nuffnang ads

Wednesday, April 20, 2011

5 Persediaan Diri Menjadi Ibu Disayangi Keluarga


1. Ikhlas memikul tanggungjawab

Keikhlasan merupakan perkara paling penting yang harus ada dalam diri setiap wanita.   Dengan adanya keikhlasan, ditambah pula dengan kasih sayang dan pengetahuan dalam selok belok rumah tangga pasti tanggungjawab tersebut dapat dipikul dengan mudah biarpun dilanda pelbagai ujian.

2. Tentukan matlamat diri

Setiap wanita yang bergelar ibu perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin baik secara mental mahupun fizikal. Di samping itu, setiap ibu perlu mempunyai matlamat diri. Matlamat tersebut bermaksud apa sahaja yang ingin dicapai dalam setiap perkara yang dilakukan dalam memastikan keharmonian rumah tangga.

3. Bijak membezakan situasi

Seorang ibu yang baik perlu bijak mengawal situasi di dalam rumahnya. Boleh menjadi tegas sekiranya diperlukan ataupun penyayang pada waktu dan ketika yang sesuai. Seorang ibu juga mampu menjadi sahabat dan pendengar yang baik kepada anak-anak. Namun semuanya perlu dikawal agar peranan seorang ibu itu tetap dihormati.

4. Bijak mengurus kewangan 

Ibu juga perlu bijak mengawal perbelanjaan di dalam rumahnya. Munkin perkara ini nampak mudah. Namun tanggungjawabnya besar kerana para ibu yang bijak mengelolakan kewangan dalam keluarga pasti juga dapat menguruskan aset serta tabungan masa hadapan keluarganya dengan baik.

5. Guru yang baik

Pendidikan awal sememangnya bermula dari rumah. Bagi anak-anak, ibu merupakan guru mereka yang pertama. Anak yang baik mencerminkan ibu bapa yang cemerlang dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.



Go to fullsize image

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...