nuffnang ads

Sunday, November 28, 2010

MEWAH SUSU : Satu Kurniaan Atau Bencana

Tanda - tanda anda mewah susu :


IBU :
  • Buah dada ibu cepat terasa penuh setiap kali selepas penyusuan berlangsung
  • Payudara bengkak/ seperti berketul-ketul

BAYI :
  • Seperti tercekik, menelan dengan cepat, tercungap-cungap, batuk ketika menyusu seolah-olah susu datang terlalu cepat
  • Menarik-narik payudara sewaktu sedang menyusu
  • Menggigit-gigit pada puting susu seperti mahu melambatkan aliran susu
  • Bunyi klik ketika menyusu
  • Kerap muntah atau cenderung untuk mengalami kembung perut
  • Menolak untuk disusukan
  • Kelihatan tidak selesa semasa penyusuan berlangsung atau menangis

Cara menanganinya :
  • Mengepam keluar sedikit susu sebelum menyusukan bayi anda
  • Menyusu sambil berbaring agar bayi dapat mengawal kuantiti susu yang berada di dalam mulutnya dengan melelehkan susu keluar
  • Ibu bersandar pada kerusi malas
  • Mencuba " football hold "
  • Susukan bayi pada posisi " football hold " dengan bayi pada kedudukan duduk.
  • Susukan bayi anda sekerap mungkin agar susu yang mengalir tidak terlalu banyak dan bayi selesa serta dapat mengawal jumlah susu yang diminumnya di dalam mulut.

                                                                                                           rujukan :
                                                                                                                                                              Kaunselor Laktasi
                                                                                                                                                               Zatul - Hijanah Ramzi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...