsema ni dah rasa ok...dan boleh la saya aktif kembali untuk membuat kerja-kerja umah...alhamdulillah...tapi memang sedap betul rasanya ribena + performance drinks tu...anak yang sulung minta sikit rasa n say " mama sedap la air ribena yang ni" hee..hee..

                                              

Monday, February 21, 2011

Susu Ibu : merupakan ubat untuk sakit mata


Heee...macam pelik jer kan bila terbaca tajuk ni..
Info ni..ima dapat dari husband makcik baby sitter anak2 kesayanganku..
Kalau kena sakit mata...titiskan beberapa titis SIP (Susu Ibu Perahan)
ke mata anda...insyaAllah pakcik tu kata akan sembuh...ima belum
pernah cuba lagi la coz info ni baru tahu dan setakat ni belum
ada keluarga yang kena sakit mata...kawan2 bolehlah cuba..

Tapi apa yang penting yang ima nak share di sini ialah betapa
miracle susu ibu itu sendiri...subhanallah...




i will support breastfeeding

Saturday, January 8, 2011

10 Khasiat Mangga


Anti barah : makanan berserat tinggi dengan risiko yang rendah terhadap kanser salur pencernaan

Membantu penghadaman : Mengandungi enzim pencernaan yang boleh membantu memecahkan protein

Bagus untuk kulit : Berkesan untuk melonggarkan pori-pori kulit. Sama ada memakannya secara mentah atau menyapu isi mangga ke atas kulit.

Membantu merawat penyakit diabetis : Daun mangga membantu memulihkan kadar insulin dalam darah. Rebus beberapa helai daun mangga di dalam air dan biarkan ia tepu sepanjang malam sebelum diminum.

Untuk seks yang lebih baik : Vitamin E di dalam mangga membantu mengatur kadar peningkatan hormon dan nafsu seks dalam badan anda.

Berfaedah untuk anemia : Bagus dimakan oleh wanita hamil dan pesakit anemia kerana mangga mengandungi khasiat zat besi.

Menguatkan daya ingatan : Mangga berguna untuk kanak-kanak yang kurang tumpuan dalam pembelajaran. Kandungan asid Glutamine bagus untuk menguatkan daya ingatan dan membenarkan sel badan aktif.

Elakkan serangan strok : Mangga yang belum masak apabila dikukus bersama jintan putih, garam dan gula akan menghasilkan jamu yang bagus untuk merawat pesakit strok dan kelesuan akibat cuaca panas.

Menaikkan berat badan : Berkhasiat untuk orang yang terlalu kurus yang mahukan kenaikan berat badan. 100 g mangga mengandungi kira-kira 75 kalori.

Tuesday, November 23, 2010

Kebaikan memakai param ketika berpantang

Param atau pemanas badan bagus utk mengembalikan seri wajah dan kesihatan dalaman tubuh. Param berbentuk serbuk campuran yg dibancuh dan kemudian dilumur pada seluruh bahagian tubuh. Wanita yg baru lepas bersalin tidak boleh sejuk. Oleh itu, param membantu untuk mengembalikan semula suhu tubuh. Param juga bertujuan untuk :

  • Menghangatkan tubuh dan memperbaiki peredaran darah dlm badan.
  • Mengurangkan aliran air ke dalam badan.
  • Melegakan otot-otot yang keletihan
  • Menguatkan tisu-tisu dalaman tubuh.
  • Membuang angin yang berlebihan.
  • Melegakan masalah kulit dan mencantikkan kulit.

Saturday, November 20, 2010

Bertungku

Semasa berpantang, bertungku itu wajib. Bertungku bagi melancarkan peredaran darah krn terdapat sel-sel dlm tubuh yg putus ketika melahirkan. Selain mengecutkan sistem peranakan (rahim ). Kebaikan bertungku juga ialah :

  1. Mengeluarkan darah-darah beku dlm tubuh. Kehadiran darah beku yg tidak dibuang akan membahayakan kesihatan kita.
  2. Berkesan utk mengempiskan perut dan melangsingkan tubuh.
  3. Lakukan bertungku di bbrapa bahagian lain seperti punggung, peha dan sbgnya utk memecahkan lemak di sekitar situ.
  4. Bertungku dapat melegakan lenguh kaki akibat proses kontraksi yg lama sebelum bersalin.
p/s: saya mmg x pernah tinggal amalan ni ketika berpantang...kdg2 husband yg membantu semasa proses bertungku ni..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...