Ada yang bertanya kepada ima berkenaan perkara ini...so jom kita sharing :)
Secara amnya, semua ubat yang diambil oleh ibu akan memasuki darah ibu dan seterusnya dipindahkan ke dalam susu.
Namun jumlah ubat-ubatan yang memasuki susu ibu adalah tidak tetap dan bergantung pada banyak faktor.
Malahan, biasanya hanya kuantiti yang kecil, iaitu kurang daripada satu peratus dos ubat yang diambil oleh ibu akan memasuki susu ibu dan dipindahkan kepada bayi semasa penyusuan.
Dos yang sangat sedikit ini pula tidak akan diserap sepenuhnya ke dalam darah bayi. Maka, dos ubat ini jarang menghasilkan kesan secara klinikal kepada bayi.
credit to: Dr Zaharah & Dr. Tengku Alina
No comments:
Post a Comment