nuffnang ads

Wednesday, August 3, 2011

Bahaya Air Kepada Bayi Kecil Anda



Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya...

Amalan ini telah dipraktikkan sejak turun- temurun di merata pelusuk dunia. Di Malaysia juga, ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir. Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi..

Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh :

1. Merencatkan tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan berasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran di dapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut Pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis ( sakit kuning ) sehingga menyebabkan 'kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit jika kebersihan tidak di titik beratkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan sawan tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini di panggil ' oral water intoxication '

Sebenarnya susu ibu adalah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut.

Oleh itu, jika anda fikirkan bayi anda haus, panas atau sembelit...beri bayi anda susu ibu sekerapnya...



sumber : Pusat Laktasi Kebangsaan Hospital Selayang





Monday, August 1, 2011

One Minute Virtual Simultaneous Breastfeeding - Satu Minit Penyusuan Serentak Secara Maya

Jom bf mommies2 sekalian kita join dan support kempen ni anjuran MMPS ( Mother to Mother  Peer Support ) anda boleh menyusukan anak anda di mana sahaja pada 6 Ogos 2011 jam 3 petang selama satu minit (sekurang-kurangnya)

Anda hanya perlu:

1. e-mel ke pgmmps@gmail.com sekarang nama ibu dan bayi, dan alamat
e-mel anda untuk pra pendaftaran

2. Susukan bayi anda selama satu minit pada 6 Ogos 2011 jam 3 petang     

3. Menjelang 3.30 petang hantar mesej melalui                                                
           e-mel : pgmmps@gmail.com atau sms kepada 017-4259378/
012-4156446/ 016-5533782

e-mail/sms mereka nama ibu dan bayi beserta alamat e-mel anda.

Mereka akan menghantar e-sijil kepada anda






Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2011 - Talk To Me With 3D Experience - at Batu Pahat Mall,30 Julai 2011

Alhamdulillah berjaya juga ima, husband, anak2 n maid sampai ke program ini. Sungguh menyeronokkan n hapening sekali... anak2 pun turut enjoy the programme....Thanks a lot to Dr. Hairin Anisa Binti Tajuddin n groups kerana menjemput saya....organizer yg bertungkus lumus menjayakan program pada hari tersebut...selain participant daripada Johor ada juga daripada Kuala Lumpur....Sahabat2 ku yang turut hadir pada hari tersebut ialah Ina hani, As Hafiz, Linda n Fazidah Hanum....macam2 acara juga di adakan pada hari tersebut...hadiah pun best n banyak...pertandingan mewarna kanak2...puzzle...pertandingan bapa menukar lampin bayi...acara fesyen pakaian penyusuan....persembahan anak2 tadika akan penting dan berkhasiatnya SI untuk tumbesaran mereka....demo memakai pelbagai jenis sling sling/pouch daripada staff susuibu.com....


mama n lil Darwisyah


banner simbolik pelancaran


Dr. Hairin Anisa...org kuat program ni


kakak Damia beria dengar talk heee...


papa melayan karenah Darwisyah yg sibuk nak turun berjalan..


antara 4 orang bapa yg masuk pertandingan tukar lampin


berbelit2 papa nak lipat lampin selalu pakai lampin pakai buang jer hee..


ni mama tlg tangkap darwisyah masa papa duk sibuk melipat lampin tu...dah
dapat kaki mana tau duduk diam...baby lain tu senang papa dia handle coz masih
baby yg terbaring lg lom pandai merayap mcm Darwisyah hee...hee..


hasilnya...longgar tu papa oiii...sure terabur da la darwisyah da lasak..


baby lain semua dukung ngan papa dia juri nak tgk...dia da merayap sana sini...


sebahagian peserta yang hadir yg lain da sibuk melihat2 booth berhampiran


panel yang menjawab permasalahan ibu2 dan mnerangkan apa itu MBPC


hamper lucky draw no.  30 first no. lucky draw yg disebut...alhamdulillah

no papa 19 xde luck la...tp papa tetap naik ambil lucky draw ke-2 no.100
no luck kawanku...as hafiz yg da bergerak balik dlu...dia tinggalkan no. pd
kami....lucky draw ke- 3 tu...dapat walker...hadiah besar...heee..


ni hadiah dalam hamper tu..


ini lagi...


free gift yg diberi dlm beg pendaftaran...


ni hadiah ke-4 pertandingan tukar lampin bayi yg papa dapat...
ada booties n losyen2 kecil...yg booties tu mama bagi baby anas coz
Darwisyah dah x pakai tu dah brjalan...





World Breastfeeding Weeks Celebration 2011











Thursday, July 21, 2011

Hasil EBM Ganti Puasa - 20 Julai 2011



13 oz ( perahan di ofis )

Macam mana ima boleh dapat banyak ni sedangkan...ima sedang berpuasa
Ini cerita dia heee....ima sedang mengganti puasa ( cuti berpantang darwisyah dulu ) + melatih diri puasa di bulan Syaaban ni untuk lihat apa hasil yang akan ima dapat apabila berpuasa Ramadhan nanti....bukan mudah seperti yang dilihat...ni hasil setelah 2 weeks ima puasa...dengan berselang seli means...hari ni puasa...esok tak...ada gak kalau larat n rajin 2 hari puasa rest 1 hari....mula2 ima hanya dapat 6-8 oz dari pukul 7.30 am- 4.30 pm office hour dengan 2X perahan...( hasil perahan selepas menyusukan darwisyah selepas sahur biasanya 4-7 oz)  .... ok sebenarnya ima nak citer pasal perahan semasa di tempat keja...balik pada citer heee..hee...

perahan yang mula2 ima dapat 6-8 oz mula2 ganti pose dulu telah meningkat kepada 13 oz hari ini...dengan berkat usaha + d0a + tawakal moga Allah permudahkan urusan penyusuan ima dalam mengganti puasa n dalam bulan Ramadhan nanti...mula2 puasa ima memang rasa letih...tapi selepas menjalani latihan berpuasa ima dah jadi ok n relax jer berpuasa walaupun...kadang2 sebelum pergi keja adek mintak bf dulu...di ofis wajib pump kalau skip pump tengoklah hasilnya akan menurun nanti....balik sampai umah adek dah kejar nak nenen...maaa...mama  'tek' tu lah yang akan dia cakap bila nampak mama dia balik... berlari dapatkan kita peluk cium ...sweet sangat...

dan jangan lupa...maksimum or gandakan penyusuan direct feeding dengan anak di malam hari...kalau darwisyah x mau n tido pun...mama akan tetap tawarkan juga...gerakkan dia...bagilah dia nenen sepuas2 nya...tukar2 kiri n kanan heee...mmg penat n lenguh pinggang mama dibuatnya...tapi mama kena kuat...

apa pula yang ima makan yer?....malam bykkan minum air n makan kurma ( mmg byk ima mkn kurma heee..) waktu sahur ima prnah try makan nasi tapi  cepat rasa lapar n letih sangat...x sesuai ngan badan ima agaknya....so ima try ambil instant oat nestum + ESP ( Energy Soy Protein) + sekeping roti + 3 biji alfafa + 1 biji vit. C + 1 biji vitalea....alhamdulillah ok badan x rasa letih sangat n hasilnya peningkatan ini 13 oz setelah berlatih puasa + still keep on pumping....Alhamdulillah...thank U Allah...bantulah hamba Mu ini dan berilah hamba Mu ini kekuatan...

buka puasa ima akan ambil performance drink + ribena or plus horlick or apa2 air saja la heee...n tidak lupa buah tamar ( kurma )....rest dulu g solat...lepas solat baru mkn nasi...bagi perut rest dulu jangan terkezut sangat hee..heee...


Untuk BF mommies semua selamat menjalini ibadah Puasa Ramadhan yer...

Tuesday, July 19, 2011

SGM 5 - Coping With Breastfeeding During Ramadhan

Topic  ini adalah topic yang dibincangkan pada perjumpaan SGM5- Kelab Susu Ibu Johor pada 16 Julai 2011.. Sedikit info yang dapat dikongsikan bersama..

Semasa berpuasa Ramadhan penghasilan susu mungkin akan berkurangan dan badan akan mengalami dehidrasi...oleh itu. pentingnya mengambil air yg banyak dan cukup semasa di malam hari dan bersahur..

Apa yang boleh kita buat :

1. Prepare stock awal ketika dalam bulan Syaaban dan cuba berlatih puasa di bulan Syaaban ini...so dari sini kita dapat tahu berapa banyak susu yang kita dapat hasilkan ketika berpuasa...sekiranya hasil tidak dapat menampung keperluan anak kita...kita boleh gandakan mengepam di waktu malam dan kalau rajin buat power pumping malam...pump lagi selepas kita bersahur...

2. Jangan skip pumping walaupun kita berpuasa...still pump macam biasa...jika skip pumping maka pengeluaran susu akan mula berkurang sedikit demi sedikit...Ada orang dapat hasil lagi banyak apabila berpuasa kerana kita tidak menggunakan tenaga yang banyak untuk proses penghadaman makanan....bergantung kepada badan masing-masing...

3. Ambil makanan yang berprotein dapat membantu menambahkan susu...( cth : ESP - Energy Soy Protein )...makan kurma...jadikan ia snack anda di malam hari...waktu berbuka puasa dan waktu sahur...kalau perlu ambil vitamin ambillah bagi membantu beri tenaga di siang hari seperti vitamin C, B- complex, habatus sauda, makan makanan yang berfiber seperti oat di waktu sahur selepas makan nasi.

4. Kekalkan sesi penyusuan 12X sehari ( direct BF + pumping )

5. Akhir sekali jangan stress...banyakkan berdoa moga perjalanan penyusuan kita dipermudahkan sepanjang Ramadhan ini...moga kita dan anak sentiasa ceria...

sedikit tips dari Puan Kamariah ( kaunselor laktasi )

* Akan ada pengurangan penghasilan susu apabila hampir petang...Oleh itu, pada waktu malam susukan bayi anda semaksimum mungkin, minum air lebih dan makan kurma. Ketika waktu sahur banyakkan membaca surah al-kautsar, ambil vitamin jika perlu, pump susu juga di waktu siang seperti biasa dan tingkatkan masa mengepam di waktu malam...


Sama2 lah kita ibu-ibu menyusu ini menguatkan semangat untuk menjalani ibadah puasa di samping menyusukan anak...tetapi sekiranya tidak mampu kita di bolehkan untuk tidak berpuasa...kerana Islam itu mudah dan tidak membebankan...tapi kena ganti balik yer heee...tu yang ramai bertahan puasa walaupun dah tak larat macam nak pitam tetap nak teruskan sebab sayang nak batalkan puasa dan malas nak kena ganti nanti heee..hee...itulah yang pernah berlaku pada saya masa BF anak kedua dahulu...badan dah tak larat macam rasa nak pitam saya nak terus puasa juga...jam 6 petang akhirnya saya kena batalkan puasa juga kerana saya dah pitam n jatuh x bermaya...sebabnya saya kurang minum air pada malam hari dan kurang rehat...saya ingat lagi kejadian tu...so byakkan minum air di malam hari n sewaktu besahur...makan makanan yang berkhasiat...


Taman Awam Setia Tropika, JB

Monday, July 18, 2011

Pasta Goreng untuk Darwisyah...





PASTA GORENG

Bahan-bahan :

Segenggam pasta dan direbus sehingga lembut
carrot di potong dadu
sedikit ayam hancur/kisar ( biasa ima pakai brand ramly)
seulas bawang merah di potong dadu
seulas bawang putih dicincang halus
1 sudu sos tomato
secubit garam
sedikit minyak utk menggoreng

Cara-cara:

1. Tumis bawang sehingga naik bau
2. masukkan ayam hancur/kisar tadi masak sehingga dia kering
3. masukkan carrot + sos tomato + garam
4. akhir sekali masukkan pasta yg telah direbus tadi dan goreng seketika
5. sedia untuk dihidangkan kepada si kecil


* resepi ni mama buat masa lunch last week yang lepas untuk adek Darwisyah....Alhamdulillah adek makan banyak n berselera betul...sekali sekala tukar menu
baru la dia seronok nak makan hee heee...



Monday, July 11, 2011

Susu Ibu : Makanan Sempurna

Khasiat susu ibu jauh lebih hebat daripada susu formula. Cuma ramai yang kurang ilmu dan maklumat, salah informasi serta mempunyai kepercayaan yang salah. Malah, ada juga yang tidak mendapat sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.

Susu ibu adalah makanan yang paling sempurna untuk bayi anda kerana mengandungi semua zat yang diperlukan dalam kadar yang betul. Malah, sehingga kini kajian mengenai susu ibu masih lagi dilakukan untuk membongkar pelbagai keistimewaan dan keajaiban pada kesihatan bayi yang seolah2 tiada penghujungnya.

Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, sebenarnya kapasiti atau saiz perut bayi yang baru lahir cumalah sebesar guli kecil atau kacang ' chick pea'  ( 5 - 7 ml ) sangat kecil saiznya. Ketika di dalam rahim bayi akan menelan air ketuban dalam kuantiti yang sangat sedikit iaitu sekali atau dua kali telan sahaja. Itu sahaja yang diperlukan oleh bayi. Ini juga menjelaskan mengapa bayi yang diberi susu formula biasanya akan muntah dengan banyak.

Pada hari ke-3, kapasiti perut bayi adalah sebesar penumbuk bayi anda sendiri iaitu 22 - 27 ml sahaja. Pada hari ke- 10, ia akan menjadi sebesar kacang walnut atau bola ping pong sahaja ( 45 - 60 ml ). Nak tahu pula saiz perut orang dewasa? Ia hanyalah sebesar bola tenis atau penumbuk kita sendiri iaitu 900 ml sahaja.

Daripada penjelasan tersebut, ternyata bayi anda tidak memerlukan kuantiti susu yang banyak pada awal kelahirannya. Seorang bayi pada awal kelahirannya, iaitu pada 3-4 hari pertama mampu hidup dengan sihat tanpa air susu yang mencurah-curah...Oleh itu tiada istilah bayi lapar atau susu saya sedikit tidak cukup untuk anak saya...Allah itu Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang...Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya...

Sama-samalah kita wahai ibu2 sekalian...mencari ilmu dan terus menggali ilmu dalam penyusuan ini agar kita dapat mencapai matlamat ini....jangan cepat pasrah dan mengalah...kita semua boleh lakukan...kena kuat fizikal dan mental di samping cari ilmu itu dan pelajari....saya kecundang untuk full breastfeed anak pertama dan kedua kerana kurangnya ilmu...walaupun sedih terpaksa campur susu formula...saya masih berbangga  kerana  dapat menyusukan mereka ketika  saya berada dengan mereka iaitu kecuali keluar bekerja...sekarang saya berusaha full breastfeed utk anak ke 3....alhamdulillah sudah setahun darwisyah menyusu hanya dengan susu ibu....walaupun pelbagai halangan yang datang saya masih kuat untuk melawannya kerana telah menggali ILMU ini...moga dipermudahkan urusan seterusnya....i need 1 year to gon success...2 years fully breastfeed ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...