nuffnang ads

Monday, July 11, 2011

Susu Ibu : Makanan Sempurna

Khasiat susu ibu jauh lebih hebat daripada susu formula. Cuma ramai yang kurang ilmu dan maklumat, salah informasi serta mempunyai kepercayaan yang salah. Malah, ada juga yang tidak mendapat sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.

Susu ibu adalah makanan yang paling sempurna untuk bayi anda kerana mengandungi semua zat yang diperlukan dalam kadar yang betul. Malah, sehingga kini kajian mengenai susu ibu masih lagi dilakukan untuk membongkar pelbagai keistimewaan dan keajaiban pada kesihatan bayi yang seolah2 tiada penghujungnya.

Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, sebenarnya kapasiti atau saiz perut bayi yang baru lahir cumalah sebesar guli kecil atau kacang ' chick pea'  ( 5 - 7 ml ) sangat kecil saiznya. Ketika di dalam rahim bayi akan menelan air ketuban dalam kuantiti yang sangat sedikit iaitu sekali atau dua kali telan sahaja. Itu sahaja yang diperlukan oleh bayi. Ini juga menjelaskan mengapa bayi yang diberi susu formula biasanya akan muntah dengan banyak.

Pada hari ke-3, kapasiti perut bayi adalah sebesar penumbuk bayi anda sendiri iaitu 22 - 27 ml sahaja. Pada hari ke- 10, ia akan menjadi sebesar kacang walnut atau bola ping pong sahaja ( 45 - 60 ml ). Nak tahu pula saiz perut orang dewasa? Ia hanyalah sebesar bola tenis atau penumbuk kita sendiri iaitu 900 ml sahaja.

Daripada penjelasan tersebut, ternyata bayi anda tidak memerlukan kuantiti susu yang banyak pada awal kelahirannya. Seorang bayi pada awal kelahirannya, iaitu pada 3-4 hari pertama mampu hidup dengan sihat tanpa air susu yang mencurah-curah...Oleh itu tiada istilah bayi lapar atau susu saya sedikit tidak cukup untuk anak saya...Allah itu Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang...Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya...

Sama-samalah kita wahai ibu2 sekalian...mencari ilmu dan terus menggali ilmu dalam penyusuan ini agar kita dapat mencapai matlamat ini....jangan cepat pasrah dan mengalah...kita semua boleh lakukan...kena kuat fizikal dan mental di samping cari ilmu itu dan pelajari....saya kecundang untuk full breastfeed anak pertama dan kedua kerana kurangnya ilmu...walaupun sedih terpaksa campur susu formula...saya masih berbangga  kerana  dapat menyusukan mereka ketika  saya berada dengan mereka iaitu kecuali keluar bekerja...sekarang saya berusaha full breastfeed utk anak ke 3....alhamdulillah sudah setahun darwisyah menyusu hanya dengan susu ibu....walaupun pelbagai halangan yang datang saya masih kuat untuk melawannya kerana telah menggali ILMU ini...moga dipermudahkan urusan seterusnya....i need 1 year to gon success...2 years fully breastfeed ...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...