nuffnang ads

Monday, July 2, 2012

Halangan dan Persediaan Menyambut Ramadhan Bagi Ibu Menyusu


Alhamdulillah tahun ini saya akan berpuasa tanpa mengepam di siang hari kerana saya kami telah mendapat PHD dalam penyusuan heee...Nur Darwisyah Amani, now turns 2 years...syukur sangat2 kepada Allah SWT kerana dengan izinnya saya telah berjaya menyusukannya sehingga kini...


Opss...topic itu akan di post next time...sekarang saya nak share penyusuan + ramadhan..


Antara topic perbincangan kami semasa SGM Johor Bahru yang lepas :



perkara yang membantu ibu menyusu di bulan Ramadhan





Dehidrasi - kekurangan cecair di dalam badan
* Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau.

- Jangan abaikan sahur - makan makanan yang kaya dengan protein, kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

- Makan kurma - ketika berbuka ( membekalkan tenaga segera selepas berpuasa seharian ) begitu juga semasa bersahur..

- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur.

- Ambil lebih lemak sihat - susu, keju.

- amalkan madu - sumber tenaga semulajadi menambah stamina, mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

- berlatih puasa lebih awal dalam bulan syaaban sebagaimana yg saya telah praktik sendiri last year...alhamdulillah semuanya berjalan lancar...production pun tiada masalah...tujuan latih awal supaya kita tidak rasa terkezut..perut apabila berpuasa dan lihat mcm mana penghasilan susu jika berpuasa...

- Pump selepas berbuka, malam dan selepas bersahur...kerana penghasilan susu pada ketika itu adalah banyak...jangan lupa juga untuk terus mengepam seperti biasa di ofis..

- kerapkan sesi penyusuan di malam hari..

* Klik link ini untuk topic yg sama lg :)  adalah daripada apa yg saya perolehi n amalkan semasa berpuasa tahun lepas...n cerita saya pernah mengalami dehidrasi..


Selamat berpuasa ibu2 semua...Happy Breastfeeding...


1 comment:

  1. saya pertama kali nak puasa time fully BF..
    info ni sgt bguna.
    TQ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...