nuffnang ads

Friday, August 3, 2012

SGM - COPING WITH BREASTFEEDING DURING RAMADHAN

Dah lama baru sempat update heee..

Perkongsian yang berguna utk semua ibu-ibu menyusu...

COPING WITH BREASTFEEDING DURING RAMADHAN
Tarikh          : 23 June 2012
Tempat        : Taman Awam Setia Tropika

1.       Apa halangan yang paling sukar/ditakuti/ dirisaukan untuk berpuasa + menyusu?

·         Kata-kata orang - seperti susu akan sikit semasa puasa, letih/ pitam dan rasa beranggapan bahawa susu akan cair/ masam jika berpuasa.
·         Diri sendiri – kurang minum air ketika berbuka dan sepanjang malam sehingga bersahur, tidak tahan lapar, masalah kesihatan diri dan kurangnya ilmu menyusu + puasa.
·         Tiada sokongan – daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan.

2.      Hukum berkaitan penyusuan & berpuasa. Apa yang diketahui dan apa yang difahami?
·            Rukhsah (keringanan) untuk ibu menyusu:
-         Jika fikir untuk kesihatan diri sendiri dan tidak berkemampuan, kita dibolehkan tidak berpuasa. – perlu qada’ puasa.
-         Jika fikir untuk kesihatan bayi yang disusui, kita dibolehkan tidak berpuasa – qada’ dan perlu membayar fidyah.

3.      Perkara yang membantu mempermudahkan perjalanan di bulan Ramadhan.
·            Sokongan daripada orang sekeliling – suami, ibu bapa dan rakan-rakan breastfeeding.
·            Aktiviti – kurangkan aktiviti luar jika rasa tidak berkemampuan.
·            Pemakanan yang digalakkan diambil ketika berpuasa:
-         Kurma ( membekalkan tenaga segera selepas berpuasa seharian )
-         Oat
-         Minum air secukupnya.
-         Kismis
-         Makanan yang kaya dengan protein, kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.
-         Amalkan minum madu ( sumber tenaga semulajadi, menambah stamina dan mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
-         Ambil lebih lemak sihat seperti susu dan keju.

·            Berilmu – berusaha mencari ilmu, dapat membantu kayakinan diri untuk
        berpuasa dan menyusu di bulan Ramadhan, penyusuan kerap selepas           berbuka puasa sehingga bersahur, mengepam seperti biasa di tempat kerja.
·            Niat – Percaya pada diri sendiri bahawa kita boleh beri yang terbaik untuk anak kita.
·            Doa – Bermohon kepada Allah agar perjalanan penyusuan dan berpuasa di bulan Ramadhan dipermudahkan.

4.      Apa itu dehidrasi?
·         Dehidrasi disebabkan kekurangan cecair dalam badan. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau.
-         Bagi mengelakkan dehidrasi ini, minum air yang sekupnya ketika berpuasa sehingga bersahur.


SELAMAT BERPUASA DAN HAPPY BREASTFEEDING J



Kami yg hadir SGM...



2 comments:

  1. Replies
    1. alaa hernee...xpe kita masih blh sharing ilmu..sharing is caring kan..hee

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...