E-book ini ditulis khusus bagi membantu guru-guru yang mahu memberikan sumber dorongan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi rendah dalam bilik darjah. Dalam teknik konvensional, apabila guru-guru mahu mendorong pelajar supaya memperbaiki sikap dan tingkah laku, ataupun mahu memberi semangat supaya mereka lebih rajin belajar, guru-guru menggunakan teknik-teknik tradisional seperti berikut:
- Memarahi pelajar
- Berleter dengan tujuan memberi nasihat
- Mengugut dan mengancam
- Mendenda dan menghukum
- Memujuk
- Memberi hadiah
- Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap dan tingkah lakunya yang sudah baik dan betul.
- Mendorong seseorang itu meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah baik.
- Mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.
Laporan terperinci itu dapat membantu guru-guru lain mengulangi eksperimen yang mereka lakukan, dan melihat sendiri keberkesanan teknik-teknik Nabi Muhammad yang diterangkan dalam buku ini. Meskipun e-book ini melaporkan apa yang berlaku di dalam bilik darjah, namun teknik-teknik ini juga dapat digunakan dalam situasi lain, seperti digunakan oleh ibu bapa ke atas anak-anak mereka di rumah.
Saya telah menghadiri seminar ini dan merasakan ianya amat bagus buat para pendidik dan juga ibu bapa dalam mendidik anak-anak...so saya nak share ilmu yang berrmanfaat ini bersama kawan2 lain...boleh beli ebook ini di klik sini
No comments:
Post a Comment