nuffnang ads

Thursday, August 16, 2012

Jom Join...Kelas Penyusuan - Teknik Marmet anjuran MBFPC South Region.

Assalammualaikum wbt....

dan Salam Lebaran..

Saya ingin menjemput ibu2 menyusu di sekitar JB untuk join program kami...iaitu mengetahui dan mempelajari teknik marmet...

Apa itu teknik marmet?
- teknik marmet adalah kaedah memerah susu dengan menggunakan tangan....ada teknik dan caranya bukan pakai perah sahaja sehingga boleh menyebabkan breast melecet dan sebagainya...
- sekiranya teknik marmet ini telah sebati dgn anda...anda akan dapat rasakan...memerah dengan menggunakan marmet lagi mudah kerana tidak perlu membasuh spare part pump tu hee hee...dan hasilnya sebenarnya lagi banyak kalau anda telah biasa...

hubungi kami...cepat daftarkan diri anda sebelum penyertaan ditutup...



Friday, August 3, 2012

SGM - COPING WITH BREASTFEEDING DURING RAMADHAN

Dah lama baru sempat update heee..

Perkongsian yang berguna utk semua ibu-ibu menyusu...

COPING WITH BREASTFEEDING DURING RAMADHAN
Tarikh          : 23 June 2012
Tempat        : Taman Awam Setia Tropika

1.       Apa halangan yang paling sukar/ditakuti/ dirisaukan untuk berpuasa + menyusu?

·         Kata-kata orang - seperti susu akan sikit semasa puasa, letih/ pitam dan rasa beranggapan bahawa susu akan cair/ masam jika berpuasa.
·         Diri sendiri – kurang minum air ketika berbuka dan sepanjang malam sehingga bersahur, tidak tahan lapar, masalah kesihatan diri dan kurangnya ilmu menyusu + puasa.
·         Tiada sokongan – daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan.

2.      Hukum berkaitan penyusuan & berpuasa. Apa yang diketahui dan apa yang difahami?
·            Rukhsah (keringanan) untuk ibu menyusu:
-         Jika fikir untuk kesihatan diri sendiri dan tidak berkemampuan, kita dibolehkan tidak berpuasa. – perlu qada’ puasa.
-         Jika fikir untuk kesihatan bayi yang disusui, kita dibolehkan tidak berpuasa – qada’ dan perlu membayar fidyah.

3.      Perkara yang membantu mempermudahkan perjalanan di bulan Ramadhan.
·            Sokongan daripada orang sekeliling – suami, ibu bapa dan rakan-rakan breastfeeding.
·            Aktiviti – kurangkan aktiviti luar jika rasa tidak berkemampuan.
·            Pemakanan yang digalakkan diambil ketika berpuasa:
-         Kurma ( membekalkan tenaga segera selepas berpuasa seharian )
-         Oat
-         Minum air secukupnya.
-         Kismis
-         Makanan yang kaya dengan protein, kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.
-         Amalkan minum madu ( sumber tenaga semulajadi, menambah stamina dan mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
-         Ambil lebih lemak sihat seperti susu dan keju.

·            Berilmu – berusaha mencari ilmu, dapat membantu kayakinan diri untuk
        berpuasa dan menyusu di bulan Ramadhan, penyusuan kerap selepas           berbuka puasa sehingga bersahur, mengepam seperti biasa di tempat kerja.
·            Niat – Percaya pada diri sendiri bahawa kita boleh beri yang terbaik untuk anak kita.
·            Doa – Bermohon kepada Allah agar perjalanan penyusuan dan berpuasa di bulan Ramadhan dipermudahkan.

4.      Apa itu dehidrasi?
·         Dehidrasi disebabkan kekurangan cecair dalam badan. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau.
-         Bagi mengelakkan dehidrasi ini, minum air yang sekupnya ketika berpuasa sehingga bersahur.


SELAMAT BERPUASA DAN HAPPY BREASTFEEDING J



Kami yg hadir SGM...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...