nuffnang ads

Saturday, March 5, 2011

Sentuhan Ikatan Ibu & Bayi


Sejak kecil lagi bayi amat peka terhadap sentuhan ibunya. Sebab itulah sentuhan ibu amat penting dalam membentuk asas kukuh perhubungan ibu & bayi. Seorang ibu dapat memupuk hubungan dengan bayinya sewaktu menyusu badan, makan, tidur, mandi serta semasa mengurutnya. Kajian fisiologi dan psikiatrik menunjukkan bahawa urutan bayi atau terapi sentuhan boleh membantu menggalakkan lebih banyak perubahan yang dapat membantu bayi membesar dalam pelbagai cara yang positif.

Kebaikan  Psikologi

Membantu mengeratkan hubungan dengan bayi

Lebih kerap seseorang ibu itu memeluk, mengusap dan mengurut bayinya maka lebih banyak bayi bertindak balas terhadapnya. Maka terbentuklah hubungan yang erat antara ibu dan bayi.

Meningkatkan kegembiraan bayi

Melalui sentuhan seorang ibu boleh berkomunikasi perasaannya kepada bayinya. Bayi pula dapat mengenal pasti sentuhannya dan suka akan sentuhan fizikal tersebut, seterusnya meningkatkan kegembiraan bayi.

Membantu bayi membesar menjadi kanak-kanak yang lebih yakin

Seorang bayi dapat mengenali ibunya dengan sentuhan. Apabila disentuh, bayi akan berasa selesa dan selamat kerana tahu bahawa ibunya ada bersamanya. Rasa selamat ini akan menjadikan bayi membesar menjadi kanak-kanak yang lebih yakin.

Kelebihan Fizikal

Membantu meningkatkan berat badan bayi

Berat badan bayi yang selalu disentuh naik dengan lebih cepat.

Perkembangan imuniti yang lebih baik

Kajian menunjukkan adanya kaitan antara sentuhan fizikal ibu & bayi dan perkembangan imuniti bayi yang lebih baik.

Pernafasan yang lebih dalam dan mudah

Sentuhan fizikal yang kerap antara ibu dan bayi terbukti membolehkan pernafasan bayi bertambah baik.

Maka sentuhan merupakan cara utama bagi membantu anda memupuk hubungan dengan bayi anda. Oleh itu, sentuhlah, peluk, urut dan nikmatilah saat-saat istimewa ini bersama bayi anda.



Go to fullsize image


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...