nuffnang ads

Showing posts with label Pelaburan Emas. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan Emas. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank-Bank Malaysia.

credit to : http://zaharuddin.net/


Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 

emas oh emas


DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
22 Oktober 2008
23 Syawal 1429 H
Wales, UK


Petikan info dari maybank2u.com.my

Benefits
  • Convenience of deposit, withdrawal and closing of GSPA account at any Maybank branch in Malaysia
  • Introduced by the country's largest bank, 100% backed by physical gold and in collaboration with the World Gold Council
  • Cheaper as gold prices quoted are pegged to international gold prices without additional charges
  • Ability to build a personal gold portfolio by purchasing gold in small amounts (minimum 5gms) regularly over a period of time
  • Opportunity for capital gain if the price of gold appreciates
  • Possible hedge against inflation

Who can apply

  • Individuals
  • Joint account - maximum 4 persons

How it works

The Gold Savings Passbook Account (GSPA) is an account that lets you invest in gold in a convenient, more secure and cheaper way. You can purchase gold in 999.9 fineness at all Maybank branches at daily quoted gold prices for 1gm in Malaysian Ringgit. All transactions will be recorded in your GSPA passbook.
Whenever you need to, you may conveniently withdraw from the GSPA at the prevailing gold price in the following ways:
  • Physical gold: Gold Wafers @ 10, 20, and 50 can be withdrawn at selected branches. A conversion charge to cover the shipping and insurance will be charged for the physical gold withdrawal
  • Gift Gold Certificate: The certificate can be made payable to a third party and is valid for 6 months. The certificate is non-negotiable, non-transferable and non-assignable. Hence, only the registered holders can redeem the certificates
  • Cash: The amount of gold holdings can be converted to Ringgit Malaysia at the prevailing market price. The amount in RM will be credited into your Maybank deposit account

Tuesday, November 1, 2011

Di Saran Menyimpan Emas


Saranan daripada Dato Salleh Majid ( bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur ) - kini Bursa Malaysia dalam artikel beliau " Gandakan Nilai Harta Dengan Pelaburan Emas " baru-baru ini menyarankan koperasi juga individu dan kakitangan awam beralih kepada pelaburan emas yang terbukti satu pelaburan paling selamat kala ini.

Menurut beliau, Serambi Emas adalah syarikat Bumiputera yang terbabit secara profesional dalam urusan jual beli emas dan mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market selain pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Permasalahan utama yang sering membuatkan orang ramai untuk membeli dan menyimpan emas adalah kekangan kemampuan untuk membeli kerana harga emas sentiasa naik dari sehari ke sehari. Jika dilihat  5 tahun lalu (Sept. 2006) harga emas 999.9 ketika itu sekitar RM62/gram saja berbanding sekarang (Sept. 2011) telah mencecah RM215/gram ( hampir 3.5 X ganda ).

TIPS DAN INFO : 

1. Ar Rahnu memberi kemudahan pembiayaan berlandaskan syariah tanpa terbabit dengan riba. Gunakan sepenuhnya dengan bayaran hanya 35% dari nilai emas untuk memiliki emas 999.9 (24 karat).

2. Pakar ekonomi menjangkakan peningkatan harga emas akan berterusan sehingga hujung tahun ini. Belilah emas sekarang sementara harga emas masih lagi rendah dan nikmati kenaikan harga dalam masa terdekat.

3. Manfaat dari program 5 tahun simpanan emas fizikal  akan membuatkan anda pencen lebih awal dan bebas dari masalah kewangan.

4. Pilihlah emas berketulenan 999.9 (24 karat) kerana susut nilai adalah sangat minimum tanpa kos upah membuat dan rekabentuk.

Monday, January 31, 2011

Memajak Emas di Ar- Rahnu


Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:

1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek.

 

Sistem pajak gadai di malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:
1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)

Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00

 

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:
1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.

1. Ar-Rahnu Bank Rakyat:Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh baca kat sini:
http://bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu 

2. Ar-Rahnu Agro Bank:Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sinihttp://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711




Emas yang biasa digadaikan ialah emas 999 (24K) dan emas 916 (22K)

Pegawai bank akan menguji berat dan ketulenan emas.

Bank Rakyat akan memberi pinjaman 65% daripada nilai keseluruhan emas.
Rate harga emas pula berubah-ubah setiap hari berdasarkan harga emas pasaran.
kalau nak tahu rate, kena telefon atau kunjungi cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat.
Tempoh simpanan ialah 6 bulan. Anda boleh tebus awal kalau nak.
Anda akan dapat diskaun jika menebus awal.
Selepas tempoh 6 bulan, anda boleh terus menyimpan lagi 6 bulan, tapi dengan syarat anda kena jelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang terdahulu.

 

Upah simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat

Upah simpan yang dikenakan oleh Bank Rakyat bergantung kepada nilai harga emas yang disimpan ( dipanggil nilai marhum).

Kebaikan:
1. Proses gadaian mudah dan cepat
2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000
3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak
4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut

Kelemahan:
1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu
    ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak.
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan



Memajak emas di Agro Bank.


 


Bagi Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.
Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.



 Kebaikan:
1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.

Kelemahan:
1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
    kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.


Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.
Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi :)

p/s : artikel di petik dari blog jutawanemas

Monday, January 24, 2011

PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR

Public Gold and Public Dinar...bila baca peluang perniagaan emas ini memang menarik...hemmm..nak melabur emas pulak ke ima?....heee...xde la saja jer suka baca nak tahu pasal pelaburan emas ni....nak berkecimpung tu belum lagi la rasanya....just nak tau n cari info jer...heee...kalau ada kawan2 yang berminat boleh la terjah blog ni http://jutawanemas.com banyak info yang boleh diketahui...kalau berminat nak tau lebih lanjut kawan2 boleh pergi seminar....seminar ni percuma lagi tau...hee...



Public_Gold

seminar terdekat ni di 29 Januari 2011 di Cititel Hotel Midvalley...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...