nuffnang ads

Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Antibiotik bukan ubat wajib bagi bayi dan kanak-kanak




Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah adalah masalah yang kerap berlaku..

Ima nak sharing info ini yang diperolehi daripada web Dr Zubaidi.

Dr Zubaidi mengatakan bahawa " penggunaan antibiotik bukanlah rawatan yang berkesan untuk merawat demam, batuk dan selsema akibat serangan virus. Ini kerana virus tidak dapat dikawal dan dibunuh dengan antibiotik. Antibodi yang ada didalam tubuh bayi dan kanak-kanak itu yang akan mengawal jangkitan virus ".

Untuk info lanjut boleh baca di sini

So jika kita masih menyusukan anak...kita dapat membantu bayi/ anak kita melawan virus tersebut melalui antibodi yang diberikan secara semulajadi....sekiranya bayi saya demam saya akan lebih menggandakan sesi penyusuan untuk anak saya..



Thursday, January 10, 2013

Ebook Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi Muhammad saw



E-book ini ditulis khusus bagi membantu guru-guru yang mahu memberikan sumber dorongan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi rendah dalam bilik darjah. Dalam teknik konvensional, apabila guru-guru mahu mendorong pelajar supaya memperbaiki sikap dan tingkah laku, ataupun mahu memberi semangat supaya mereka lebih rajin belajar, guru-guru menggunakan teknik-teknik tradisional seperti berikut:
  • Memarahi pelajar
  • Berleter dengan tujuan memberi nasihat
  • Mengugut dan mengancam
  • Mendenda dan menghukum
  • Memujuk
  • Memberi hadiah
E-book ini menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau mendorong individu-individu yang mempunyai sikap negatif dan melakukan kesalahan supaya mereka mengubah sikap dan tidak mengulangi kesalahan mereka. Pada asasnya, teknik-teknik Nabi Muhammad itu sangat efektif bagi mencapai dua matlamat dalam mendorong perubahan sikap dan tingkah laku, yakni:
  1. Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap dan tingkah lakunya yang sudah baik dan betul.
  2. Mendorong seseorang itu meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah baik.
  3. Mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.
Semua teknik yang diterangkan dalam buku ini sudah di eksperimen oleh 3 orang guru, dan hasilnya menunjukkan teknik-teknik itu dapat mendorong perubahan tingkah laku di dalam bilik darjah. Buku ini memberikan laporan terperinci yang ditulis oleh ketiga-tiga orang guru itu bagi menerangkan langkah demi langkah bagaimana mereka menjalankan eksperimen dan perubahan tingkah laku yang dihasilkan dalam eksperimen mereka.

Laporan terperinci itu dapat membantu guru-guru lain mengulangi eksperimen yang mereka lakukan, dan melihat sendiri keberkesanan teknik-teknik Nabi Muhammad yang diterangkan dalam buku ini. Meskipun e-book ini melaporkan apa yang berlaku di dalam bilik darjah, namun teknik-teknik ini juga dapat digunakan dalam situasi lain, seperti digunakan oleh ibu bapa ke atas anak-anak mereka di rumah.

Saya telah menghadiri seminar ini dan merasakan ianya amat bagus buat para pendidik dan juga ibu bapa dalam mendidik anak-anak...so saya nak share ilmu yang berrmanfaat ini bersama kawan2 lain...boleh beli ebook ini di klik sini 
 


Wednesday, December 12, 2012

Baby Wearing Workshop - JB


BENGKEL MENGGENDONG BAYI

anjuran Selat Tebrau Babywear

TARIKH  : 5 JANUARI 2012 (SABTU)
MASA       : 9.00 am - 3.00 pm
TEMPAT : Auditorium Ixora, Hospital Permai JB


Penceramah :

Dr. Nadrah Ariffin & Puan Norashida Abd Rahman

Tajuk :

Amalan Menggendong Bayi Memudahkan Asuhan & Penyusuan Susu Ibu

Yuran :
RM 50 seorang
RM 70 suami & isteri
* termasuk makanan, nota & sijil

Hubungi :
Dr Nyazirah    : 013-7219989
Effa                  : 012-7620043
Ida Kamilia     : 019-6558504






Thursday, June 14, 2012

PENJAGAAN BAYI SELEPAS BERSALIN

Perkongsian ilmu ini diperolehi semasa menghadiri parenting workshop di kskb kempas iaitu anjuran kskb bersama MBfPC South Region..

We alls enjoy n happy :-)..




Wednesday, June 13, 2012

BAGAIMANA BUAT PEMERIKSAAN BAYI JAUNDIS

Ni saya share slot pemeriksaan utk check bayi jaundis yang saya take note semasa parenting workshop semalam...

Insyaallah saya akan update lagi topic yang lain nanti.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 29, 2012

Mengapa Bayi di bawah usia 6 bulan tidak digalakkan beri solid food


Perkongsian kisah benar..

mommy ini menceritakan bagaimana anaknya yang belum mencapai usia 6 bulan telah diberi nestum...tq kepada mommy ini yang sudi sharing info ini buat panduan dan pengetahuan ibu-ibu lain....

memang sebagai ibu kita semua hendakkan yang terbaik buat anak-anak kita...tapi kadang-kadang maybe kita tiada ilmu dan pengalaman...so sama-samalah kita belajar dan mencari ilmu parenting ini...

Sebab itu mengapa, di hospital or klinik kesihatan kita slalu nampak" Susukan bayi anda hanya dengan susu ibu pada usia 6 bulan pertama" tidak perlu air masak or solid food kerana komposisi susu ibu itu sendiri telah lengkap dan sesuai untuk perut bayi menerimanya...indahnya kurniaan Allah itu...Anugerah yang bernilai dan tak terhingga buat anak-anak kita...


-  Happy Breastfeeding -



Wednesday, May 23, 2012

KAEDAH MEMBACA SECARA EKSPRES

 
"KAEDAH MEMBACA SECARA EKSPRES!"
 
Kini terdapat kaedah mengajar anak-anak pandai membaca secara ekspres. Kita hanya berfikir bahawa kaedah mengajar anak membaca bermula dari ABC sahaja, tetapi kita tidak sedar bahawa terdapat kaedah lain yang lebih berkesan dan effisen sekiranya kita sebagai ibu bapa tahu teknik yang betul.

Kini KAEDAH MENGAJAR ANAK MEMBACA SECARA EKSPRES dibongkar! Ketahuilah teknik-teknik tersebut hanya di SEMINAR yang akan diadakan di
 
TempatJOHOR BAHRU
Tarikh   : 26 MEI 2012 (SABTU)
Masa       : 9 pagi - 12 tengahari.
 
Jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak kita dengan cara yang sepatutnya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi teacher
Annie Aida ditalian 010-669 4699 . Terdapat hanya 30 kekosongan tempat sahaja! Sila layari http://www.facebook.com/profile.php?id=100000685691779 untuk maklumat lanjut.

Thursday, March 29, 2012

Gaya keibubapaan yang mana pilihan anda..


1. Autoritarian
    Terlalu tinggi kawalan tetapi kurang kasih sayang.

2. Permisif
     Kurang kawalan tetapi  tinggi kasih sayang.

3. Pengabaian
     Kurang kawalan dan kurang mencurahkan kasih sayang.

4. Autoritatif
     Tinggi kawalan dan tinggi curahan kasih sayang juga.

p/s: info ini diperolehi semasa menghadiri Kursus Keibubapaan anak kecil
        anjuran LPPKN...

mana pilihan saya???

sudah tentulah untuk menjadi ibubapa yang Autoritatif...insyaAllah...Alhamdulillah..

Saturday, October 29, 2011

Apabila anak anda tidak mahu makan..

Tidak mahu makan adalah petanda anak tidak sihat. Anda perlu memerhatikan keadaannya supaya ia tidak bertambah teruk dan kalau perlu dapatkan nasihat doktor. Berikut merupakan beberapa petua dan peringatan yang diberikan oleh Dato' Dr. Musa kepada ibu bapa sekiranya anak sakit:

1.  Berilah makan dan minum apa yang diingininya. Anda tidak harus bertegas dengan jenis makanan yang harus dia makan.

2. Biarlah mereka makan sedikit demi sedikit tetapi kerap apabila sakit.

3. Jangan memaksa anak makan.

4. Pada hari sakit yang kedua atau ketiga, makanan tidak penting tetapi pastikan anak anda minum secukupnya.

5. Jika muntah ataupun demam, anak anda akan memerlukan lebih cecair seperti ORS ataupun minuman isotonik.

6. Susu dan jus buah-buahan kaya dengan vitamin dan galian yang merupakan cecair yang paling berkhasiat.

7. Susu boleh diberikan secara milk shake, kastard, aiskrim atau yogurt untuk meningkatkan seleranya.

Monday, October 17, 2011

ANAK NANGIS MALAM TERKENA GANGGUAN...

Kalau anak kecil u all terkena gangguan tetiba di waktu tengah malam
apa yang u all buat?

ima nak cerita pengalaman ima n anak...
anak ima terkena gangguan semasa di highway plus rasanya coz tetiba
dia meraung tak tau apa sebabnya...5 minit lepas tu dia senyap
masa tu on the way dari JB balik ke Seremban...

episodnya bermula jam 12 tgh malam dia tetiba menangis tak tau apa sebab
macam orang ketakutan...husband ima dah meremang bulu roma bila
dia nangis kuat macam tu....
Kebetulan balik umah mak mertua...so mak mertua la tolong handle
kita orang dah pening n ngantuk coz dia tak berhenti2 nangis...
apa yg kita orang buat
husband azan dalam rumah n mak mertua ambil
minyak masak n bawang putih yang diketuk sedikit
kemudian disapukan pada sendi2...
hampir waktu subuh baru la dia tertidur selepas penat nangis..
esoknya siang baru kita orang bawak jumpa ustaz
dan memang dia ada terkena masa lalu highway...
ustaz tu pegang jer dia dah menangis kuat sambil mata ternaik ke atas...
seram mama masa tu...

Wednesday, April 27, 2011

Apabila Bayi Mula Tumbuh Gigi



Semua bayi menangani rasa sakit dengan cara berbeza-beza, dan sudah tentu sesetengah bayi menghadapinya dengan mudah berbanding yang lain. Kebanyakan bayi akan merengek dan berasa rengsa.

Tanda-tanda pertama pertumbuhan gigi biasanya bermula beberapa bulan sebelum gigi pertama muncul. Oleh itu anda perlu perhatikan tanda-tanda tertentu untuk memastikan bahawa itu adalah punca sebenar.

Kebanyakan doktor bersetuju bahawa pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan bayi sakit, dan sekiranya anda tidak pasti punca ketidakselesaan bayi anda atau mereka menghidapi salah satu daripada keadaan berikut :

  • kegelisahan, kerengsaan dan pola tidur yang terganggu
  • gusi sakit dan merah
  • pipi merah
  • hilang selera makan
  • suhu meningkat sedikit ( tetapi tidak melebihi 39'C yang menunjukkan demam )
  • air liur meleleh
  • keiginan tiba-tiba untuk mengunyah apa sahaja yang boleh dicapai
  • keiginan kuat untuk menggigit
Kadangkala anda akan nampak gigi terkeluar daripada gusi atau anda boleh rasa kemunculan gigi apabila anda lalukan jari bersih anda pada gusi bayi. Satu lagi petunjuk bahawa bayi anda mengalami pertumbuhan gigi ialah ia hendak mengunyah apa sahaja. Mungkin alat permainan, jari atau makanan. Ini semua bagi mengurangkan rasa lega.


Wednesday, April 20, 2011

5 Persediaan Diri Menjadi Ibu Disayangi Keluarga


1. Ikhlas memikul tanggungjawab

Keikhlasan merupakan perkara paling penting yang harus ada dalam diri setiap wanita.   Dengan adanya keikhlasan, ditambah pula dengan kasih sayang dan pengetahuan dalam selok belok rumah tangga pasti tanggungjawab tersebut dapat dipikul dengan mudah biarpun dilanda pelbagai ujian.

2. Tentukan matlamat diri

Setiap wanita yang bergelar ibu perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin baik secara mental mahupun fizikal. Di samping itu, setiap ibu perlu mempunyai matlamat diri. Matlamat tersebut bermaksud apa sahaja yang ingin dicapai dalam setiap perkara yang dilakukan dalam memastikan keharmonian rumah tangga.

3. Bijak membezakan situasi

Seorang ibu yang baik perlu bijak mengawal situasi di dalam rumahnya. Boleh menjadi tegas sekiranya diperlukan ataupun penyayang pada waktu dan ketika yang sesuai. Seorang ibu juga mampu menjadi sahabat dan pendengar yang baik kepada anak-anak. Namun semuanya perlu dikawal agar peranan seorang ibu itu tetap dihormati.

4. Bijak mengurus kewangan 

Ibu juga perlu bijak mengawal perbelanjaan di dalam rumahnya. Munkin perkara ini nampak mudah. Namun tanggungjawabnya besar kerana para ibu yang bijak mengelolakan kewangan dalam keluarga pasti juga dapat menguruskan aset serta tabungan masa hadapan keluarganya dengan baik.

5. Guru yang baik

Pendidikan awal sememangnya bermula dari rumah. Bagi anak-anak, ibu merupakan guru mereka yang pertama. Anak yang baik mencerminkan ibu bapa yang cemerlang dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.



Go to fullsize image

Monday, April 18, 2011

Sambungan - amalan doa untuk mendapatkan anak lelaki


Ramai betul yang meninjau blog ni untuk
info ni...

apabila ima buka balik post yang lepas tu
ada tertinggal sikit info yang ustaz tu cakap

ayat tu hendaklah diamalkan
bermula apabila kita start merancang
sehingga usia kandungan kita berusia 3 bulan

Monday, April 11, 2011

Sudden Infant Death Syndrome - SIDS

Sindrom Kematian Bayi Mengejut ( SIDS ) dapat dielakkan apabila bayi tidak diberi puting kosong ketika tidur.

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur Melentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut  Sudden Infant Death Syndrome telah berkurangan kepada 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat pernafasan.



Go to fullsize image


Tuesday, March 29, 2011

Amalan Doa Untuk Mendapatkan Anak Lelaki


Semua pasangan yang berkahwin menginginkan zuriat...tetapi andai di takdirkan zuriat yang lahir itu perempuan kita teringin juga untuk mempunyai anak lelaki....atau dengan kata lain kawan untuk ayahnya...saya nak share apa yang saya dapat semasa pergi kursus baru- baru ni...

Penceramah memaklumkan dia telah menemani kawannya berjumpa ustaz kerana beliau sangat menginginkan anak lelaki kerana telah ada 3 orang puteri...ustaz itu meminta dia mengamalkan membaca surah maryam ayat 1-4 yang dijadikan amalan doa selepas solat jika menginginkan anak lelaki.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad. (1) (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria. (2) (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. (3) Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (4) Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

P/s: Amalkan apabila start merancang sehingga kandungan berusia 3 bulan
info berguna ini saya share untuk kawan2 yang memang menunggu kehadiran anak lelaki di dalam keluarga mereka...doa untuk dapat anak perempuan penceramah tu kata lupa nak tanya ustaz plak..heee...

my hero : Muhammad Haziq 'Izzuddin
teman dan sahabat papanya bermain bola sepak & futsal

Sunday, March 27, 2011

Merangsang Si Kecil

Ima nak share apa info yang ima dapat masa pergi kursus Keibubapaan Anak Kecil anjuran LPPKN Negeri Johor 2 weeks ago..

Apakah keistimewaan anak anda?

Ciri-ciri pintar bahasa
- Suka bercerita, berjenaka dan teka-teki
- Menikmati permainan yang menggunakan perkataan
- Menghabiskan masa membaca
- Boleh mengeja dengan mudah
- Menikmati silang kata
- Boleh membaca dan melukis dengan baik
contoh : peguam,pelakon, novelis

Ciri-ciri pintar logik angka
- Menikmati corak dan koleksi barangan
- Gemar ujian minda dan permainan komputer
- Bermain dan memikirkan tentang angka
- Menyelesaikan masalah dalam bentuk angka
- Membentuk eksperimen untuk menguji sesuatu
contoh : akauntan, saintis

Ciri-ciri pintar ruang
- Menikmati aktiviti kesenian dan kraf
- Berlakon dalam drama
- Mempunyai bayangan jelas mengenai sesuatu
- Menikmati cantuman gambar (jigsaw puzzle) mencari jalan (maze), gambar dan video
- Gemar melukis dan mencipta
contoh : pelukis, jurubina

Ciri-ciri pintar pendengaran 
- Suka menyanyi
- Menikmati muzik
- Mengingati melodi
- Bermain/ membuat alat muzik
- Mendengar/ membuat persembahan muzik
contoh : pemuzik, penggubah, penyanyi

Ciri-ciri pintar pergerakan
- Gemar menari, olahraga
- Menghantar mesej melalui pergerakan badan
- Suka bergiat, suka menyentuh
- Suka berlakon dan bermain peranan
- Suka membaiki peralatan
- Menggunakan jari jemari dan motor halus
contoh : pakar bedah

Ciri-ciri pintar pergaulan
- Mudah berkawan
- Suka mendampingi orang lain
- Menikmati permainan yang memerlukan kerjasama
- Suka menyelesaikan masalah secara berkumpulan
- Prihatin terhadap orang lain

Ciri-ciri pintar diri
- Seronok bersendirian
- Suka membayangkan sesuatu
- Mempunyai pendapat atau perasaan yang kuat mengenai sesuatu
- Menyimpan catatan harian dan suka berhobi
- Bermotivasi untuk membuat sesuatu
contoh : psikologis, penyajak, ahli falsafah




sis damia n bro haziq


Saturday, March 5, 2011

Sentuhan Ikatan Ibu & Bayi


Sejak kecil lagi bayi amat peka terhadap sentuhan ibunya. Sebab itulah sentuhan ibu amat penting dalam membentuk asas kukuh perhubungan ibu & bayi. Seorang ibu dapat memupuk hubungan dengan bayinya sewaktu menyusu badan, makan, tidur, mandi serta semasa mengurutnya. Kajian fisiologi dan psikiatrik menunjukkan bahawa urutan bayi atau terapi sentuhan boleh membantu menggalakkan lebih banyak perubahan yang dapat membantu bayi membesar dalam pelbagai cara yang positif.

Kebaikan  Psikologi

Membantu mengeratkan hubungan dengan bayi

Lebih kerap seseorang ibu itu memeluk, mengusap dan mengurut bayinya maka lebih banyak bayi bertindak balas terhadapnya. Maka terbentuklah hubungan yang erat antara ibu dan bayi.

Meningkatkan kegembiraan bayi

Melalui sentuhan seorang ibu boleh berkomunikasi perasaannya kepada bayinya. Bayi pula dapat mengenal pasti sentuhannya dan suka akan sentuhan fizikal tersebut, seterusnya meningkatkan kegembiraan bayi.

Membantu bayi membesar menjadi kanak-kanak yang lebih yakin

Seorang bayi dapat mengenali ibunya dengan sentuhan. Apabila disentuh, bayi akan berasa selesa dan selamat kerana tahu bahawa ibunya ada bersamanya. Rasa selamat ini akan menjadikan bayi membesar menjadi kanak-kanak yang lebih yakin.

Kelebihan Fizikal

Membantu meningkatkan berat badan bayi

Berat badan bayi yang selalu disentuh naik dengan lebih cepat.

Perkembangan imuniti yang lebih baik

Kajian menunjukkan adanya kaitan antara sentuhan fizikal ibu & bayi dan perkembangan imuniti bayi yang lebih baik.

Pernafasan yang lebih dalam dan mudah

Sentuhan fizikal yang kerap antara ibu dan bayi terbukti membolehkan pernafasan bayi bertambah baik.

Maka sentuhan merupakan cara utama bagi membantu anda memupuk hubungan dengan bayi anda. Oleh itu, sentuhlah, peluk, urut dan nikmatilah saat-saat istimewa ini bersama bayi anda.



Go to fullsize image


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...