nuffnang ads

Monday, February 4, 2013

Pelabur Bijak




Ima nak sharing info yang ima perolehi semasa menghadiri Seminar Pelabur Bijak pada bulan Januari 2013 yang lepas...Program anjuran SC dan SIDC ini memang best...sebelum ini ima pernah menghadiri seminar bijak mengurus wang ( 2 kali join seminar yang sama ).. hee..tahun ni pergi seminar Pelabur Bijak pula :)..

Ini antara resepi kejayaan Pelabur Bijak:

  1. Kenal pasti dan fahami produk-produk pelaburan yang ditawarkan di pasaran modal Malaysia seperti saham, unit amanah, bon, waran dan derivatif iaitu kontrak niaga hadapan dan opsyen.
  2. Ketahui risiko sesuatu pelaburan dan melabur berdasarkan tahap risiko anda.
  3. Baca dan fahami seberapa banyak maklumat berkaitan dengan sesuatu pelaburan. Dapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan jangan terlalu mempercayai tip-tip dan khabar angin.
  4. Melaburlah untuk jangka masa panjang.
  5. Sediakan dana sebanyak enam hingga sembilan bulan daripada jumlah perbelanjaan bulanan sebelum memulakan sebarang pelaburan.
  6. Kurangkan risiko dengan mempelbagaikan pelaburan dalam beberapa jenis syarikat, sektor atau dana.
  7. Pantau pelaburan secara kerap untuk memastikan ianya masih sesuai dengan matlamat kewangan anda.
  8. Berwaspadalah dengan syarikat yang menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi dan tanpa sebarang risiko. Ia mungkin skim pelaburan yang tidak berlesen.

Ini antara resipi pelabur bijak yang diperolehi semasa hadir seminar...jika berkesempatan lagi saya akan update dan share yang lain pula :).. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...