nuffnang ads

Saturday, October 29, 2011

Apabila anak anda tidak mahu makan..

Tidak mahu makan adalah petanda anak tidak sihat. Anda perlu memerhatikan keadaannya supaya ia tidak bertambah teruk dan kalau perlu dapatkan nasihat doktor. Berikut merupakan beberapa petua dan peringatan yang diberikan oleh Dato' Dr. Musa kepada ibu bapa sekiranya anak sakit:

1.  Berilah makan dan minum apa yang diingininya. Anda tidak harus bertegas dengan jenis makanan yang harus dia makan.

2. Biarlah mereka makan sedikit demi sedikit tetapi kerap apabila sakit.

3. Jangan memaksa anak makan.

4. Pada hari sakit yang kedua atau ketiga, makanan tidak penting tetapi pastikan anak anda minum secukupnya.

5. Jika muntah ataupun demam, anak anda akan memerlukan lebih cecair seperti ORS ataupun minuman isotonik.

6. Susu dan jus buah-buahan kaya dengan vitamin dan galian yang merupakan cecair yang paling berkhasiat.

7. Susu boleh diberikan secara milk shake, kastard, aiskrim atau yogurt untuk meningkatkan seleranya.

Friday, October 28, 2011

Air Kelapa



1. Air kelapa adalah antara minuman semulajadi yang paling berkhasiat.

2. Air kelapa menyegarkan minda dan menyejukkan badan terutama pada hari yang panas terik. Komposisi yang unik di dalamnya membekalkan oksigen dan nutrisi ke dalam badan dan membuatkan kita rasa segar dan lebih bertenaga setelah meminumnya.

3. Sekiranya air kelapa di ambil secara berterusan, ia boleh membantu mengawal berat badan dan komposisi air kelapa mampu meningkatkan sistem imuniti badan secara semulajadi.

4. Ada masalah pedih ulu hati? Cubalah minum air kelapa kaya dengan fiber dan membantu proses penghadaman. Minumlah air kelapa selepas makan, air kelapa juga amat baik untuk ibu mengandung.

5. Ada masalah cacing? air kelapa boleh digunakan untuk merawat masalah cacing secara semulajadi.

Wednesday, October 26, 2011

Tips Kesuburan Wanita

1. Jaga pemakanan
- Elakkan pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman beralkohol dan minuman berkarbonat.

2. Kawal Berat Badan
- Berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang seimbang. Obesiti boleh mengganggu proses pengeluaran telur.

3. Amalkan Senaman Berkala
- Bersenamlah secara tetap dan teratur. Senaman bukan sahaja menyihatkan anda tetapi juga membantu mengekalkan berat badan.

4. Berhati-hati Mengambil Ubat
- Ketahuilah bahawa kebanyakan ubat seperti ubat anti kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Oleh itu, ambil ubat yang disarankan oleh doktor sahaja.

5. Periksa Rahim Anda
- Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Jadi, penting bagi anda mengetahui  keadaan rahim sendiri.


credit to: Pa&Ma Nov. 2011 

Monday, October 17, 2011

ANAK NANGIS MALAM TERKENA GANGGUAN...

Kalau anak kecil u all terkena gangguan tetiba di waktu tengah malam
apa yang u all buat?

ima nak cerita pengalaman ima n anak...
anak ima terkena gangguan semasa di highway plus rasanya coz tetiba
dia meraung tak tau apa sebabnya...5 minit lepas tu dia senyap
masa tu on the way dari JB balik ke Seremban...

episodnya bermula jam 12 tgh malam dia tetiba menangis tak tau apa sebab
macam orang ketakutan...husband ima dah meremang bulu roma bila
dia nangis kuat macam tu....
Kebetulan balik umah mak mertua...so mak mertua la tolong handle
kita orang dah pening n ngantuk coz dia tak berhenti2 nangis...
apa yg kita orang buat
husband azan dalam rumah n mak mertua ambil
minyak masak n bawang putih yang diketuk sedikit
kemudian disapukan pada sendi2...
hampir waktu subuh baru la dia tertidur selepas penat nangis..
esoknya siang baru kita orang bawak jumpa ustaz
dan memang dia ada terkena masa lalu highway...
ustaz tu pegang jer dia dah menangis kuat sambil mata ternaik ke atas...
seram mama masa tu...

Thursday, October 13, 2011

ENGORGEMENT

Symptom : Ibu merasa payudara bengkak dan sakit, tegang, merah dan panas.

Cause : Tidak mengosongkan payudara sekerap mungkin...biasanya berlaku terutama beberapa hari selepas bersalin...makan pelekapan bayi agak sukar ketika ini..

How to prevent :   
  • Kerap mengosongkan payudara
  • Memakai bra yang sesuai, (menyokong) dan tidak terlalu ketat
  • Memerah selepas bayi menghisap
  • Urut payudara yang sedang dihisap
  • Meletakkan kobis segar pada payudara yang bengkak buat seketika
What to do if it happens :
  • Melakukan demahan (tuam) sejuk dahulu kemudian demahan panas
  • gentle massage
  • jika tidak baik segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan
                                   

Wednesday, October 12, 2011

STOK EBM DARWISYAH 1 THN 3 BLN


1 YEAR 3 MONTHS EBM

Ni ebm dari bulan Jun - Sept. 2011 ada 45 botol dalam chest freezer dah x semeriah dulu...sekarang darwisyah minum stok ebm bulan Mei 2011 yg ada
dalam freezer 2 pintu....sekarang saya lebih byk direct feeding n express milk utk esoknya..coz dia dah besar
ni  kurang suka frozen ebm...so x perlu saya frozen byk2...
sehari 1 botol jer saya frozen kan or kadang2 xde frozen langsung
untuk hari itu...coz saya lebih utamakan fresh ebm untuk lil darwisyah
everyday....hanya add 1 botol frozen ebm sahaja + 2 or 3 botol fresh ebm  untuknya everyday....

9 months to go 2 years...
cayokk..mama
insyaAllah moga semuanya dipermudahkan..  

Friday, October 7, 2011

Make Penang Breastfeeding Friendly



1 Minute Simultaneous Breastfeeding

 4.00 pm on 9 oktober 2011

Jom kawan2 kita join...walaupun anda jauh ...anda boleh menyertainya
di mana- mana sahaja heee...

Tuesday, October 4, 2011

04.10.2011 - Lebat sungguh hujan, angin kuat beserta petir

Lewat malam lebih kurang dalam pukul 3.00 am hujan selebat2 nya..
beserta angin kuat dan petir berdentam dentum di Nusajaya...
Darwisyah sampai tersedar dan takut...terus peluk mama
First time mama tengok Darwisyah takut coz sebelum ni
mama tak pernah tengok Darwisyah ketakutan...apa yang kita
cuba takutkan dia...dia tak takut pun..ketawa plak...

Macam malas jer nak bangun pergi kerja pagi tadi...heee
sejuk cuaca di luar...hujan masih belum berhenti lagi...apa yang paling
dirisaukan bila pergi kerja ni...takut wisma banjir bila hujan lebat tak berhenti...
bangunan tempat ku bekerja la heee...
banjir dalam bandaraya..
huu..huuu...

Monday, October 3, 2011

Gambar MBfPC Training - Southern Region 2011

Pada 16 - 18 September 2011 saya telah mengikuti MBfPC Training..
Ni antara picas2 yang diambil semasa training hari tu..


tengah kusyuk mendengar syarahan


with Dr Nadrah


with PCs n PCPA


Free style heee...


Break time..


with Dr Ning, PC members n PCPA ( Yus )


Tamat sudah...telah konvo heee...




jumpa lagi di lain hari dan masa kawan2....miss u alls...










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...