nuffnang ads

Monday, January 31, 2011

Memajak Emas di Ar- Rahnu


Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:

1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek.

 

Sistem pajak gadai di malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:
1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)

Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00

 

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:
1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.

1. Ar-Rahnu Bank Rakyat:Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh baca kat sini:
http://bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu 

2. Ar-Rahnu Agro Bank:Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sinihttp://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711




Emas yang biasa digadaikan ialah emas 999 (24K) dan emas 916 (22K)

Pegawai bank akan menguji berat dan ketulenan emas.

Bank Rakyat akan memberi pinjaman 65% daripada nilai keseluruhan emas.
Rate harga emas pula berubah-ubah setiap hari berdasarkan harga emas pasaran.
kalau nak tahu rate, kena telefon atau kunjungi cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat.
Tempoh simpanan ialah 6 bulan. Anda boleh tebus awal kalau nak.
Anda akan dapat diskaun jika menebus awal.
Selepas tempoh 6 bulan, anda boleh terus menyimpan lagi 6 bulan, tapi dengan syarat anda kena jelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang terdahulu.

 

Upah simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat

Upah simpan yang dikenakan oleh Bank Rakyat bergantung kepada nilai harga emas yang disimpan ( dipanggil nilai marhum).

Kebaikan:
1. Proses gadaian mudah dan cepat
2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000
3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak
4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut

Kelemahan:
1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu
    ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak.
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan



Memajak emas di Agro Bank.


 


Bagi Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.
Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.



 Kebaikan:
1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.

Kelemahan:
1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
    kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.


Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.
Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi :)

p/s : artikel di petik dari blog jutawanemas

Sunday, January 30, 2011

Penyusuan Selepas Caesarean


Go to fullsize image


Bagi anda yang melahirkan bayi melalui kaedah pembedahan caesarean, ketahuilah anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu timbul rasa khuatir. Apa yang penting ialah anda tahu dan mengaplikasi posisi penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan diri selepas bersalin.

Antara posisi penyusuan yang sering diakui sebagai selesa untuk anda dan bayi ialah lying down dan football hold (clutch hold). Namun, bagi yang pertama kali bergelar ibu, mungkin agak kekok untuk anda mengguna pakai kedua-dua posisi ini. Jadi, pelajari dan praktikkan posisi ini lebih awal agar anda biasa dengannya.

Ramai ibu yang melahirkan anak secara caesarean menggunakan posisi cradle hold. Ketahuilah, penggunaan posisi ini kadangkala boleh menimbulkan ketidakselesaan jika kedudukan tubuh anda tidak betul. Secara tidak disedari ia boleh membantut keinginan anda untuk menyusukan bayi akibat tidak tahan menanggung kesakitan di bahagian luka pembedahan.

Bagi mengurangkan kesakitan luka pembedahan, anda digalakkan untuk menyediakan kusyen sokongan seperti bantal, tilam kecil dan lain-lain yang boleh digunakan untuk mengalas bahagian abdomen supaya berat bayi tidak menekan bahagian yang luka berkenaan sekiranya anda ingin menyusukan bayi menggunakan posisi cradle hold.

Selain daripada itu, bahagian belakang badan turut perlu disokong dengan bantal. Gunakan lebih banyak agar anda boleh bersandar tidak perlu terlalu membongkok. Dalam pada itu, pastikan bayi turut disokong dengan bantal mencukupi. Pastikan juga posisi badan bayi dalam keadaan yang betul (perut ke perut) walaupun kedudukannya di atas bantal.

Masalah Mungkin Timbul

Sebaik bayi berjaya dikeluarkan, anda sudah mula boleh menyusukannya. Berbincanglah dengan pakar bius dan pakar sakit puan dalam memastikan sentuhan kulit ke kulit dan pengenalan awal penyusuan susu ibu dilakukan ketika di dalam bilik pembedahan lagi.

Antara masalah yang mungkin boleh timbul ialah anda mungkin berasa kebas dan sakit di tempat pembedahan dan parut akan timbul sedikit, membengkak dan gelap daripada warna kulit asal. Bersin, batuk dan lain-lain yang boleh menyebabkan tekanan pada kawasan perut akan menyebabkan anda berasa sakit. Namun, lama-kelamaan keadaan berubah menjadi baik dari hari ke hari.

Anda juga mungkin mengalami masalah angin di dua hari pertama selepas kelahiran. Masalah ini terjadi kerana usus masih lemah selepas pembedahan. Oleh yang demikian, pergerakan akan membantu sistem penghadaman berfungsi semula. Jika anda berada dalam keadaan sangat tidak selesa, ubat yang mengandungi simethicone akan diberi bagi mengeluarkan angin dari badan. Simethicome adalah selamat diambil ketika penyusuan susu ibu.

Dalam usaha menahan sakit, anda mungkin memerlukan ubat untuk beberapa minggu selepas pembedahan. Jadi, anda perlu tahu isi kandungan ubat yang diambil kerana ibu yang menyusukan bayi perlu mengelakkandiri daripada mengambil aspirin atau dadah yang mengandungi asid acetylsalicylic.

Panduan:

1. Sebelum bersalin anda disarankan membuat persediaan untuk mempelajari asas dan teknik penyusuan yang betul. Kelas persediaan penyusuan ibu adalah terbaik kerana anda dan suami dapat mempelajarinya dengan menyeluruh.

2. Mulakan penyusuan seawal mungkin sejurus kelahiran kerana ketika itu payu dara masih dalam keadaan lembut dan susu awal yang dihasilkan masih dalam kuantiti yang sedikit. Jika anda mengambil spinal atau epidural, ia lebih mudah tetapi bagi yang menggunakan bius seluruh badan, minta doktor atau jururawat untuk meletakkan bayi di dada anda. Pastikan bayi dan anda berada dalam keadaan selesa dan diselimuti kerana suhu di bilik pembedahan sangat sejuk.

3. Pastikan baby rooming in bersama anda. Kerapkan penyusuan mengikut keperluan bayi. Biasanya, bayi menyusu lebih kurang 8 hingga 12 kali dalam 24 jam. Jika anda menggunakan bius seluruh badan atau separa, bayi akan lebih mengantuk. Oleh itu, bantu dia untuk bangun menyusu terus daripada payu dara dan rangsang payu dara dengan menggunakan tangan atau pam.

4. Posisi yang paling sesuai adalah posisi sambil berbaring dan anda berada dalam keadaan mengiring dengan bantal-bantal diletakkan di belakang, celah kaki dan di dada. Anda hanya perlu tinggi atau rendahkan bantal supaya bayi boleh mendapat kedua-dua belah payu dara tanpa perlu menukar arah. Ketika ini, pastikan anda mendapat bantuan daripada sesiapa yang ada berhampiran.

5. Selepas pembedahan, anda biasanya akan terbaring di katil kerana masih berasa sakit di bahagian luka pembedahan. Anda tetap disarankan untuk bangun dan bergerak dalam tempoh 24 jam supaya cepat sembuh. Untuk bangun dari katil hospital, gunakan penghadang di sisi katil sebagai sokongan. Jika di rumah, anda boleh mengikat kain panjang di hujung katil dan gunakan kuasa tangan untuk menarik kain tersebut dan bangun.

6. Dapatkan tali pinggang sokongan atau bengkung yang berpelekat untuk memberi sokongan pada perut dan belakang agar memudahkan anda berjalan.

7. Gunakan bantal menyusu supaya dapat membantu anda untuk mengurangkan sakit di perut ketika menyusu.

8. Di antara waktu menyusu, pelbagaikan aktiviti sentuhan kulit ke kulit dengan bayi. Sentuhan berpanjangan akan menambahkan keakraban yang secara tidak langsung meningkatkan tahap hormon yang bertanggungjawab menghasilkan susu. Anda boleh meletakkan bayi di dada sambil berbaring (ikatkan dengan tuala agar bayi tidak jatuh ke tepi).

Thursday, January 27, 2011

Colostrum, Foremilk and Hindmilk

  • Colostrum is the yellowish breastmilk that is produced in the first few days after baby's birth and before normal lactation begins. Colostrum is especially rich in nutrients and antibodies, and is the perfect food for a newborn baby. Even if you have decided to use formula rather than breastmilk, you may wish to breastfeed your newborn for at least a few days after birth, so that he or she can receive the antibody protection and nutritional benefits offered by colostrum.
  • Foremilk is the milk which is first drawn during a feeding. It is generally thin and lower in fat content, satisfying the baby's thirst and liquid needs.
  • Hindmilk is the milk which follows foremilk during a feeding. It is richer in fat content and is high in calories. The high fat and calorie content of this milk is important for your baby's health and continuing growth. Make sure to let your baby drain one breast before moving on to the other, to ensure that she receives all the benefits of both foremilk and hindmilk.

Tuesday, January 25, 2011

JAUNDICE

Jaundice...risau betul n cemas masa lil Darwisyah kena jaundice masa lahir 6 bulan ++ yang lepas....masa hari ke 5 kelahiran baru nampak...muka dia start naik kuning....cemas betul mama dia masa tu....coz bro Haziq n sis Damia xde kena camni just ada skit n hilang....me call husband mintak dia balik segera....terus pergi ke klinik....dan bacaan dia masa tu 17...boleh tahan tinggi dah ni....maka klinik suh kami bawa ke hospital....lil Darwisyah akhirnya warded di Puteri Specialist Hospital selama 2 hari...

Tapi paling me x boleh lupa n x tahan nak tgk...bila baju dia di buka dan hanya pakai lampin pakai buang...sambil mata ditutup...dan diletakkan di bawah cahaya lampu...sedih sngat n tersentuh...sbb me x pernah mengalami situasi ni sblm ni....me menangis...tapi me request nak duduk 1 room dengan baby supaya senang nak BF....dan kebetulan nursery berdekatan dengan bilik me...senang sikit kalau ada apa2 nak minta bantuan....

Tapi kawan2 bayangkan lah bila dah duduk 1 bilik mesti kita x sanggup tgk anak kita x berbaju kesejukan dalam bilik berhawa dingin....me ambik keputusan x on langsung air cond tapi still sejuk lagi...tu yang x sanggup tengok tu....sekeping gambar pun me x ambil coz x nak ingat apa yang berlaku ni....kelakarkan....padahal bukannya apa pun....tu yg asyik angkat bby jer bacaan turun skit...malam tu nurse ambik bawak gi nursery coz dia kata kalau puan selalu angkat dia nanti lambat turun bacaan n kena stay lama....dengan berat hati me lepaskan juga mereka jaga....dan me akan mengepam kerana nurse akan datang ambil susu perahan me untuk diberikan pada lil Darwisyah...nasib baik bilik tu ada peti ais...so me buat la stok sekali kat hospital tu....heee mcm lama jer...2 hari jer...

cerita ni baru keluar coz ramai kenalan yg melahirkan anak baru2 ni baby dia orang pun terkena jaundice tu yg tetiba nak buat entry ni....paling cian bila dia ambik darah kat kaki...dah la baby kecik lagi....lagi satu bby yg kena jaundice ni suka tidur jer....so mama kena la rajin kejut baby utk diberi susu....me ada bertanya doc betul ke kalau ibu berdarah O+ baby memang senang kena jaundice....doc cakap x semestinya....salah satu maybe darah ibu x sama dengan baby....yer betul....ujian darah dilakukan...lil Darwisyah darah B+...sama macam papanya...ujian G6PD pun ok xde masalah....agak lama jugak la lebih kurang nak masuk 3 weeks baru jaundice dia clear....doc kata dia nyusu badan jer...maybe jaundice susu badan n mama nak kena jaga makan...n take time skit....risau bila doc ckp mcm tu....tapi sekarang Alhamdulillah dah ok...dah besar pun anak dara tu skrg...heee




Monday, January 24, 2011

PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR

Public Gold and Public Dinar...bila baca peluang perniagaan emas ini memang menarik...hemmm..nak melabur emas pulak ke ima?....heee...xde la saja jer suka baca nak tahu pasal pelaburan emas ni....nak berkecimpung tu belum lagi la rasanya....just nak tau n cari info jer...heee...kalau ada kawan2 yang berminat boleh la terjah blog ni http://jutawanemas.com banyak info yang boleh diketahui...kalau berminat nak tau lebih lanjut kawan2 boleh pergi seminar....seminar ni percuma lagi tau...hee...



Public_Gold

seminar terdekat ni di 29 Januari 2011 di Cititel Hotel Midvalley...

Sunday, January 23, 2011

PASTA BAKAR

Weekend ni me masak pasta bakar...actually dah lama x masak pasta bakar ni rasanya dah hampir 1 tahun lebih....tiba2 plak tekak ni terasa nak makan pasta bakar....malam2 gak me ajak hubby pergi Jusco Bukit Indah beli barang2 coz esk pagi nak masak....nasib baik jusco dekat ngan umah....nilah hasilnya...resepi ni me ambil dari resepi kak hanieliza...terjah umh ni...





ni resepinya :

500 g pasta [makaroni/spiral/fennel]
2 s/b minyak

Bahan Inti


500 g daging cincang – boleh juga gunakan ayam fillet [potong kecil & nipis]
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawang putih [dicincang halus]
8 biji cencawan butang [hiris nipis]
6 biji tomato [dadu kasar]
2 biji cili capsicum hijau
5 tangkai cili merah [racik kasar]
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
1 s/b lada sulah
1 s/b oregano kering
3 s/b minyak
garam


Bahan Sos Putih
2 s/b butter
3 s/b tepung gandum
1 tin susu cair ]
1 tin air biasa ]
2 biji telur ] kacau rata
1 s/b lada sulah ]
125 g keju cheddar parut


Cara
1. Pasta direbus dalam air mendideh dan garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dengan minyak.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar yg telah dileraikan. Kacau sehingga daging kelihatan masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah, capsikum, cili sos dan tomato sos. Kacau rata.
5. Masukkan lada sulah dan garam. Rasakan masinnya.
6. Bila dan masak masukkan bahan inti dalam mangkuk yg berisi pasta tadi.
7. Masukkan cili capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
8. Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau dengan whisker.
9. Masukkan campuran susu dan telur. Kacau supaya tidak berketul.Tutup api.
10. Masukkan keju cheddar yg telah diparutkan. Kacau rata.
11. Sapukan minyak dalam pie plate atau caserolle tahan panas. Masukkan campuran pasta dan inti.
12. Tuangkan sos putih dan dan ratakan. Taburkan oregano kering.
13. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit.
14. Bila dah masak sejukkan sebentar.
15. Potong dan sedap hidangkan dengan cili sos.


Nota:
boleh gantikan susu cair + air dgn susu segar

me lebih suka gunakan susu segar lagi sedap heee...



Selamat Mencuba...

Friday, January 21, 2011

CONTEST SENYUMAN SI CILIK



mama housewife menganjurkan:

contest senyuman si cilik
jika berminat klik sini
tarikh tutup 31 Januari 2011

 
inilah si cilik mama..heee



NUR DARWISYAH AMANI BINTI NORAZLY

6 MONTHS



Beg Penting Yang Tidak Boleh Di Tinggalkan...

Heeee....walaupun nampak agak berat tetapi ku tetap mengusungnya setiap hari ke ofis...kedua2 pump ni amat penting bagiku....sesi 1 - pagi ku biasa gunakan pump double pumping....sesi 2 dan sesi 3 ku lebih suka guna single pump medela swing...hee..hee...macam2 la mama ni ...heee janji ku bahagia...




ini beg yang selalu ku usung heeee...


cooler bag mama

Thursday, January 20, 2011

Baby & Me Shopping Style Contest


Baby & Me Shopping Style Contest


Baby & Me

Baby & Me
menganjurkan Shopping Style Contest
tarikh tutup: 3 Feb. 2011
nak join click sini



Bersama anak-anak yang dah rambang mata nak beli biskut apa hee..


Rozaimah Binti Mat Ali nama diberi...
mama kepada anak-anak yang comel

Muhammad Haziq 'Izzuddin - 5 yrs
Nur Damia Qistina - 4 yrs
Nur Darwisyah Amani- 6 months


Biasanya apabila keluar shopping...anak-anak akan saya letakkan di dalam troli...tapi biasanya si adek Darwisyah akan saya dukung dalam "kangaroo bag"...abang dan kakak saya masukkan dalam troli untuk keselamatan....takut sibuk dan asyik shopping anak pulak tetiba hilang....tak ke haru jadinya...heeee...so saya rasa selesa dan selamat untuk shopping bila mereka di dalam troli...kalau banyak barang terpaksa lah guna 2 troli hee..hee...Untuk si adek yang breastfeeding....saya selalu memakai nursing top bila pergi shopping bagi memudahkan penyusuan..


dianjurkan oleh 





Tuesday, January 18, 2011

Darwisyah 6 months


Darwisyah dah 6 bln...sekejap jer rasanya..sejak dah start makan ni...dia amat teruja sekali apabila melihat orang lain makan..."Eeee..." panggilnya...mintak kita suapkan sedikit makanan yang kita makan kepadanya...kalau tak diberi dia akan menangis...kelakar tengok aksinya hisap buah jambu air dan belimbing ni...so cute..



ni dia makan jambu batu


ni buah belimbing...masam manis tapi dia suka


budak kecik yg perasan dah besar hee..heee..

Monday, January 17, 2011

Spagethi






Resepi Spagethi ku..

Bahan-bahan :
pasta
prego mushroom (dalam tin)
daging hancur
frankfurter (daging or ayam) dipotong kecil2
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
bawang merah potong dadu
bawang putih cincang kecil
sedikit oregano ground
sedikit basil leaves
garam secubit
carrot dipotong dadu
brokoli (dipotong kecil dan celup sebentar didalam air panas)

Cara-cara:
Tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau..kemudian masukkan daging hancur...biarkan daging masak seketika...masukkan sos prego, tomato dan cili..
kacau seketika dan masukkan frankfurter bersama bahan2 yg lain...
siap dihidang.

Thursday, January 13, 2011

Tips & Panduan Membeli Rumah 2011

Bagi anda yang ingin membeli rumah pada tahun 2011 ni pasti tertanya dan tercari2 jawapan adakah sesuai membuat pembelian sekarang dan adakah tips2 yang berguna yang dapat membantu kita untuk membuat pembelian rumah....untuk tips2 yang berguna dan maklumat lanjut boleh la terjah entry ini tips membeli rumah



Tuesday, January 11, 2011

Ehh...badan kecik jer yer tapi banyak susu????

Hemmm...mama telah biasa bila ada orang berkata begini...." badan kecik jer yer...tapi banyak susu!!!"....ayat yang biasa mama terima...apabila sering melihat mama selalu ke toilet membasuh part BP n selalu nampak mama mengepam di surau...nape org badan kecik x boleh banyak susu ke?? Sebenarnya semua ibu-ibu akan mengeluarkan susu badan apabila telah melahirkan anak....susu pertama yang dipanggil kolostrum itu amat bermakna dan bernilai emas...jangan dibuang....sebaliknya beri kepada bayi anda....semua ibu dapat menghasilkan susu....bergantung kepada ibu itu sendiri sama ada dia betul2 berniat untuk menyusukan anaknya hanya dengan susu badannya saja....sekiranya niat itu ada....apa sahaja halangan akan cuba ditepis dan diharungi dengan hati ikhlas, cekal dan tabah demi anak tersayang....menjaga pemakanan...kesihatan badan....rajin mengepam 2 - 3 jam sekali untuk menyediakan ebm untuk anak yang akan di tinggalkan apabila telah kembali bekerja....bangun lewat malam pukul 2.00 am hingga 3.00 am utk mengepam ( tapi mama x pernah buat lagi )...tandem pumping...sebelah baby menyusu sebelah lagi pump....apa sahaja masalah pasti ada jalan penyelesaian....jangan lupa disamping itu sentiasa mendekatkan diri kepada Yang Maha Kuasa....bersyukur dan redha dengan setiap nikmat yang telah diberi....



ini lah saya yang kecil n come lote hee hee..

Sunday, January 9, 2011

Kenapa perlu membuat stok ebm awal & banyak

Perlu bagi ibu-ibu bekerjaya yang ingin melestarikan penyusuan susu ibu sepenuhnya....semasa awal berpantang pengeluaran susu ibu memang amat meriah sekali....sekejap jer kita akan merasa B kita bengkak n dipenuhi susu w/pun baby sudah bf n kita sudah mengepam keluar susu bagi mengosongkan B.....dengan tujuan susu baru akan terhasil...ini semua memerlukan kerajinan, kesabaran n kekuatan fizikal n mental untuk terus mengekalkan pengeluaran susu yang sentiasa banyak....selain kerap memberi baby breastfeed kita juga kena rajin mengepam susu keluar antara 2-3 jam sekali....

saya sendiri start membuat stok ebm ni ketika minggu ke-3 berpantang.....kalau dah hujung2 berpantang baru nak mula start buat stok takut tak terkejar....kita x dapat  menjangka...apa masalah yang tiba2 datang.....ini semua boleh menyebabkan kita stress....belum lagi nanti apabila kita mula naik keja....stress dengan keja....perjalanan menuju ke tempat keja yang selalu jam akan membuatkan kita stress.....terpaksa meninggalkan baby selama 1 week untuk pergi berkursus....kita kena planning awal...sekiranya kerja kita memerlukan kita kerap outstation...so ready buat stock awal...atau kemungkinan lain seperti kita sakit yg memerlukan kita warded...so dengan adanya stock kita tak  perlu risau lagi kerana kita telah ready dengan stok ebm yang banyak n cukup untuknya jika kita terpaksa meninggalkannya nanti untuk keluar bekerja dalam suatu tempoh yang lama atau pergi berkursus...



Saturday, January 8, 2011

10 Khasiat Mangga


Anti barah : makanan berserat tinggi dengan risiko yang rendah terhadap kanser salur pencernaan

Membantu penghadaman : Mengandungi enzim pencernaan yang boleh membantu memecahkan protein

Bagus untuk kulit : Berkesan untuk melonggarkan pori-pori kulit. Sama ada memakannya secara mentah atau menyapu isi mangga ke atas kulit.

Membantu merawat penyakit diabetis : Daun mangga membantu memulihkan kadar insulin dalam darah. Rebus beberapa helai daun mangga di dalam air dan biarkan ia tepu sepanjang malam sebelum diminum.

Untuk seks yang lebih baik : Vitamin E di dalam mangga membantu mengatur kadar peningkatan hormon dan nafsu seks dalam badan anda.

Berfaedah untuk anemia : Bagus dimakan oleh wanita hamil dan pesakit anemia kerana mangga mengandungi khasiat zat besi.

Menguatkan daya ingatan : Mangga berguna untuk kanak-kanak yang kurang tumpuan dalam pembelajaran. Kandungan asid Glutamine bagus untuk menguatkan daya ingatan dan membenarkan sel badan aktif.

Elakkan serangan strok : Mangga yang belum masak apabila dikukus bersama jintan putih, garam dan gula akan menghasilkan jamu yang bagus untuk merawat pesakit strok dan kelesuan akibat cuaca panas.

Menaikkan berat badan : Berkhasiat untuk orang yang terlalu kurus yang mahukan kenaikan berat badan. 100 g mangga mengandungi kira-kira 75 kalori.

Thursday, January 6, 2011

Ibu Susuan

Topik yang amat menarik...saya amat tertarik apabila membaca entry ini mengenai ibu susuan....ramai antara kita mesti x terfikir pasal ni kan....biasanya apabila susu kita x mencukupi pasti kita akan bagi baby kita formula milk ( FM )...sama lah dengan saya dulu masa 1st baby....knowledge n info pasal fully bf ni kurang masa tu....insyaAllah kali ini saya dapat melestarikan impian ini...

Bila tau pregnant anak ke-3 saya terus pasang niat utk fully bf baby....n bila usia kandungan 6 bulan saya telah membuat persiapan apa yg patut bagi melestarikan niat saya tu....Hari ke-3 berpantang terus saya pulun buat stok ebm....sediakan payung sebelum hujan hee..heee...

Alhamdulillah niat, usaha n tawakal saya dipermudahkan....apabila saya dapat membuat stok ebm yang banyak sampai x muat freezer ( 2 pintu bhgn. atas ) tu apabila saya mula start naik keja...




Supplement tambahanku kini..



Setelah Darwisyah berumur 6 bln ni...mama telah start mengambil beberapa supplement tambahan untuk memastikan production susu mama terus maintain...and supplement utk membantu support badan mama supaya dapat terus menghasilkan susu yang berkualiti n cukup untuk my luvly Darwisyah...Darwisyah pun dah semakin kuat menyusu...mama pulak semakin byk komitmen....dan kadang2 dah x ikut jadual... takut bila terlalu penat n stress production merudum pulak...ni sebagai persediaan awal untuk mama...Actually production masih xde problem tapi mama la sering kepenatan n keletihan lately ni...so mama decide untuk ambil supplement ni untuk support my energy...


Ada lagi satu yg mama ambil habbatus sauda HPA
stock da habis so botol tu dah dibuang


kalau x sempat nak nak blend juice kurma or pengaga
mama beli n minum ni jer heee...


ni botol avent 9oz tapi mama dapat lebih 9oz
ni biasanya hasil perahan mama jam 7.40 - 8.00 am
setiap pagi sebelum start kerja...last Darwisyah menyusu
biasanya jam 6.15am..


ni hasil 3x perahan time period...ada terganggu sikit
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...