nuffnang ads

Wednesday, March 23, 2011

Tanggapan Negatif Tentang Masalah Penyusuan


Ramai juga ibu yang memang berniat nak menyusukan anaknya. tetapi ramai juga ibu yang tak mahu menyusukan anaknya.. Pelbagai alasan diberi.. tak tahulah sama ada ianya memang benar atau untuk menyedapkan hati sendiri. Walau apa pun alasan yang diberikan pasti ada jalan penyelesaian.

·    Menyusu membuatkan buah dada jatuh
Tanggapan buah dada jatuh kerana menyusu badan adalah kurang tepat. Buah dada biasanya membesar semasa hamil dan tanpa sokongan yang baik ditambah dengan tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut, boleh menyebabkan buah dada jatuh.
Penyelesaian : Pilih coli yang sesuai untuk hamil dan menyusu bayi. rujuk artikel ini Ibu juga hendaklah mengampu sedikit buah dadanya atau bayinya supaya bayi tidak menarik buah dada ke bawah semasa menyusu.
·    Sukar untuk pergi kerja dan berjauhan dengan anak
Anda boleh memerah dan menyimpan susu anda untuk kegunaan anak semasa berjauhan. Anda boleh memerah susu menggunakan tangan  atau pam manual atau elektrik yang kini banyak di pasaran. Susu boleh disejukkan atau dibekukan.
·    Badan mudah naik kerana makan banyak. Jika tidak susu yang diperah tidak mencukupi
Anda seharusnya makan makanan yang berkhasiat bukan makan ikut sedap. Minum air secukupnya. Ibu yang menyusu perlukan tambahan kalori sebanyak 200 bukan 2000 heee.. Serat dalam sayur-sayuran dan  buah-buahan banyak membantu.
·    Anak-anak lain kurang mendapat layanan, kerja rumah terbengkalai kerana bayi kecil suka ‘bergayut’
Minta pertolongan suami. Latih anak yang sudah faham arahan menolong kerja rumah seperti mengemas buku atau peralatan mereka sendiri. Uruskan masa sebaiknya. 
·    Bayi susu formula tidur lebih nyenyak. Bayi susu ibu mudah lapar dan perlu kerap disusukan
Ini lah bagus.. kerana susu ibu mudah hadam. Untuk mengelakkan bayi kerap terjaga, susukan dia sekerapnya sebelum dia tidur. Tetapi jangan sehingga over eat pula. Nanti bayi tak selesa pula...
·    Saya rasa tidak selesa dan puting buah dada juga terasa sakit ketika menyusukan bayi.
Mungkin teknik penyusuan anda salah. Baca artikel : Pastikan Bayi Melekap dengan Betul dan  Posisi Menyusukan Bayi.  Anda juga boleh mendapatkan nasihat Pakar Laktasi  atau MBPC berdekatan anda.


·    Ibu tidak boleh memakan ubat-ubatan dan juga produk herba seperti jamu
Sesetengah ubat dan herba memang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu. Cuba dapatkan alternatif lain untuk ubatan ini.
·    Bayi selalu kembung atau mendapat ruam di muka dan badan jika menyusu badan
Kemungkinan bayi alah dengan apa yang dimakan oleh anda.
·    Bapa tidak rapat dengan anak kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu sahaja
Bapa boleh membuat tugasan lain berkaitan bayi seperti membantu sendawakan bayi, menukar lampinnya, bermain bersama bayi dan banyak lagi yang boleh bapa buat untuk bayi.
·    Susu ibu tidak cukup atau tiada
Yakinlah susu anda cukup untuk anak anda. Berfikiran positif dan berdoa agar susu anda itu cukup dan mengenyangkan anak anda. Disiplin dalam  jadual  mengepam.
·    Ibu menyusu adalah kolot dan ketinggalan zaman.
Sudah ramai ibu-ibu zaman moden sekarang menyusu kerana mendapat kesedaran daripada bacaan dan pergaulan. Surirumah, pendidik, peniaga, jurutera, pekerja industri, doktor, pakar kewangan dan ramai lagi... sedang beralih kepada yang lebih asli.
·    Susu ibu kurang berkhasiat berbanding susu formula mahal yang mengandungi pelbagai khasiat tambahan.
Susu formula setakat ini tidak dapat menandingi susu ibu. Puluhan tahun saintis mencuba, masih tidak berjaya. - pelukan erat ibu ketika menyusukan anaknya tidak dapat ditandingi... Maha Suci Allah.



 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...