nuffnang ads

Sunday, May 29, 2011

10 months...lil Darwisyah dah mula start memanjat


besar mata dia...terkejut mama snap picas dia...dah 10 bulan ni mula start memanjat jer...mula belajar nak berdiri tu yg memanjat jer..berangan berdiri lom kuat lagi ada hati
nak memanjat naik tangga...bahaya betul tak boleh leka sekarang ni...jatuh sana...jatuh sini..



ni dah panjat satu mata anak tangga ni...cepat2 tutup grill tangga tu...



budak cayang bucuk mama ni memang tak tau duduk diam...heeemmm



Wednesday, May 25, 2011

Breastfeeding Room at Jusco Bukit Indah



Saya suka shopping di JJ bersama family salah satu sebabnya
dekat ngan umah
persekitaran yang selesa
and
ada breastfeeding room ni...
selesa sangat...n sangat privacy
untuk saya n lil darwisyah...
anak dara kecik ni dah la
tak boleh beri tumpuan kalau dengar
bising2...so saya suka bf dia
kat room  ni la...
heee...

TQVM for jusco kerana beri kenudahan
kepada mommies2 yg bf..



Monday, May 23, 2011

Tips memujuk bayi yang gemar menyusu pada sebelah payudara sahaja..

Proses memujuk dan melatih bayi untuk menerima payudara yang tidak digemarinya memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Jangan sesekali memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa singkat.

Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda. Biarkan bayi meneroka tubuh agar dia dapat mengenal dan mengecam bau anda. Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin.

Susukan bayi menerusi payudara yang digemarinya terlebih dahulu. Apabila susu mula dirembes laju di kedua-dua belah payudara,secara perlahan-lahan,tukar posisi bayi ke payudara yang kurang digemarinya. Dengan cara ini, bayi tidak akan menolak payu dara tersebut kerana aliran susu adalah lancar.

Anda juga boleh memulakan penyusuan dengan payudara yang bermasalah setiap kali penyusuan. namun lakukannya ketika bayi di dalam keadaan hampir tertidur, selesa atau tidak terlalu lapar.

Anda digalakkan untuk memerah payudara yang kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dengan selesa daripada payudara tersebut. Malah sepanjang proses menggalak bayi menerima payudara yang tidak disukainya, jangan lupa untuk memerah susu daripada payudara sebelah lagi agar rangsangan sentiasa ada dan mencukupi.

Lokasi penyusuan memainkan peranan penting. Suasana di sekeliling lokasi yang tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi.

Proses ini tidak berhasil dengan sekelip mata. Ia memerlukan beberapa hari atau minggu. Jangan sesekali berputus asa. Yakinlah diri bahawa anda boleh! hati perlu cekal dan minda mesti kuat..


Discrete Breastfeeding - Baby Nursing Photo



Wednesday, May 18, 2011

Inilah gunanya breast shells or collector milk...



sayang kalau susu tu dibiarkan mcm tu kan...so hargailah
ia sebaiknya heee...hee...



banyak juga kan ?? hee

breast shells avent ni ima gunakan semasa guna single pump....selalunya guna single pump tu masa pergi kursus or seminar luar...medela swing ku...heee...double pump ku hanya boleh guna elektrik so susah la nak bawa masa pergi kursus...

or

semasa darwisyah breastfeed di rumah...sebelah payudara baby bf sebelah lagi pasti akan mengeluarkan susu...so rugi biarkan dia kuar membasahi bra or breast pads...so susu tadi  yang terkumpul tadi boleh diambil...dan seterusnya boleh la dimulakan sesi mengepam n dicampurkan dengan yang tadi tu....kalau rajin terus buat tandem pumping...lg sng...tapi kadang2 x sempat nak ambik pump lil darwisyah dah x sabar tu la yg guna breast shells...heee..heee....





Saturday, May 14, 2011

Kelebihan meminum susu kambing...

This info...ima nak share ngan kawan2 semua....ima dapat info ni masa dengar motivasi pagi di ikim.fm pada hari jumaat lalu...tapi tak kesempatan nak update lg...heeee...maklum la busy memanjang...

Kelebihan  minum susu kambing antaranya yang ustaz cakap ialah :

1. mengikut sunnah Rasullullah saw
2. susu ke-2 terbaik di dunia selepas susu ibu....susu ibu tetap yg first yer... :)
3. mengandungi sumber protein tinggi berbanding susu lembu yang mempunyai lemak yang tinggi
4. bagus untuk diminum oleh ibu-ibu yang mengandung dan bayi di dalam kandungan...anak yang lahir mempunyai IQ yang tinggi
5. bagi pasangan yang telah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat lagi disarankan meminum susu kambing kerana ia dapat menambahkan benih di samping menghasilkan benih yang berkualiti.
6. dapat menstabilkan hormon
7. bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dapat menambahkan susu badan...( nak gi nubean fresh goat milk  la esok...nak try..heee )
8. Ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak sehingga usia 2 tahun ( penyusuan ekslusif ) selepas itu kalau nak beri anak susu lain...berilah anak susu kambing kerana dia tinggi protein berbanding susu lembu yang tinggi lemak


* inilah serba sedikit info yang dapat ima share dengan kawan2...

 
View Image



 
Happy Breastfeeding always...

Sunday, May 8, 2011

Permata Hatiku...

Inilah 3 orang permata hati mama n papa...
macam-macam telatah dan perangai mereka
3 beradik...sekejap bergaduh...
sekejap bergurau...
sekejap menangis
mama love u alls..



tgk kakak Damia...agak kasar sikit dengan adeknya..
sayang adek tapi caranya kasar...
berbeza dengan abang Haziq
yang lebih caring pada adek2 nya..
cian adek Darwisyah



Moga anak2 mama menjadi anak2
yang soleh dan solehah..
cemerlang di dunia dan akhirat...





Monday, May 2, 2011

Pasta Goreng



Bahan2:

500g small shells ( rebus hingga lembut )
300g ayam cincang
1/2 kilo udang
1 biji lada capsicum hijau ( potong dadu )
1 biji lada capsicum merah ( potong dadu )
1 biji bawang besar ( potong dadu )
l batang carrot dipotong2 @ 1 cawan sayur campur
cendawan butang putih ( selalunya ima bli dkt jusco )
1/2 cawan sos tomato
4 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit minyak masak
daun sup

cara 2 :

Tumis bawang sehingga naik bau
Masukkan ayam cincang + udang
Masukkan sos tomato + sos cili + lada sulah + garam
Masukkan carrot, capsicum dan cendawan butang
Akhir sekali masukkan pasta small shells tadi
potong daun sup dan taburkan sebagai hiasan


p/s : picas kat atas tu tak cukup bahan2 nya...hanya udang tu je yang menyerlah hee..heee...ima hanya guna button mushroom, carrot n ayam cincang jer...tu je yang ada malas nak kuar beli barang2....tapi sodap jugak...heee..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...