nuffnang ads

Wednesday, January 4, 2012

Bila Period Susu Merudum..

Seorang sahabat bertanya:

Kita start datang period...hasil tenusu merudum...pump hanya dapat 2oz setiap sebelah.. Nak consume apa yer agar ok?

Jawapanku:
Don't worry...memang ada sesetengah orang yang akan terganggu production nya...itu normal disebabkan gangguan hormon...Alhamdulillah...4 oz yang awk dapat tu dah banyak...sekiranya x ckup boleh top up dengan frozen ebm yang disimpan sebelum ini bila time period macam ni...still keep on pumping mcm biasa x payah risau sangat berapa amaun yang awk dapat selepas pumping...breastfeed baby mcm biasa...x perlu pun consume apa2 time period coz itu gangguan hormon yang normal time period...makan macam biasa...ambil makanan seimbang mengikut piramid makanan..

Monday, January 2, 2012

Darwisyah 1 year 6 months

Alhamdulillah...Darwisyah sudah 1 year 6 months sekejap saja masa berlalu mama rasa...anak dara mama dah besar dah...dah kuat membebel...suka nak pergi berjalan2...dah pandai membuli kakak Damia dll...kelakar tengok gelagatnya....dengan kata lain 6 months to go 2 years....means 6 months lagi mama akan struggle mengepam setiap hari untuk my princess Darwisyah agar terus mendapat khasiat susu ibu...mama love u so much dear....Moga menjadi anak yang solehah...yang cemerlang di dunia dan akhirat...amin..



Happy Breastfeeding always..

any time..any place..any situation..

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012..

Alhamdulillah
hari ini 01.01.2012
tahun baru telah menjelma sekejap saja masa berlalu rasanya..
Alhamdulillah juga hamba Mu ini masih
bernafas hingga ke hari ini...
dan
diberi nikmat iman dan Islam
selama ini...
Moga tahun baru ini memberi banyak perubahan
dan rezeki kepada kami sekeluarga...
insyaAllah...


Happy New Year 2012!!


Monday, December 19, 2011

Our 7th Anniversary - 17.12.2011


Alhamdulillah...

Anniversary yang ke-7 thn..

Moga kasih sayang dan cinta kita hingga ke syurga..
dan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat 
Allah...
For u my luvly hubby...tqvm for alls..
Mr. Hubby bagi kad anniversary n coklat ferera rocher & van houten
for me..but i dah makan habis hee..hee...memang hantu coklat heee...
tq hubby...





Sunday, December 18, 2011

Tiram Indoor Water Park

Yesterday bawa anak2 pergi Tiram Indoor Water Park...
dapat tiket free so bawak la mereka pergi mandi manda...tempat dia xde la besar
sangat pun...biasa jer..tapi boleh la untuk budak2 enjoy mandi..
tapi mama tengok anak2 mama x berapa nak enjoy sangat pun...
kesejukan semuanya...maybe awal pagi lagi mood lom panas lagi heee..


bukan main bergaya lagi adek darwisyah ambik gambar hee..


kakak Damia




adek dah x sabar..








Monday, December 5, 2011

House Keeping: storage bottle/cup Darwisyah

This weekend mama duk buat house keeping storage bottle/ cup Darwisyah yang banyak melambak-lambak dan tak digunakan lagi...Darwisyah sudah 1 tahun 5 bulan...7 months to go 2 years...so mama dah tak perlu buat stok yang banyak2 kerana dah besar ni dia lebih suka minum fresh  ebm berbanding frozen ebm...

Now dalam chest freezer tu ada stok dari Ogos 2011 hingga sekarang...

Ni antara picas2 semasa proses house keeping tu...aksesori breastfeeding yang tidak digunakan lagi mama simpan dalam box supaya coming baby nanti boleh pakai lagi...heee tapi tak tau la bila...mama hanya tinggalkan beberapa botol kosong sahaja untuk kegunaan..



dalam ni ada 95 botol susu yang tidak digunakan lagi...


Ni pun dulu ada campur guna storage bag sebab tak cukup
storage bottle...ada 5 botol yang pecah bersama2
frozen ebm disebabkan dulu freezer penuh sebelum
belinya chest freezer huu..huu..sedih tu
sayang penat perah...


bersama sebahagian aksesori bf yang tidak digunakan lagi..


dah penuh 1 box...yang lain nanti kena beli lain la hee..


haa ni dia box tu..



Saturday, December 3, 2011

Nutrisi untuk Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang Sihat

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelas, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi, amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Folate (Asid Folik)
Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.


Kalsium
Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku di saat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.


Asid Lemak Omega-3
Asid Lemak Omega-3 juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada dua bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...