nuffnang ads

Tuesday, March 22, 2011

Merangsang Susu Ketika Mengepam



Asas penyusuan susu ibu adalah penawaran dan permintaan (supply and demand). Lebih banyak anda menyusukan bayi anda, lebih banyaklah susu yang dihasilkan. Jika anda mengepam susu anda ketika keluar bekerja atau berjauhan daripada bayi anda, ada beberapa cadangan yang anda boleh ikuti supaya susu anda tetap cukup untuk bayi anda.

·    Susukan  bayi sejurus sebelum anda ke tempat kerja dan sebaik sahaja anda sampai  ke rumah.
·    Bertenang. Tekanan/stres dapat mempengaruhi kebolehan semulajadi badan anda untuk mengeluarkan susu ibu. Lupakan tekanan di tempat kerja, tarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan kerehatan.
·    Pilih tempat yang senyap dan sesuai untuk mengepam.
·    Gunakan double pump untuk memerah susu badan. Ia mempengaruhi penghasilan  hormon prolaktin anda selain menjimatkan masa.
·    Tambahkan sesi mengepam dalam sehari.
·    Pam sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sepanjang hampir 12 jam di tempat kerja.
·    Ambil cuti yang bersambung dengan hujung minggu jika kuantiti susu sangat sedikit.
·    Tidur tengahari sebentar (5-10 minit) sebelum memerah susu.
·    Bawa foto/ audio/ video bayi ketika mengepam.
·    Elakkan pil perancang dengan kandungan estrogen sahaja.
·    Jika anak anda telah dicampurkan dengan susu formula, kurangkannya secara beransur-ansur.
·    Jaga pemakanan anda dan kesihatan anda.
·    Jangan terlalu memikirkan kuantiti susu yang akan anda dapat atau anda hasilkan.
       * ini selalu yang saya beritahu kepada rakan2 yang baru berazam untuk menyusukan bayi mereka hanya dengan susu ibu..

Jika mengepam di rumah:

·      Perah susu selepas selesai menyusukan  bayi anda.
·      Sebelah bagi bayi direct breastfeed dan sebelah lagi tu anda pam. insyaAllah            hasilnya lumayan.

4 comments:

  1. sekarang nie perahan susu memang merundum...tapi still jugak memerah walaupun hasilnyer sedikit...

    ReplyDelete
  2. Assalam,iema....elin pun mcm cik zaidah, x byk sgt dpt ..klu pum both side pon baru 3-4oz jer...

    ReplyDelete
  3. salam...elin kena kerap direct bf baby...still keep on pumping...jangan skip pump...buat jadual...lebih bagus lagi buat power pumping...insyaAllah ok...apa2 elin blh share ngn ima yer..

    ReplyDelete
  4. Akak saya copy dlm blog saya boleh?
    http://duniakecilkuini.blogspot.com/2011/08/berjaya-pulihkan-kemerunduman-susu.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...