nuffnang ads

Monday, January 30, 2012

Bagaimana ibu menyusu boleh merancang kehamilan??

Penyusuan susu ibu boleh dijadikan salah satu kaedah dalam merancang kehamilan (family planning). Teknik ini dikenali dengan nama Lactational Amenorrhea Method of Birth control ( LAM ).

Kaedah LAM ini berkesan antara 80-99% dalam mencegah kehamilan dengan syarat:

1) Bayi berumur 6 bulan kebawah.

2) dengan syarat eksklusif breastfeed ( baby belum makan apa2 lagi dan hanya menyusu badan )

2) Ibu belum didatangi haid  

Thursday, January 19, 2012

Berita Harian Online | Lokek susukan zuriat

Berita Harian Online Lokek susukan zuriat

Lokek susukan zuriatOleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2012/01/19

Sikap malas, penting diri jejas kempen penyusuan susu ibu
ANDA mengagumi diri sendiri selaku wanita dan ibu yang hebat. Berkerjaya dan mampu menguruskan rumah tangga dengan baik. Tetapi adakah anda ibu yang berjaya?
Barangkali anda tidak menyedari kejayaan sebenar seorang wanita apabila dia berjaya menyempurnakan tempoh pe-nyusuan seorang anak selama dua tahun. Firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah ayat 223 menyatakan: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan.”
Justeru, seharusnya tidak wujud senario yang mana wanita mengambil mudah urusan menyusukan anak masing-masing. Meringankan urusan itu dalam tempoh berkenaan bukan saja menafikan hak anak, malah membuka ruang lebih besar kepada ibu dan anak terhadap risiko pelbagai jenis penyakit, khususnya obesiti.

Mengapakah penyusuan susu ibu atau usaha itu dilihat membebankan dan beralih kepada susu formula? Lebih sedih lagi, ada pula pihak yang mencadangkan penubuhan bank susu ibu yang bagaimanapun selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, baru-baru ini memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab serta membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. Keputusan itu membawa kepada persoalan asas - mengapakah timbulnya kesukaran berbakti kepada zuriat sendiri?

Wednesday, January 18, 2012

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank-Bank Malaysia.

credit to : http://zaharuddin.net/


Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 

emas oh emas


DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
22 Oktober 2008
23 Syawal 1429 H
Wales, UK


Petikan info dari maybank2u.com.my

Benefits
  • Convenience of deposit, withdrawal and closing of GSPA account at any Maybank branch in Malaysia
  • Introduced by the country's largest bank, 100% backed by physical gold and in collaboration with the World Gold Council
  • Cheaper as gold prices quoted are pegged to international gold prices without additional charges
  • Ability to build a personal gold portfolio by purchasing gold in small amounts (minimum 5gms) regularly over a period of time
  • Opportunity for capital gain if the price of gold appreciates
  • Possible hedge against inflation

Who can apply

  • Individuals
  • Joint account - maximum 4 persons

How it works

The Gold Savings Passbook Account (GSPA) is an account that lets you invest in gold in a convenient, more secure and cheaper way. You can purchase gold in 999.9 fineness at all Maybank branches at daily quoted gold prices for 1gm in Malaysian Ringgit. All transactions will be recorded in your GSPA passbook.
Whenever you need to, you may conveniently withdraw from the GSPA at the prevailing gold price in the following ways:
  • Physical gold: Gold Wafers @ 10, 20, and 50 can be withdrawn at selected branches. A conversion charge to cover the shipping and insurance will be charged for the physical gold withdrawal
  • Gift Gold Certificate: The certificate can be made payable to a third party and is valid for 6 months. The certificate is non-negotiable, non-transferable and non-assignable. Hence, only the registered holders can redeem the certificates
  • Cash: The amount of gold holdings can be converted to Ringgit Malaysia at the prevailing market price. The amount in RM will be credited into your Maybank deposit account

Friday, January 13, 2012

Cara mencairkan frozen ebm

Dah lama darwisyah x minum frozen ebm...mama bz sangat n penat tu yang pump ari ni x ckup lagi satu botol untuk darwisyah minum esok..so adek kene minum satu botol frozen ebm yang mama dah cairkan ye sayang..


ISI air dalam bekas Dan masukkan frozen ebm dalam bekas tadi Dan letakkan dalam peti ais bahagian bawah tu...nanti esok dia akan mencair...heee tapi nanti pasti ada ais yang nipis melekat di permukaan air yang kita letakkan semalam..tapi jangan risau susu semalam tu telah mencair.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 12, 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS

Last 3 weeks kami sekelurga saja window shoppings kat JPO ( Johor Premium Outlets ) di Kulaijaya, Johor. Exit 253@ km 19.8 (North South Highway, Kuala Lumpur to Johor Bahru )...ramai juga orang yang datang...harga?? hemmm...boleh lah tahan...Semua jenama barang2 branded ada kat sini...cuma sediakan duit saja....Burberry...Guess..Clarks...Bonia...Braun Buffel...Coach...and banyak lagilah...tapi kalau nak masuk coach n burberry tu kena beratur tunngu turn...x dibenarkan masuk ramai2...tapi tengok orang ramai sanggup beratur tunggu turn nak masuk....heerrrmmm idak la gamaknya...berapa pulak harganya...puluh2 ribu...

ni ada beberapa gambar yang sempat saya snap...tp x menarik sangat gambar yang saya snap tu heee..



ntah apa2 gambar x pro betul la heee..











testing post

Nak try post guna blogger.droid ni success or not..hee..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 6, 2012

Breastfeed Support Group Pasir Gudang SGM 1/2012

Breastfeed Support Group Pasir Gudang akan mengadakan SGM 1/2012 pada :

Tarikh : 14 Jan. 2012 (Saturday)
Masa : 3.00 pm until 5.00 pm
Tempat : Bukit Layang-Layang Pasir Gudang
Topic : Low Milk Supply Concern

Pot luck..(bawa la apa2 makanan nak bawa heee)

Siapa yg dijemput hadir: Ibu2 yang sedang menyusukan anak, sedang pregnant yg ingin menambahkan ilmu penyusuan, pengasuh or mr hubby yg sangat sporting slalu support isteri to continue breastfeeding...Kehadiran anda di alu-alukan...sama2 lah kita share info, ilmu dan maklumat yang berguna, berfaedah dan bermanfaat buat kita sekeluarga dalam menjayakan penyusuan susu ibu...

Wednesday, January 4, 2012

Bila Period Susu Merudum..

Seorang sahabat bertanya:

Kita start datang period...hasil tenusu merudum...pump hanya dapat 2oz setiap sebelah.. Nak consume apa yer agar ok?

Jawapanku:
Don't worry...memang ada sesetengah orang yang akan terganggu production nya...itu normal disebabkan gangguan hormon...Alhamdulillah...4 oz yang awk dapat tu dah banyak...sekiranya x ckup boleh top up dengan frozen ebm yang disimpan sebelum ini bila time period macam ni...still keep on pumping mcm biasa x payah risau sangat berapa amaun yang awk dapat selepas pumping...breastfeed baby mcm biasa...x perlu pun consume apa2 time period coz itu gangguan hormon yang normal time period...makan macam biasa...ambil makanan seimbang mengikut piramid makanan..

Monday, January 2, 2012

Darwisyah 1 year 6 months

Alhamdulillah...Darwisyah sudah 1 year 6 months sekejap saja masa berlalu mama rasa...anak dara mama dah besar dah...dah kuat membebel...suka nak pergi berjalan2...dah pandai membuli kakak Damia dll...kelakar tengok gelagatnya....dengan kata lain 6 months to go 2 years....means 6 months lagi mama akan struggle mengepam setiap hari untuk my princess Darwisyah agar terus mendapat khasiat susu ibu...mama love u so much dear....Moga menjadi anak yang solehah...yang cemerlang di dunia dan akhirat...amin..



Happy Breastfeeding always..

any time..any place..any situation..

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012..

Alhamdulillah
hari ini 01.01.2012
tahun baru telah menjelma sekejap saja masa berlalu rasanya..
Alhamdulillah juga hamba Mu ini masih
bernafas hingga ke hari ini...
dan
diberi nikmat iman dan Islam
selama ini...
Moga tahun baru ini memberi banyak perubahan
dan rezeki kepada kami sekeluarga...
insyaAllah...


Happy New Year 2012!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...