nuffnang ads

Monday, November 29, 2010

Pengalaman penyusuan my luvly Darwisyah

Walau pun pengalamanku dalam penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk Darwisyah baru

menjangkau usia 5 bulan tetapi dalam tempoh ini telah sedikit sebanyak pengalaman dan

 permasalahan yang ku tempuhi dalam meneruskan perjalanan & perjuangan penyusuan

susu ibu ini...antaranya ialah :

  • hari ke-2 berpantang cik 'B' membengkak dan mcm tersumbat coz bila ku perah hanya beberapa titis sahaja yang keluar...sakit dan x selesa dibuatnya...ibuku memberi petua sikat cik 'B' tu menggunakan sikat perlahan-lahan...ok lah skit...esk paginya mak bidan datang urut teruslah memancut-mancut susuku keluar...lega sngt n lepas tu terus pum...dapat 10.5 oz.
  • Kena kerap pum kalau x cik 'B' akan bengkak jer..dan lagi x selesa nursing bra ku asyik basah jer...tu yg kena pakai breastpad jer sentiasa...Masa ni ku masih menggunakan baterry pump pureen ( ni husband ku beli masa abg nya dulu turun ke kakaknya n adek )...tapi jahanam akhirnya...2 weeks jer sempat ku gunakan masa adek ni...dah rosak...sbb ku buat pump tu mcm heavy duty plak...heee..hee...susu banyak..kena la kerap pump...
  • Melalui pengalaman dan nasihat daripada sahabatku azyan masiron...ku akhirnya menggunakan kaedah ' tandem pumping ' iaitu sebelah baby direct breastfeed n sebelah lagi ku pum...lega...dan hasilnya juga lagi lumayan...heee... dan masa ni ku telah menggunakan double pumping...husband ku telah belikan ku ' UNIMOM FORTE' seronok sebab boleh buat double pumping n hasil nya lagi lumayan n jimat masa...tq abg..


  • Bila production dah banyak camni...masalah storage milk pulak x cukup...pernah sampai ku menggunakan bekas dadih tu untuk isi susu Darwisyah...so husband ku beli kan storage milk banyak2 lagi buatku...tq abang...
  • Ku mula datang period pada hari ke- 50 kemungkinan di sebabkan ku makan jamu mab tu...sbb sebelum ni semasa ku menyusukan abg n kakak period ku lewat dtg..bulan ke-5 masa abg...n bulan ke -7 masa kakak...ku dah mula panic coz tempoh periodku panjang sehingga 19 hari lamanya...tapi keluar sedikit2 jer...sekejap ada sekejap xde...kebetulan masa tu bulan ramadhan...hari ke-16 ku teruskan berpuasa...sbb dah melebihi tempoh period...
  • Masa dalam tempoh period ni la ku lagi panic coz production susuku mcm dah nak kering...merudum...ku mmg pelik sesangat coz kenapa boleh jadi mcm ni...bila pump kdg2 tu hanya dapat 20z jer...sedangkan sebelum ni sekali pump 5 - 8 oz....x puas hati ku bertanya kepada sahabatku n tempat rujukanku...azyan...mengenai betul ke kalau period boleh mengganggu production susu...dia mengatakan yer...n dia pun pernah mengalaminya...baru lah cool kembali...
  • Production susu ku kembali meriah selepas tu...masalah xde space untuk letak stok ebm pula yang timbul...ku dah pening kepala....2 weeks lepas tu husband ku kesian melihatku....dia belikan ku chest freezer...


  • Ketika usia darwisyah 3 mnths 2 weeks...bucuk manja mama ni mula wat hal pulak refuse puting botol...mulutnya bising jer kalau menyusu menggunakan botol sewaktu ku pergi bekerja....ibuku  kata tapi kalau dah haus dia minum juga....hati ku dah mula risau...stok dah melambak2 dalam chest freezer tu...ku pujuk anakku...setiap kali direct bf semasa berada di rumah..." mama syg adek "..." adek good girl n clever girl "...." mama dah perah susu byk utk adek minum bila mama work "..... " bila mama balik nanti mama akan bagi adek bf banyak2 ngan mama yer " alhamdulillah selama 5 hari jer masalah ni n dia dah ok kembali...but...bila blk dari kerja jer dia x nak org lain dah...hanya mama dia saja...even dia dah kenyang nyusu pun dia nak mama dia ada disampingnya jer tengok dia bermain...teruk gak la..dah x leh nak buat kerja lain plak...
  • Tapi sekarang alhamdulillah dia dah ok...

inilah serba sedikit antara  my bf journey sepanjang tempoh 5 bulan ini...yang boleh dikongsi dengan rakan2 yang lain


Bagi memudahkan penyusuan apabila menghadiri kenduri or mana majlis...ku telah membeli nursing kurung from  http://www.adrinis.com/


baju kurung ni selalu ku pakai ke majlis or pergi check up bulanan Darwisyah..sangat selesa

boleh juga singgah shopping di


                                             http://geniusbabyonboard.blogspot.com/

                                                       http://www.patiperfume.com/

                                                     http://www.blingboutique.biz/

                                                      http://shakleetrialpack.com/

                                                    http://akiikastore.blogspot.com/

                                                  http://fxonlineshop.blogspot.com/

                                                      http://clothdnz.blogspot.com/

                                                     http://bonitaclub.blogspot.com/




Sunday, November 28, 2010

MEWAH SUSU : Satu Kurniaan Atau Bencana

Tanda - tanda anda mewah susu :


IBU :
  • Buah dada ibu cepat terasa penuh setiap kali selepas penyusuan berlangsung
  • Payudara bengkak/ seperti berketul-ketul

BAYI :
  • Seperti tercekik, menelan dengan cepat, tercungap-cungap, batuk ketika menyusu seolah-olah susu datang terlalu cepat
  • Menarik-narik payudara sewaktu sedang menyusu
  • Menggigit-gigit pada puting susu seperti mahu melambatkan aliran susu
  • Bunyi klik ketika menyusu
  • Kerap muntah atau cenderung untuk mengalami kembung perut
  • Menolak untuk disusukan
  • Kelihatan tidak selesa semasa penyusuan berlangsung atau menangis

Cara menanganinya :
  • Mengepam keluar sedikit susu sebelum menyusukan bayi anda
  • Menyusu sambil berbaring agar bayi dapat mengawal kuantiti susu yang berada di dalam mulutnya dengan melelehkan susu keluar
  • Ibu bersandar pada kerusi malas
  • Mencuba " football hold "
  • Susukan bayi pada posisi " football hold " dengan bayi pada kedudukan duduk.
  • Susukan bayi anda sekerap mungkin agar susu yang mengalir tidak terlalu banyak dan bayi selesa serta dapat mengawal jumlah susu yang diminumnya di dalam mulut.

                                                                                                           rujukan :
                                                                                                                                                              Kaunselor Laktasi
                                                                                                                                                               Zatul - Hijanah Ramzi

Friday, November 26, 2010

Jom Join Contest!!

Jom join contest

Adrini’s 1st Anniversary Contest


Adrini's Nursing Wear 1st Anniversary Contest

anjuran


kalau ada rezeki boleh dapat hadiah menarik yang di tawarkan...jom join..

Thursday, November 25, 2010

EBM on 24 November 2010

Ini lah hasil perahan ebm utk darwisyah pada 24 November 2010...



       
                                                          jam 8.00 am - 10 oz



jam 11.15 am - 5 oz




                                                          jam 3.30 pm - 5.5 oz

Alhamdulillah...20.5 oz hasil perahan hari ni...rezeki darwisyah walaupun mama nya x sihat hari ni...

Tuesday, November 23, 2010

Kebaikan memakai param ketika berpantang

Param atau pemanas badan bagus utk mengembalikan seri wajah dan kesihatan dalaman tubuh. Param berbentuk serbuk campuran yg dibancuh dan kemudian dilumur pada seluruh bahagian tubuh. Wanita yg baru lepas bersalin tidak boleh sejuk. Oleh itu, param membantu untuk mengembalikan semula suhu tubuh. Param juga bertujuan untuk :

  • Menghangatkan tubuh dan memperbaiki peredaran darah dlm badan.
  • Mengurangkan aliran air ke dalam badan.
  • Melegakan otot-otot yang keletihan
  • Menguatkan tisu-tisu dalaman tubuh.
  • Membuang angin yang berlebihan.
  • Melegakan masalah kulit dan mencantikkan kulit.

Saturday, November 20, 2010

Bertungku

Semasa berpantang, bertungku itu wajib. Bertungku bagi melancarkan peredaran darah krn terdapat sel-sel dlm tubuh yg putus ketika melahirkan. Selain mengecutkan sistem peranakan (rahim ). Kebaikan bertungku juga ialah :

  1. Mengeluarkan darah-darah beku dlm tubuh. Kehadiran darah beku yg tidak dibuang akan membahayakan kesihatan kita.
  2. Berkesan utk mengempiskan perut dan melangsingkan tubuh.
  3. Lakukan bertungku di bbrapa bahagian lain seperti punggung, peha dan sbgnya utk memecahkan lemak di sekitar situ.
  4. Bertungku dapat melegakan lenguh kaki akibat proses kontraksi yg lama sebelum bersalin.
p/s: saya mmg x pernah tinggal amalan ni ketika berpantang...kdg2 husband yg membantu semasa proses bertungku ni..




Tips untuk mengekalkan & memperbanyakkan BM

Antara tips yang boleh dikongsi bersama:
Ini amalan-amalan yang saya amalkan sendiri...


1. Buat persediaan awal semasa dalam tempoh berpantang....mula buat stok ebm seawal mungkin...tak nak jadi macam abg n kakaknya dulu dah terlewat...susu merudum sehingga xde stok :(..


2. Sentiasa mengosongkan breast agar dapat produce yg baru...dgn bg baby direct breastfeed sekerap mana dia mahu, double pumping ( kalau x bersama baby or dia sdg tidur ) or kalau rajin buat tandem pumping...sblh bg baby direct bf n sblh lg pump...( try la tgk hasilnya memberansangkan )...more demand..more supply....rajin2 lah pump..


3. Jaga pemakanan...saya suka makan ulam pengaga n ikan kukus semasa dlm pantang...n mmg saya terasa B asyik membengkak jer...rupanya baru saya tau ulam pengaga tu bukan saja baik untuk kewanitaan n awet muda rupanya baik untuk tambah susu badan juga..


4. Saya juga suka minum air milo, horlick, susu, minum madu n air soya ( kalau rajin saya buat sendiri air soya tu ) selain tu mkn kurma...kalau malas saya beli air tin F&N seasons perisa kurma & longan...sedap..


5. Makan makanan yg berkhasiat...bykkan makan sayur-sayuran n buah-buahan...


6. Banyakkan berdoa moga Allah permudahkan  urusan penyusuan baby kita...supaya susu kita banyak n cukup untuk baby kita


7. Semasa mengepam bacalah surah al-kausar, zikir ya matin dan ya rahman..



8. Cukup rehat n jgn stress sangat nnti boleh menganggu production...


                              Sharing is caring...Caring is loving..
                                   

Breast pump idamanku..

Bercita-cita untuk mendapatkan breast pump ni...bilakah impianku kan

tercapai dan terlaksana??  Insyaallah suatu hari nanti kalau ada rezeki

lebih...



1st- Medela Freesytle

                                                           Tapi yang ni mahal sangatlah....



2nd - Ameda Lactaline ( BPA free )


                                                         yang ni ok sikit lah..




                                                           

Friday, November 19, 2010

Stok ebm Darwisyah sebelum dipindahkan ke chest freezer

Inilah stok ebm Darwisyah daripada freezer 2 pintu...nak dipindahkan ke dalam chest freezer

pada September 2010...mama sngt happy coz dah dapat beli chest freezer...so xde la pening

 kepala lagi nak fikir mana nak simpan stok ebm Darwisyah....alhamdulillah...




tunggu masa untuk dipindahkan..




Thursday, November 18, 2010

My Luvly Kids

Mempunyai 3 orang cahaya mata...1 boy and 2 girl...
yg comel-comel...mama sayang kamu semua...
Muhammad Haziq 'Izzuddin,
Nur Damia Qistina &
Nur Darwisyah Amani

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...