nuffnang ads

Showing posts with label solid food. Show all posts
Showing posts with label solid food. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Pasta Goreng untuk Darwisyah...





PASTA GORENG

Bahan-bahan :

Segenggam pasta dan direbus sehingga lembut
carrot di potong dadu
sedikit ayam hancur/kisar ( biasa ima pakai brand ramly)
seulas bawang merah di potong dadu
seulas bawang putih dicincang halus
1 sudu sos tomato
secubit garam
sedikit minyak utk menggoreng

Cara-cara:

1. Tumis bawang sehingga naik bau
2. masukkan ayam hancur/kisar tadi masak sehingga dia kering
3. masukkan carrot + sos tomato + garam
4. akhir sekali masukkan pasta yg telah direbus tadi dan goreng seketika
5. sedia untuk dihidangkan kepada si kecil


* resepi ni mama buat masa lunch last week yang lepas untuk adek Darwisyah....Alhamdulillah adek makan banyak n berselera betul...sekali sekala tukar menu
baru la dia seronok nak makan hee heee...



Sunday, February 20, 2011

Solid Food Nur Darwisyah Amani




Ini bubur lil Darwisyah yang akan dibawa ke rumah baby sitter....satu untuk makan tengahari dan satu untuk makan petang...Darwisyah sangat suka makan bubur yang mama dia bekalkan ni...nampak jer bekas ni dia dah nangis minta makan kelakar...hemmm..boleh tahan kuat makan juga dia ni...bubur nasi ni ima masak berasingan...

bubur nasi :
masak bubur nasi seperti biasa dan kemudian blender bagi halus sedikit tekstur dia..coz dia belum ada gigi lagi...heee

Lauknya :
Kentang
Carrot
daging
kismis 
sedikit serbuk sup sbg perasa

* masak semua ni macam masak sup daging
* kemudian sejukkan dan blender bagi halus
* heee dah siap lauk dia

Lepas tu campurkan bubur + lauk tadi ke dalam food storage pilihan anda untuk dibekalkan kepada baby sitter...Biasanya ima akan masak ni untuk 2 hari makan...means takde la masak tiap2 hari heee...yang lebih tadi simpan dalam freezer untuk esok..

* Darwisyah paling suka lauk daging berbanding ikan or ayam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...