(1). Mengapa saturated fat dari minyak kelapa dara baik untuk tubuh badan?
- Di sebalik semua tanggapan negatif terhadap saturated fat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan, ia sebenarnya adalah antara nutrisi penting untuk tubuh badan manusia.
- Dari sudut sains dan kesihatan, saturated fat adalah diet penting untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.
(2). Minyak kelapa mudah dihadam dan tidak membawa kepada masalah kegemukan
- Kebanyakan lemak dari pemakanan kita akan terus diserap ke dalam saluran darah untuk dibawa ke seluruh badan. Ini mengundang kepada risiko masalah kegemukan. Walau bagaimanapun minyak kelapa dara yang terdiri daripada Medium chain Fatty Acids adalah mudah terurai dan akan terus dibawa ke hati di mana lemak tersebut akan dibakar dengan cepat (seperti karbohidrat) untuk menjana tenaga segera yang diperlukan oleh tubuh.
- Kerana kebolehannya untuk menyerap ke dalam tubuh dengan kadar segera, minyak kelapa dara berfungsi sebagai sumber tenaga segera untuk tubuh. Berbanding lemak lain yang memerlukan sistem penghadaman dan system enzim bekerja kuat untuk meghasilkan tenaga bagi pembakaran lemak, minyak kelapa dara yang mudah diserap oleh tubuh membantu kita menyimpan tenaga dan membantu system penghadaman bertindak dengan lebih efektif.
(3). Baik untuk bayi dan dewasa
--Bayi : Medium chain fatty acids dalam minyak kelapa dara membantu penyerapan mineral dan nutrien-nutrien lain seperti kalsium, magnesium dan asid amino yang baik untuk sistem imunisasi dan system penghadaman bayi.
- Minyak kelapa kebiasaanya digunakan sebagai bahan utama dalam susu formula bayi bagi mengatasi masalah kekurangan nutrisi.
- Anti bacteria dan anti viral yang tinggi dalam minyak kelapa dara melindungi bayi dari jangkitan kuman dan sesuai digunakan untuk ruam lampin bayi.
(4). Minyak kelapa dara membantu mengurangkan berat badan
--Obesiti : Minyak kelapa dara adalah rendah kalori berbanding dengan lemak lain. Ia membantu meningkatkan metabolisma tubuh dan membakar lemak yang tersimpan dalam badan.
- Metabolisma yang tinggi membantu membakar lebih kalori justeru mengurangkan kalori berlebihan yang berpotensi untuk ditukar kepada lemak dalam badan.
- Minyak kelapa yang berkalori rendah boleh membantu memanjangkan tempoh kenyang seterusnya berfungsi mengurangkan pengambilan makanan dalam sehari.
(5). 2-4 sudu besar minyak kelapa dara sehari untuk jantung yang sihat
--Jantung : Pengambilan minyak kelapa dara tidak mendatangkan kesan ke atas tahap kolesterol seseorang. Kajian dan penyelidikan yang mendalam ke atas pengambilan minyak kelapa dara menunjukkan ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap kardiovaskular malahan ia membantu mengimbangi tahap kolesterol dan mengelakkan platlet darah dari melekit dan membentuk gumpalan darah (blood clot) justeru mengurangkan risiko sakit jantung.
- Kajian menunjukkan kandungan Asid laurik yang tinggi dalam minyak kelapa dara meningkatkan tahap kolesterol HDL (high-density lipoprotein) dalam darah dan merendahkan risiko sakit jantung. Berbanding kolesterol LDL (low-density lipoprotein) yang membahayakan kesihatan, kolesterol HDL adalah baik kerana ia mengurangkan risiko sakit jantung coronary.
(6). Minyak kelapa untuk kegunaan luaran
--Kulit : Selain diminum, minyak kelapa dara amat baik digunakan untuk sapuan pada kulit yang bermasalah dan kulit kering. Ia mengandungi anti oksidan dan vitamin E yang tinggi. Ia mudah menyerap dalam kulit dan melindungi kulit dari bacteria dan kekeringan.
- Kandungan asid laurik yang tinggi dalam minyak kelapa dara bertindak sebagai anti bacteria dan anti fungus yang melawan pelbagai jangkitan kuman, kulat dan virus seperti herpes, eczema, dermatitis dan kurap. Ia sangat sesuai diamalkan sekerap mungkin sebagai penjagaan kulit dan membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan.
- Bagi luka yang baru sembuh, sapuan minyak kelapa dara membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan lebam dan membaiki tisu-tisu rosak.
Berminat hubungi saya: 012-6621867 or email ima_rozaimah@yahoo.com
No comments:
Post a Comment