nuffnang ads

Thursday, March 31, 2011

Ulser Mulut - Kanak-kanak

Ulser Mulut/ Kudis Mulut/ Mata Ikan (Ulser Afta)

Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.
Ulser dalam mulut

Mengapa ulser afta terjadi?

Ulser afta sering dikaitkan dengan:
  • kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12
  • daya tahan badan yang lemah
  • bakteria
  • faktor keturunan
  • sebab-sebab yang tidak diketahui
Apakah ciri-ciri ulser afta?Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.

Peringatan: Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.

Komplikasi ulser aftaUlser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.

Bagaimana menangani ulser mulut Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;
  • Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :
    • jaga kebersihan gigi
    • amalkan makan secara sihat
    • pemeriksaan pergigian secara berkala
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
  • Sapukan krim atau gel penahan sakit.
  • Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanak-kanak.



Tuesday, March 29, 2011

Amalan Doa Untuk Mendapatkan Anak Lelaki


Semua pasangan yang berkahwin menginginkan zuriat...tetapi andai di takdirkan zuriat yang lahir itu perempuan kita teringin juga untuk mempunyai anak lelaki....atau dengan kata lain kawan untuk ayahnya...saya nak share apa yang saya dapat semasa pergi kursus baru- baru ni...

Penceramah memaklumkan dia telah menemani kawannya berjumpa ustaz kerana beliau sangat menginginkan anak lelaki kerana telah ada 3 orang puteri...ustaz itu meminta dia mengamalkan membaca surah maryam ayat 1-4 yang dijadikan amalan doa selepas solat jika menginginkan anak lelaki.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad. (1) (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria. (2) (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. (3) Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (4) Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

P/s: Amalkan apabila start merancang sehingga kandungan berusia 3 bulan
info berguna ini saya share untuk kawan2 yang memang menunggu kehadiran anak lelaki di dalam keluarga mereka...doa untuk dapat anak perempuan penceramah tu kata lupa nak tanya ustaz plak..heee...

my hero : Muhammad Haziq 'Izzuddin
teman dan sahabat papanya bermain bola sepak & futsal

Sunday, March 27, 2011

Merangsang Si Kecil

Ima nak share apa info yang ima dapat masa pergi kursus Keibubapaan Anak Kecil anjuran LPPKN Negeri Johor 2 weeks ago..

Apakah keistimewaan anak anda?

Ciri-ciri pintar bahasa
- Suka bercerita, berjenaka dan teka-teki
- Menikmati permainan yang menggunakan perkataan
- Menghabiskan masa membaca
- Boleh mengeja dengan mudah
- Menikmati silang kata
- Boleh membaca dan melukis dengan baik
contoh : peguam,pelakon, novelis

Ciri-ciri pintar logik angka
- Menikmati corak dan koleksi barangan
- Gemar ujian minda dan permainan komputer
- Bermain dan memikirkan tentang angka
- Menyelesaikan masalah dalam bentuk angka
- Membentuk eksperimen untuk menguji sesuatu
contoh : akauntan, saintis

Ciri-ciri pintar ruang
- Menikmati aktiviti kesenian dan kraf
- Berlakon dalam drama
- Mempunyai bayangan jelas mengenai sesuatu
- Menikmati cantuman gambar (jigsaw puzzle) mencari jalan (maze), gambar dan video
- Gemar melukis dan mencipta
contoh : pelukis, jurubina

Ciri-ciri pintar pendengaran 
- Suka menyanyi
- Menikmati muzik
- Mengingati melodi
- Bermain/ membuat alat muzik
- Mendengar/ membuat persembahan muzik
contoh : pemuzik, penggubah, penyanyi

Ciri-ciri pintar pergerakan
- Gemar menari, olahraga
- Menghantar mesej melalui pergerakan badan
- Suka bergiat, suka menyentuh
- Suka berlakon dan bermain peranan
- Suka membaiki peralatan
- Menggunakan jari jemari dan motor halus
contoh : pakar bedah

Ciri-ciri pintar pergaulan
- Mudah berkawan
- Suka mendampingi orang lain
- Menikmati permainan yang memerlukan kerjasama
- Suka menyelesaikan masalah secara berkumpulan
- Prihatin terhadap orang lain

Ciri-ciri pintar diri
- Seronok bersendirian
- Suka membayangkan sesuatu
- Mempunyai pendapat atau perasaan yang kuat mengenai sesuatu
- Menyimpan catatan harian dan suka berhobi
- Bermotivasi untuk membuat sesuatu
contoh : psikologis, penyajak, ahli falsafah




sis damia n bro haziq


Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011 - 26 Mac 2011


Earth Hour Tonight!
Turn your light off at 8.30 pm to 9.30 pm

jom sama-sama jayakan kempen ini..
cintai bumi kita



Wednesday, March 23, 2011

Tanggapan Negatif Tentang Masalah Penyusuan


Ramai juga ibu yang memang berniat nak menyusukan anaknya. tetapi ramai juga ibu yang tak mahu menyusukan anaknya.. Pelbagai alasan diberi.. tak tahulah sama ada ianya memang benar atau untuk menyedapkan hati sendiri. Walau apa pun alasan yang diberikan pasti ada jalan penyelesaian.

·    Menyusu membuatkan buah dada jatuh
Tanggapan buah dada jatuh kerana menyusu badan adalah kurang tepat. Buah dada biasanya membesar semasa hamil dan tanpa sokongan yang baik ditambah dengan tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut, boleh menyebabkan buah dada jatuh.
Penyelesaian : Pilih coli yang sesuai untuk hamil dan menyusu bayi. rujuk artikel ini Ibu juga hendaklah mengampu sedikit buah dadanya atau bayinya supaya bayi tidak menarik buah dada ke bawah semasa menyusu.
·    Sukar untuk pergi kerja dan berjauhan dengan anak
Anda boleh memerah dan menyimpan susu anda untuk kegunaan anak semasa berjauhan. Anda boleh memerah susu menggunakan tangan  atau pam manual atau elektrik yang kini banyak di pasaran. Susu boleh disejukkan atau dibekukan.
·    Badan mudah naik kerana makan banyak. Jika tidak susu yang diperah tidak mencukupi
Anda seharusnya makan makanan yang berkhasiat bukan makan ikut sedap. Minum air secukupnya. Ibu yang menyusu perlukan tambahan kalori sebanyak 200 bukan 2000 heee.. Serat dalam sayur-sayuran dan  buah-buahan banyak membantu.
·    Anak-anak lain kurang mendapat layanan, kerja rumah terbengkalai kerana bayi kecil suka ‘bergayut’
Minta pertolongan suami. Latih anak yang sudah faham arahan menolong kerja rumah seperti mengemas buku atau peralatan mereka sendiri. Uruskan masa sebaiknya. 
·    Bayi susu formula tidur lebih nyenyak. Bayi susu ibu mudah lapar dan perlu kerap disusukan
Ini lah bagus.. kerana susu ibu mudah hadam. Untuk mengelakkan bayi kerap terjaga, susukan dia sekerapnya sebelum dia tidur. Tetapi jangan sehingga over eat pula. Nanti bayi tak selesa pula...
·    Saya rasa tidak selesa dan puting buah dada juga terasa sakit ketika menyusukan bayi.
Mungkin teknik penyusuan anda salah. Baca artikel : Pastikan Bayi Melekap dengan Betul dan  Posisi Menyusukan Bayi.  Anda juga boleh mendapatkan nasihat Pakar Laktasi  atau MBPC berdekatan anda.


·    Ibu tidak boleh memakan ubat-ubatan dan juga produk herba seperti jamu
Sesetengah ubat dan herba memang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu. Cuba dapatkan alternatif lain untuk ubatan ini.
·    Bayi selalu kembung atau mendapat ruam di muka dan badan jika menyusu badan
Kemungkinan bayi alah dengan apa yang dimakan oleh anda.
·    Bapa tidak rapat dengan anak kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu sahaja
Bapa boleh membuat tugasan lain berkaitan bayi seperti membantu sendawakan bayi, menukar lampinnya, bermain bersama bayi dan banyak lagi yang boleh bapa buat untuk bayi.
·    Susu ibu tidak cukup atau tiada
Yakinlah susu anda cukup untuk anak anda. Berfikiran positif dan berdoa agar susu anda itu cukup dan mengenyangkan anak anda. Disiplin dalam  jadual  mengepam.
·    Ibu menyusu adalah kolot dan ketinggalan zaman.
Sudah ramai ibu-ibu zaman moden sekarang menyusu kerana mendapat kesedaran daripada bacaan dan pergaulan. Surirumah, pendidik, peniaga, jurutera, pekerja industri, doktor, pakar kewangan dan ramai lagi... sedang beralih kepada yang lebih asli.
·    Susu ibu kurang berkhasiat berbanding susu formula mahal yang mengandungi pelbagai khasiat tambahan.
Susu formula setakat ini tidak dapat menandingi susu ibu. Puluhan tahun saintis mencuba, masih tidak berjaya. - pelukan erat ibu ketika menyusukan anaknya tidak dapat ditandingi... Maha Suci Allah.



 

Tuesday, March 22, 2011

Merangsang Susu Ketika Mengepam



Asas penyusuan susu ibu adalah penawaran dan permintaan (supply and demand). Lebih banyak anda menyusukan bayi anda, lebih banyaklah susu yang dihasilkan. Jika anda mengepam susu anda ketika keluar bekerja atau berjauhan daripada bayi anda, ada beberapa cadangan yang anda boleh ikuti supaya susu anda tetap cukup untuk bayi anda.

·    Susukan  bayi sejurus sebelum anda ke tempat kerja dan sebaik sahaja anda sampai  ke rumah.
·    Bertenang. Tekanan/stres dapat mempengaruhi kebolehan semulajadi badan anda untuk mengeluarkan susu ibu. Lupakan tekanan di tempat kerja, tarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan kerehatan.
·    Pilih tempat yang senyap dan sesuai untuk mengepam.
·    Gunakan double pump untuk memerah susu badan. Ia mempengaruhi penghasilan  hormon prolaktin anda selain menjimatkan masa.
·    Tambahkan sesi mengepam dalam sehari.
·    Pam sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sepanjang hampir 12 jam di tempat kerja.
·    Ambil cuti yang bersambung dengan hujung minggu jika kuantiti susu sangat sedikit.
·    Tidur tengahari sebentar (5-10 minit) sebelum memerah susu.
·    Bawa foto/ audio/ video bayi ketika mengepam.
·    Elakkan pil perancang dengan kandungan estrogen sahaja.
·    Jika anak anda telah dicampurkan dengan susu formula, kurangkannya secara beransur-ansur.
·    Jaga pemakanan anda dan kesihatan anda.
·    Jangan terlalu memikirkan kuantiti susu yang akan anda dapat atau anda hasilkan.
       * ini selalu yang saya beritahu kepada rakan2 yang baru berazam untuk menyusukan bayi mereka hanya dengan susu ibu..

Jika mengepam di rumah:

·      Perah susu selepas selesai menyusukan  bayi anda.
·      Sebelah bagi bayi direct breastfeed dan sebelah lagi tu anda pam. insyaAllah            hasilnya lumayan.

Tuesday, March 15, 2011

Antara aksesori BF me


ni antara aksesori BF mama


therapy gel pads ni mr hubby belikan

semasa mama dalam pantang coz
selalu berlaku engorgement and blocked ducts

kami beli di sarakids JB

tapi sekarang dah tak pakai lagi
coz tiada lagi masalah tu
simpan buat collections n utk masa depan plak
heee...hee..



breast shells or milk collector

mr hubby belikan di JJ Bukit Indah

yang ni me gunakan semasa direct feeding baby
sebelah direct feeding sebelah pakai milk collector ni

supaya semasa berlaku let down reflects
susu tadi akan terkumpul di dalamnya
dan tidak membazir iaitu ( susu basah di breastpad )
heeee,,,hee

kalau rajin sebelah direct feeding baby...sebelah pump
tengoklah mana yang rajin n sempat..

heee...heee..

Monday, March 14, 2011

SGM Kali ke-3 2011 di Johor Bahru



Jom rakan2 di area JB kita join...

Tarikh : 19 Mac 2011

Masa : 2.30 pm - 4.30 pm

Tempat : Taman Awam Setia Tropika, Johor Bahru


~ I will support breastfeeding ~

Sunday, March 13, 2011

EBM Ganti Puasa on 10 Mac 2011


Ganti puasa hari ke 12...
daripada 24 hari sebelum ni
coz masa tu sedang dalam berpantang

lagi 11 hari lagi

cayokk..cayokkk ima

ni 3x perahan di pejabat



14 oz

takde la banyak...tapi

alhamdulillah...inilah rezeki

Nur Darwisyah Amani...

mama akan terus mengepam
 walaupun mama sedang menjalani
ibadah puasa ganti...yg wajib diganti

hee..heee

motivasi untuk diri sendiri ni..

Tuesday, March 8, 2011

Stok EBM 16 Nov. 2010 - 28 Feb. 2011


Stok ebm 16.11.2010 - 30.11.2010

* terlupa nak snap picas
  • 5 oz = 40 oz
  • 7 oz = 14 oz
  • 6 oz = 6 oz
  • 4 oz = 24 0z
  • 3 oz = 9 oz

Total = 93 oz


Stok ebm 01.12.2010 - 15.12.2010


6 oz = 12 oz
5 oz = 60 oz
4 oz = 28.5 oz

Total = 100.5 oz


Stok ebm 16.12.2010 - 31.12.2010


6 oz = 30 oz
5 oz = 40 oz
4 oz = 50.5 oz

Total = 120.5 oz


Stok ebm 01.01.2011 - 15.01.2011


6 oz = 6 oz
5 oz = 15 oz
4 oz = 33.5 oz
3 oz = 27.5 oz

Total = 82 0z


Stok ebm 16.01.2011 - 31.01.2011


6 oz = 6 oz
5 oz = 45.5 oz
4 oz = 46 oz
3 oz = 10 oz

Total = 107.5 oz


Stok ebm 01.02.2011 - 15.02.2011


5 oz = 40.5 oz
4 oz = 32 oz
3 oz = 6.5 oz

Total = 79 oz


Stok ebm 16.02.2011 - 28.02.2011


6 oz = 24 oz
5 oz = 52 oz
4 oz = 13 oz

Total = 89 oz


Inilah stok ebm lil Darwisyah setakat Feb. 2011...
cayokk...cayokk..mama..
start bulan Feb. mama dilanda penyakit 'M'
bila cuti blk kampung or
cuti weekend di rumah mama x mengepam
kerana penyakit 'M' tu di samping busy
huuu..huu...

Ya Allah...berilah hambaMu
ini kekuatan..utk terus rajin
mengepam...




Monday, March 7, 2011

Antara storage milk yang digunakan


Inilah antara storage milk yang mama

gunakan untuk mengisi SIP my precious

Nur Darwisyah Amani

pelbagai jenis storage milk

mama beli n try

heee..heee..



MLO, storage milk avent, stylo mama, autumnz


autumnz storage bag, bumble bee, safety plus, avent storage bottle

ada lagi 2 yang mama terlupa snap

jingle jungle bottle n medela bottle

Sunday, March 6, 2011

CONTEST BABY BERSAMA EBM




03.03.2011 - 01.04.2011

Gambar baby bersama EBM yang paling MENARIK


nak join



Sha bersama stok ebm nya..

" Alhamdulillah..sha gembira sangat tengok stok ebm ini mama,
i love you so much mama..sediakan stok ini untuk sha
bila mama pergi kerja.."



Saturday, March 5, 2011

Stok EBM Darwisyah terkini...


Alhamdulillah
ini
stok ebm lil Darwisyah 
yang terkini 




hampir penuh sudah chest freezer 145L  ini

" Ya Allah, terima kasih di atas pemberian dan
kurniaanMu ini buat anakku
Nur Darwisyah Amani
moga susu perahan ini cukup
untuk anakku membesar dengan sihat
dan cergas. Ya Allah aku amat bersyukur
dan aku bermohon diberikan kesihatan
kepadaku untuk terus menghasilkan
susu yang banyak
untuknya"

Mama tak sempat lagi nak kira stok ebm Darwisyah...tak sempat jer memanjang
hee..heee... 

Sentuhan Ikatan Ibu & Bayi


Sejak kecil lagi bayi amat peka terhadap sentuhan ibunya. Sebab itulah sentuhan ibu amat penting dalam membentuk asas kukuh perhubungan ibu & bayi. Seorang ibu dapat memupuk hubungan dengan bayinya sewaktu menyusu badan, makan, tidur, mandi serta semasa mengurutnya. Kajian fisiologi dan psikiatrik menunjukkan bahawa urutan bayi atau terapi sentuhan boleh membantu menggalakkan lebih banyak perubahan yang dapat membantu bayi membesar dalam pelbagai cara yang positif.

Kebaikan  Psikologi

Membantu mengeratkan hubungan dengan bayi

Lebih kerap seseorang ibu itu memeluk, mengusap dan mengurut bayinya maka lebih banyak bayi bertindak balas terhadapnya. Maka terbentuklah hubungan yang erat antara ibu dan bayi.

Meningkatkan kegembiraan bayi

Melalui sentuhan seorang ibu boleh berkomunikasi perasaannya kepada bayinya. Bayi pula dapat mengenal pasti sentuhannya dan suka akan sentuhan fizikal tersebut, seterusnya meningkatkan kegembiraan bayi.

Membantu bayi membesar menjadi kanak-kanak yang lebih yakin

Seorang bayi dapat mengenali ibunya dengan sentuhan. Apabila disentuh, bayi akan berasa selesa dan selamat kerana tahu bahawa ibunya ada bersamanya. Rasa selamat ini akan menjadikan bayi membesar menjadi kanak-kanak yang lebih yakin.

Kelebihan Fizikal

Membantu meningkatkan berat badan bayi

Berat badan bayi yang selalu disentuh naik dengan lebih cepat.

Perkembangan imuniti yang lebih baik

Kajian menunjukkan adanya kaitan antara sentuhan fizikal ibu & bayi dan perkembangan imuniti bayi yang lebih baik.

Pernafasan yang lebih dalam dan mudah

Sentuhan fizikal yang kerap antara ibu dan bayi terbukti membolehkan pernafasan bayi bertambah baik.

Maka sentuhan merupakan cara utama bagi membantu anda memupuk hubungan dengan bayi anda. Oleh itu, sentuhlah, peluk, urut dan nikmatilah saat-saat istimewa ini bersama bayi anda.



Go to fullsize image


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...